Syarat Permohonan Kemasukan GIATMARA Seluruh Negara
Permohonan Giatmara seluruh negara secara online boleh dibuat melalui laman website rasmi GIATMARA. Pelajar yang berminat ilmu kemahiran tu bolehlah cuba tengok apa yang sesuai dengan jiwa anda di sini.
Peluang ini mungkin wajar anda fikirkan dan terokai.
Jika anda gagal mendapat tempat ke mana-mana IPTA/IPTS atau ada kemahiran tertentu menjadi minat anda, Pusat Latihan Kemahiran GIATMARA adalah destinasi ideal anda.
Ketika ini kursus-kursus yang bersifat kemahiran amat senang mencari/mendapat kerja berbanding dengan kursus-kursus lain yang bukan bersifat kemahiran dan ‘hands on’ untuk perkembangan industri di Malaysia.
Majikan semakin mementingkan kemahiran individu apatah lagi selepas pandemik COVID-19 ini dan pada masa-masa akan datang.
Jika anda malas untuk kerja dengan orang lain tetapi lebih selesa kerja sendiri dan menguruskan perniagaan sendiri, memiliki kemahiran untuk bidang-bidang tertentu adalah laluan terbaik.
Industri kita semakin berkembang, individu yang berkemahiran yang sesuai dengan permintaan industri lebih mudah mendapat kerja sekarang ini.
Pusat Giatmara adalah pusat latihan kendalian Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang terbesar di Malaysia dan menawarkan pelbagai bidang kemahiran untuk memenuhi industri negara.
MARA memilik pusat bimbingan latihan kemahiran di hampir setiap daerah di seluruh negara.
Yang bagusnya dengan Giatmara nie, pelatih akan diberikan elaun bulanan, tempat tinggal atau asrama dan juga peluang pinjaman modal dari pihak MARA berserta bimbingan susulan untuk para pelatih yang cemerlang sepanjang latihan di pusat mereka.
Kali ini kami akan kongsikan sedikit informasi umum mengenai cara membuat permohonan ke Giatmara sebagai makluman dan rujukan anda.
Permohonan GIATMARA Online
Pendaftaran Giatmara boleh dibuat dengan mendownload borang permohonan secara online.
Untuk download borang permohonan sila rujuk maklumat lanjut di sini.
Sebelum itu perlu dijelaskan di sini ialah pusat latihan Giatmara menyediakan dua (2) kategori latihan iaitu;
- Program Sepenuh Masa
- Program Separuh Masa
A. Program Sepenuh Masa
Untuk memohon kemasukan ke Giatmara untuk program sepenuh masa anda boleh memohon secara online di portal yang disediakan oleh pihak Giatmara di sini.
Selepas anda klik link di atas, anda akan di bawa ke paparan seperti di bawah.
Di portal tersebut anda boleh mengemukakan permohonan baru, mengemaskini permohonan dan membuat semakan status permohonan anda.
Sebelum memohon pastikan ada telah berfikir dengan masak-masak jenis kursus kemahiran yang anda ingin ambil kerana ianya akan menentukan kerjaya yang anda ceburi pada masa akan datang.
B. Program Separuh Masa
Untuk program separuh masa pula anda perlu download borang permohonan dari portal Giatmara, mengisinya dan mengisinya dengan lengkap.
Rujuk gambar di bawah.
Selepas anda download borang tersebut bolehlah menghantarnya ke pusat Giatmara yang terdekat dengan anda untuk diproses
Sebelum itu ada baiknya anda survey/contact pusat-pusat Giatmara yang terdekat dengan anda untuk maklumat senarai kursus yang ditawarkan.
Ini untuk memudahkan anda mengisi borang permohonan nanti.
Untuk makluman anda bantuan kewangan disediakan untuk yang layak.
Kemudahan penginapan / hostel juga disediakan kepada para pelajar Giatmara yang datang dari jauh.
Program ini benar-benar bertujuan untuk membantu bumiputera agar berkemahiran dan berdaya saing.
Syarat Kemasukan Giatmara
Sebelum download borang permohonan, ada baiknya anda semak dahulu senarai syarat-syarat yang diperlukan untuk memasuki pusat latihan kemahiran Giatmara.
Jika anda adalah warga negara Malaysia dan memiliki kelayakan umum yang seperti yang diperlukan di bawah, sila memohon.
Antara syarat kemasukan kursus kemahiran di Giatmara;
- Bumiputera.
- Sihat tubuh badan.
- Boleh membaca, menulis dan minat (3M).
- Berumur dari 15 tahun dan ke atas.
- Berminat dengan bidang yang dipohon.
- Tamat Tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik & Penjaga Jentera Elektrik.
Jika anda memiliki kelayakan di atas bolehlah mencuba untuk menghantar permohonan anda.
Mulakan langkah anda hari ini, jangan tunggu lama-lama lagi. Ini adalah peluang terbaik untuk anda.
Tidak rugi jika kita memanfaatkan program-program yang ditawarkan di pusat Giatmara.
Semoga perkongsian infomasi umum mengenai syarat kelayakan dan permohonan Giatmara ini bermanfaat kepada anda.
Mohon like dan share info ini kepada rakan-rakan anda yang lain, mereka mungkin berminat.
Informasi Berkaitan
Semakan keputusan permohonan kemasukan ke Giatmara boleh dibuat secara online menggunakan portal GSPel Sistem Pengurusan Pelatih GIATMARA.
Anda boleh semak tarikh tutup di website rasmi GIATMARA online. Selalunya mereka akan siarkan informasi terkini di laman website rasmi tersebut.
Biasanya pelatih akan diberi elaun GIATMARA RM200 sebulan semasa menjalani kursus. Anda boleh semak informasi di portal pendaftaran online.
Biasanya tempoh kursus ialah 6 bulan. Walau bagaimanapun ada kursus-kursus tertentu yang tempoh kursusnya lebih lama.
Sila rujuk di laman website rasmi GIATMARA untuk senarai kursus separuh masa yang ditawarkan di institut latihan kemahiran tersebut.