Pengeluaran KWSP Untuk Pendidikan Ahli Atau Anak

Pengeluaran KWSP untuk pendidikan anda atau anak. Dan urusan pengeluaran kini boleh dibuat secara online.

Yang penting sebelum itu anda perlu daftar i-Akaun KWSP jika ingin memohon pengeluaran secara online.

Mungkin ramai yang masih tidak sedar bahawa kita sebenarnya boleh mengeluarkan wang simpanan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membiayaai pendidikan anda sendiri atau anak di bawah tanggungan anda.

Yang bagusnya kini semua proses boleh dilakukan secara online untuk membayar yuran pengajian ataupun melunaskan baki pinjaman PTPTN anda.

Kemudahan yang diberikan ini bukanlah untuk membolehkan  mengeluarkan wang tersebut untuk dibelanjakan bagi tujuan lain tetapi terhad untuk membayar yuran pengajian sahaja.

Kali ini kami ingin kongsikan dengan anda cara pengeluaran KWSP untuk pendidikan sebagai rujukan dan panduan asas anda.

Pengeluaran KWSP Untuk Pendidikan

Bolehkah kita keluarkan KWSP untuk pendidikan? Jawapannya ‘BOLEH’.

Anda boleh gunakan wang simpanan KWSP Akaun 3 untuk tujuan pendidikan ahli atau anak di bawah tanggungan ahli untuk pengajian peringkat Diploma, Diploma Lanjuta, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana atau Doktor Falsafah dan yang setara.

Kemudahan ini boleh digunakan oleh ahli/anda untuk sambung pengajian selepas bekerja dalam satu tempoh.

Tujuannya untuk ahli mempunyai kewangan bagi membayar yuran pengajian di dalam atau luar negara.

Syarat Pengeluaran KWSP Untuk Pendidikan

Walaupun simpanan dalam KWSP itu adalah wang dan hak anda tetapi untuk membuat pengeluaran ahli perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Berikut adalah syarat-syarat tersebut;

  • Ahli mestilah bertaraf Warganegara Malaysia ATAU Bukan Warganegara Malaysia
  • Ahli belum mencapai umur 55 pada tarikh permohonan dibuat
  • Ahli mempunyai baki simpanan dalam Akaun 2

Ahli atau anak belajar di IPT dalam negara sepenuh masa, separuh masa, PJJ dan francais yang dibenarkan.

Pengeluaran untuk pelajar yang belajar di IPT luar negara dibenarkan untuk pengajian sepenuh masa sahaja.

Kategori Pengeluaran Untuk Pendidikan

Pengeluaran KWSP untuk tujuan membiayai pendidikan terbahagi kepada tiga (3) iaitu;

a. Pengeluaran untuk diri sendiri (ahli) bagi membiayai yuran pengajian atau menyelesaikan baki pinjaman pendidikan seperti pinjaman PTPTN.
b. Pengeluaran bersama suami/isteri untuk membiayai yuran pengajian anak
c. Pengeluaran bersama suami/isteri untuk menyelesaikan baki pinjaman pendidikan anak.

Pengeluaran untuk pendidikan ini boleh dibuat setiap semester atau setiap tahun bagi setiap orang anak.

Untuk pengeluaran menyelesaikan baki pinjaman pendidikan pengeluaran boleh dibuat dalam masa setahun selepas tamat pengajian untuk menyelesaikan bayaran yang tertunggak.

Proses Pengeluaran KWSP Secara Manual

Mungkin ramai sudah tahu bahawa kini kita digalakkan untuk menggunakan KWSP i-Akaun untuk semua urusan dengan KWSP. Walau bagaimanapun mungkin masih ramai yang belum selesa dengan sistem online.

Di bawah adalah perkongsian untuk pengeluaran wang KWSP Akaun 2 secara manual.

  1. Pergi ke mana-mana pejabat KWSP berhampiran dan isi borang untuk membuat pengeluaran wang.
  2. Kita perlu mendapatkan surat pengesahan daripada tempat kita mahu belajar. Ini bermakna kita sudah diterima untuk melanjutkan pelajaran di universiti tersebut.
  3. Invois jumlah pengajian mengikut semester diserahkan kepada pihak KWSP.
  4. Kita boleh membuat pilihan samada mahu wang dimasukkan kedalam akaun universiti atau akaun bank kita.
  5. Jumlah yang boleh dikeluarkan samada jumlah pada invois ataupun wang yang kita ada sahaja (yang mana lebih rendah).
  6. Keputusan peperiksaan semester lepas perlu dihantar kepada KWSP bagi tujuan pengeluaran wang semester hadapan.

Pengeluaran Wang KWSP Akaun 2 Online

Untuk proses yang lebih pantas dan cepat semua proses boleh dibuat melalui KWSP online. Pihak KWSP telah mewujudkan portal untuk tujuan tersebut.

Anda boleh memohon terus menggunakan portal i-Akaun yang disediakan. Pilih kategori pengeluaran yang betul.

Pengguna terlebih dahulu perlu mendaftar / mengaktifkan i-Akaun KWSP mereka untuk membolehkan mereka menggunakan kemudahan online yang disediakan.

Sebelum menggunakan portal i-Akaun sila bca maklumat-maklumat di link yang di bawah untuk membolehkan anda memahami cara penggunaan portal tersebut.

Sila baca maklumat pendaftaran KWSP i-Akaun di sini

Untuk mendaftar anda boleh melayari KWSP i-Akaun.

Selepas anda mendaftar untuk i-Akaun anda bolehlah memohon pengeluaran wang KWSP melalui online.

Sila layari pengeluaran KWSP Pembiayaan Pendidikan untuk panduan dan rujukan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda.