Pengeluaran KWSP Ubahsuai Rumah BOLEH Atau TIDAK?

Cara pengeluaran wang KWSP untuk beli rumah

Pengeluaran KWSP ubahsuai rumah cara dan syarat pengeluaran. Persoalan utama ialah BOLEH / TIDAK BOLEH ahli mengeluarkan duit simpanan KWSP untuk renovate rumah sedia ada.

Syarat pengeluaran KWSP untuk rumah ada pelbagai bergantung kepada tujuan pengeluaran itu dibuat.

So boleh ke pengeluaran KWSP untuk ubahsuai rumah pasangan atau sendiri? Mari lihat terlebih dahulu syarat-syarat pengeluaran wang simpanan KWSP untuk membeli rumah.

Syarat Pengeluaran KWSP Untuk Beli Rumah

Di bawah adalah syarat-syarat pengeluaran KWSP bagi tujuan membeli rumah.

  1. Ahli bertaraf Warganegara Malaysia ATAU Bukan Warganegara
  2. Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan
  3. Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM 500.00)
  4. Ahli membeli atau membina atas sebuah rumah kediaman (jenis banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium / ’studio apartment’ / ‘service apartment’ / ‘townhouse’/ SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman
  5. Ahli mengambil pinjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkan bagi tujuan membeli atau membina rumah dengan mana-mana institusi pemberi pinjaman seperti berikut :-
    • Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
    • Kerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan
    • Majikan ahli
    • Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia)
    • Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia
    • Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP; ATAU
    • Secara tunai
  6. Surat perjanjian Jual Beli adalah tidak melebihi tiga (3) tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP
  7. Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah pertama dan telah menjualnya atau melupuskan pemilikan dan kemudian membeli rumah kedua
  8. Ahli ingin membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli daripada pihak yang dibenarkan oleh KWSP
  9. Ahli membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak secara pakej (tarikh perjanjian beli tanah dengan tarikh perjanjian bina rumah hendaklah dalam tempoh 6 bulan)
  10. Ahli tidak layak memohon sekiranya :-
    • Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja
    • Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada
    • Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli
    • Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf
    • Membeli rumah ketiga
    • Membeli rumah di luar negara

Dari senarai di atas sila teliti syarat No.10. Ianya jelas menyatakan bahawa ahli TIDAK DIBENARKAN mengeluarkan wang simpanan KWSP mereka untuk tujuan ubahsuai (renovate) rumah.

Anda hanya dibenarkan mengeluarkan wang simpanan KWSP untuk tujuan membeli atau menyelesaikan pinjaman pembelian rumah.

Kalau untuk renovate rumah ianya tidak dibenarkan.

Kami sarankan anda baca informasi umum mengenai senarai 17 Jenis Pengeluaran KWSP Sebelum Bersara.

Anda juga boleh membaca informasi tambahan di laman website rasmi KWSP di sini.