Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Syarat Kelayakan & Peluang Kerjaya

Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak syarat kelayakan dan peluang kerjaya atau pekerjaan masa depan. Anda merupakan pelajar lepasan SPM? Masih tercari–cari bidang apa yang sesuai untuk anda melanjutkan pelajaran? Jangan risau kerana anda berada di artikel yang tepat.

Di sini saya akan kongsikan kepada anda satu program diploma yang mungkin akan mengubah masa depan anda. Program yang sangat sinonim dalam masyarakat kita tapi tidak semua orang tahu kelebihannya.

Sebelum ini kami ada membuat sedikit artikel mengenai Diploma Penguatkuasaan Undang-Undang (Diploma in Law Enforcement). Anda boleh membacanya jika berminat dengan kursus tersebut.

Kalau hendak cari peluang biasiswa kami ada himpunkan juga senarai biasiswa lepasan SPM untuk anda. Ada begitu banyak peluang biasiswa di luar sana yang boleh anda cuba mohon.

Program tersebut adalah Diploma Pendidikan Awal kanak–kanak. Kenapa program ini dikatakan mudah dan menarik? Bukanlah struktur pelajarannya yang mudah.

Antara IPTA yang menawarkan kursus dalam bidang ini ialah Universiti Sultan Idris (UPSI), UiTM dan UKM. Kolej swasta atau IPTS juga banyak menawarkan kursus tersebut.

Tiada suatu benda yang mudah dalam dunia yang semakin maju kini. Kalau ingin berjaya mestilah berusaha bersungguh–sungguh.

Tapi apa yang menarik di sini adalah peluang kemasukan dalam diploma ini yang dibuka dengan syarat kemasukan yang sangat mudah untuk anda.

Tidak perlu keputusan SPM yang sangat cemerlang pun anda masih mampu menjadi seorang yang berkerjaya dan berpendidikan pada masa kini.

Apa Itu Diploma Pendidikan Awal Kanak–Kanak?

Jika dengar sahaja tentang diploma pendidikan awal kanak – kanak sudah tentu kita tahu ia berkaitan dengan kanak – kanak. Tapi apa kaitan program tersebut dengan kanak – kanak?

Apa kita perlu menjaga kanak – kanak? Ataupun buat apa perlu belajar tinggi – tinggi untuk menjaga kanak – kanak ? inilah kesilapan mentaliti masyarakat masa kini.

Ramai yang masih tidak tahu sebenarnya diploma pendidikan awak kanak – kanak ini diwujudkan bagi memberi pendidikan dan kemahiran yang sebenar kepada seseorang individu dalam mendidik dan mengawal seorang kanak – kanak.

Memang nampak mudah, tapi bukan semua orang berpotensi dan mempunyai kesabaran untuk berhadapan dengan seorang kanak–kanak yang tidak sama fikirannya seperti orang dewasa.

Oleh itu kemahiran dan pengetahuan diperlukan dalam mendidik seorang kanak–kanak yang mindanya baru sahaja ingin berkembang.

Dalam diploma pendidikan awal kanak–kanak anda akan berpeluang mendapat pendidikan dan kemahiran dalam mendidik dan hal ehwal berkaitan kanak–kanak ini termasuklah psikologi kanak-kanak dan keperluan khas mereka.

Siapa Yang Sesuai Untuk Diploma Ini?

Diploma ini sesuai untuk diambil oleh sesiapa sahaja yang mempunyai minat untuk menceburi bidang pendidikan awal kanak–kanak serta berkelayakan.

Jika anda seorang yang berminat untuk mempelajari tentang bidang psikologi dan sosiologi berkaitan pendidikan awal kanak–kanak, diploma ini sesuai untuk anda.

Dalam diploma ini anda akan diberikan latihan dan asas pendidikan awal kanak – kanak yang kukuh iaitu secara teori serta praktikal.

Ini bagi memberi anda kemahiran yang cukup untuk menceburi bidang pekerjaan berkaitan dengan kanak – kanak di masa hadapan kelak.

Objektif Program

Berikut merupakan antara objektif program atau pengajian diploma ini diwujudkan dalam bidang pendidikan.

