Jadual Peperiksaan UPSR 2020 Exam Date

TERKINI: PEPERIKSAAN UPSR DIMANSUKKAN

Sila rujuk news mengenai pemansuhan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sepertimana yang tersiar di Berita Harian.

Baca juga: Semakan Keputusan UPSR Online & SMS

Maklumat di bawah adalah Jadual Peperiksaan UPSR tahun lepas 2019. Mana tahu anda berminat untuk membacanya, sila teruskan membaca.

Jadual peperiksaan UPSR (exam) ini adalah dalam format PDF dan boleh didownload dan print (cetak) lepas tu bolehlah tampal di mana-mana yang sesuai di rumah anda.

Sudah tentu sebelum itu ada sesi peperiksaan percubaan UPSR di sekolah masing-masing. Pihak sekolah akan maklumkan masa dan tarikhnya kepada para murid sekolah nanti.

Jadual Peperiksaan UPSR Tahun 6

Tahun ini peperiksaan UPSR exam akan berlangsung dari 4 hingga 12 Septembar 2019. Sila rujuk gambar di bawah;

4 -5 September 2019 (Rabu & Khamis)

10 – 11 Sept 2019 (Selasa & Rabu)

12 Sept 2019 (Khamis)

Untuk download jadual ini dalam format PDF sila layari link di bawah. Jadual ini adalah seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Panduan Semasa Peperiksaan

Sila ambil sedikit masa untuk membaca panduan semasa peperiksaan UPSR yang penting untuk anda ketahui. Calon yang menduduki peperiksaan di bilik/dewan peperiksaan dilarang:

  1. Membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan serta telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.
  2. Menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.
  3. mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
  4. memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.
  5. menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.
  6. menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.
  7. menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
  8. membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan berlangsung.
  9. membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.

Calon yang tidak mematuhi Amaran Peperiksaan/Pentaksiran dianggap telah melakukan salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh dikenakan tindakan berikut:-

  1. keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan
  2. keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan
  3. keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbatal.

Diharapkan perkongsian maklumat mengenai tarikh peperiksaan UPSR ini bermanfaat kepada anda. Mohon like dan share maklumat ini. Kepada yang akan menduduki UPSR exam tahun ini kami ucapkan ‘All The Best!”. Lakukan yang terbaik, kejayaan pasti milik anda.