Permohonan Jawatan Kosong Tadika Kemas & Syarat Kelayakan
Permohonan jawatan kosong Tadika KEMAS dan syarat Kelayakan jika berminat untuk memohon. Kerjaya ini semakin mendapat tempat terutama para graduan yang baru menamatkan pengajian mereka.
Tentulah, terutama kepada mereka yang ada ambil kursus berkaitan dan minat kanak-kanak.
Buka itu sahaja, kerjaya ini juga menjamin masa depan dan perkembangan kerjaya anda nanti.
Tahukah anda Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mempelawa semua rakyat Malaysia yang berminat dan berlayak untuk memohon menjadi guru tabika KEMAS.
Kanak-kanak makin ramai, tugas membimbing mereka di usia awal persekolahan juga memerlukan lebih banyak kepakaran.
Syarat Kelayakan Memohon
Terdapat beberapa syarat kelayakan ditetapkan oleh pihak KEMAS yang perlu dipenuhi oleh para pemohon sebelum berjaya meneruskan ke peringkat seterusnya.
Antaranya seperti senarai syarat yang ditetapkan.
- Calon merupakan warganegara Malaysia
- Calon berumur tidak boleh melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan.
- Calon perlu memiliki diploma dalam bidang pendidikan awal kanak- kanak yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tempatan.
- Calon perlu memiliki nilai PNGK sukurang- kurangnya PNGK 2.7 di peringkat diploma.
- Calon mesti memiliki sekurang- kurangnya kepujian (minima gred C) dalam mata pelajaran bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM atau kelayakan setaraf yang diiktiraf oleh kerajaan.
- Calon merupakan bukan kakitangan (tetap atau kontrak) dalam perkhidmatan kerajaan.
Banyak universiti dan kolej yang menawarkan kursus berkaitan pendidikan awal kanak-kanak.
Kalau IPTA UPSI adalah antara yang ada menawarkan kursus ini.
Jika berminat bolehlah ambil kursus pendidikan awal kanak-kanak peringkat diploma di IPT yang terdekat dengan anda.
Cara Memohon
Permohonan bagi jawatan ini boleh dilakukan secara atas talian sahaja (Online) di laman web https://kis.kemas.gov.my/ .
Calon hanya dibenarkan untuk melakukan satu kali permohonan sahaja dan permohonan yang lewat tidak akan diterima.
Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan daripada tarikh permohonan dianggap tidak berjaya ke peringkat seterusnya.
Hanya calon yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga.
Pemohona yang berjaya dalam sesi temu duga perlu melalui kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak- kanak (SPAKK).
Sebelum membuat permohonan, anda perlu mendaftar dahulu di portal KEMAS.
Pastikan anda membaca dan memahami info di paparan sebelum membuat pendaftaran.
Klik butang teruskan dan boleh meneruskan untuk mengisi butiran diri seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, email, serta kata laluan.
Anda akan menerima email untuk mengaktifkan akaun KEMAS setelah meengkapkan proses pendaftaran.
Biasanya, jawatan guru tabika akan diiklankan dalam laman web ini. Anda perlu klik pada iklan tersebut untuk melakukan proses permohonan.
Log masuk ke dalam KEMAS INTAKE SYSTEM, kemudian pilih borang permohonan yang betul.
Pastikan butiran peribadi seperti nombor kad pengenalan, kewarganegaraan, tarikh lahir, alamat dan nombor telefon bimbit diisi dengan betul.
Segala ruang dengan tanda (*) wajib diisi. Bahagian seterusnya ialah merangkumi butiran keluarga dan kelayakan akademik.
Setelah lengkap mengisi kesemua bahagian, calon boleh klik pada kotak pengakuan calon dan teruskan dengan penghantaran permohonan.
Info Asas Kursus
Calon yang berjaya dalam sesi temu duga perlu melalui kursus yang ditawarkan oleh pihak KEMAS.
Tujuannya ialah untuk menyediakan anda melaksanakan tugasan dan kerja dengan lebih baik dan berkesan nanti.
Kursus ini biasanya dilaksanakan di Institut ataupun pusat latihan KEMAS.
Biasanya, tempoh kursus ini ialah selama 3 bulan atau tertakluk kepada perubahan ditetapkan oleh pihak KEMAS.
Bidang Tugas
Terdapat beberapa bidang tugas atau tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh setiap guru tabika kemas.
Berikut merupakan antara tugas yang biasanya dilakukan.
- Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar tabika mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak KEMAS.
- Melaksanakan penilaian secara berterusan terhadap tahap kemajuan dan perkembangan kanak- kanak.
- Mengendalikan segala pengurusan dan pengfailan dokumen kelas.
- Bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan program kelas dan aktiviti kokurikulum untuk kanak- kanak.
- Bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan, dan keceriaan kanak- kanak terjamin sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran.
- Melaksanakan segala tugas- tugas diberikan oleh pihak jabatan KEMAS dari masa ke masa.
Harap sedikit informasi umum mengenai syarat kelayakan permohonan jawatan kosong Tadika KEMAS ini bermanfaat. Kepada yang memohon, Semoga Berjaya!
Saya pelajar early childhood education and saya nk prektikal kat tempat tuan