4 Langkah Panduan Tukar Cat/Warna Kereta Di JPJ

Mungkin anda ingin menukar warna kereta atau kenderaan anda sebab sudah bosan dengan warna lama, apakah perkara yang perlu anda lakukan?

Berikut adalah 4 langkah penting panduan mendaftarkan pertukaran cat/warna kenderaan di JPJ.

  1. Cat dahulu kereta (kenderaan)
  2. Apabila siap dicat, hadir ke pejabat JPJ. Jika melebihi 1 warna, warna yang paling banyak atau dominan dianggap warna kenderaan
  3. Isi Borang JPJ K8 (pindaan butir-butir kenderaan) dan serah pada pegawai bertugas.
  4. Pegawai bertugas akan mengemaskini dalam sistem MySikap dan tiada bayaran dikenakan.

Panduan proses tukar cat kereta di JPJ

READCara Tukar Nama Kereta Di JPJ Tanpa Pemilik Asal

Seksyen (12) Akta Pengangkuta Jalan 1987 – Pemeriksaan kenderaan motor dan pemberian maklumat kepada Ketua Pengarah.

Merujuk kepada Seksyen (12) APJ 1987, setiap pemilik kenderaan yang menukar warna, perlu diberi satu Notis Arah Periksa atau PG1. Notis tersebut diberikan supaya pemilik memaklumkan kepada JPJ setiap perubahan warna kenderaan berkenaan.

Anda boleh rujuk maklumat lebih lengkap di laman media sosial JPJ.