  • Program ini bertujuan untuk menghasilkan pelajar yang memahami pelbagai aspek yang berkaitan dengan kanak – kanak secara mendalam.
  • Melahirkan individu yang berpengetahuan tentang pengurusan kurikulum, psikologi kanak–kanak, pendekatan pendidikan kanak – kanak aspek kesihatan dan keselamatan, serta pengetahuan dalam pemakanan kanak–kanak.
  • Melahirkan individu yang berpotensi untuk memahami kanak – kanak istimewa dan bekeperluan khas.
  • Memberi kemahiran kepada individu dalam teknik sebenar dalam mendidik kanak–kanak .
  • Bagi mendedahkan pelajar kepada pemahaman yang lebih mendalam kepada realiti tempatan , watak moral serta intelektual yang mempengaruhi perkembangan seorang kanak–kanak.

IPT Menawarkan Diploma Pendidikan Awal Kanak–Kanak

Program pendidikan awal kanak–kanak sebenarnya terbuka luas dan mempunyai banyak IPT yang menawarkan bidang tersebut.

Ini kerana permintaan dalam bidang kerjaya yang memerlukan kemahiran dalam bidang pendidikan awal kanak–kanak yang semakin bertambah seiring dengan perkembangan pusat jagaan kanak–kanak, taska dan tadika di luar sana.

Berikut merupakan sebahagian dan antara IPT yang menawarkan Diploma Pendidikan Awal Kanak–kanak.

  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • UNITAR International University
  • Kolej Poly – Tech MARA
  • Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
  • Internatinal Islamic College
  • Kolej Perkembangan Awal Kanak–kanak
  • Management & Science University ( MSU )
  • Kolej Dika
  • Methodist College
  • Open University Malaysia
  • SEGI College
  • UNITI Kolej
  • Geomatika University College

Itulah antara senarai IPT yang ada menawarkan diploma dalam bidang tersebut. Kebanyakan IPT yang menawarkan diploma ini adalah swasta.

Ada juga dari universiti awam seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris tapi terlalu tinggi persaingannya. Tapi jangan risau, anda boleh cuba dahulu mungkin rezeki anda untuk terpilih sebagai salah seorang pelajar di sana.

Syarat Kelayakan Kemasukan

Syarat kelayakan bagi program diploma ini sangat mudah, anda hanya perlu memperoleh sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana–mana mata pelajaran dan lulus mata pelajaran sejarah dalam SPM.

Bagi Sijil Vokasional Malaysia (SVM) anda perlu memperolehi akademik dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.00, Vokasional 2.67 PNGK, Kredit BM 1104.

Mudah bukan? Jangan lepaskan peluang anda untuk menceburi bidang pendidikan dengan peluang pekerjaan yang sangat luas untuk anda.

Anggaran Yuran Pengajian

Yuran pengajian bagi program ini sebenarnya bergantung kepada IPT itu tersebut. Jika anda bernasib baik dan terpilih sebagai pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris yuran untuk bidang pendidikan awal kanak–kanak sedikit lebih murah berbanding IPT yang lain.

Kenapa lagi murah apa bezanya? Sudah tentu ada beza, UPSI adalah universiti awam kerana itulah harganya lebih murah.

Tapi jangan risau walaupun harga berbeza, kualiti dan sijil yang anda akan terima di akhir pengajian kelak adalah sama, universiti sahaja yang berbeza.

Berikut saya kongsikan anggaran yuran pengajian UPSI dalam bidang ini untuk memberi sedikit gambaran mengenai yuran IPTA untuk pengajian tersebut.

Bagi universiti swasta pula biasanya akan menawarkan yuran pengajian seperti yang berikut :

Tapi anda tidak perlu risau mengenai yuran pengajian kerana tentunya anda boleh membuat pinjaman pendidikan untuk melanjutkan pengajian anda.

Untuk IPTS anda boleh buat permohonan terus ke kolej yang anda pilih.

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian bagi diploma ini juga bergantung kepada institusi itu sendiri, secara anggarannya tempoh pengajian bagi diploma pendidikan awal kanak–kanak adalah di antara 2 tahun 6 bulan sehingga 3 Tahun.

Biasanya dihujung pengajian akan ada Latihan Industri (LI) atau praktikal.

Peluang Pekerjaan

Inilah yang ramai tidak tahu, bidang pendidikan awal kanak–kanak sebenarnya adalah salah satu bidang yang menawarkan pelajarnya untuk menceburi pelbagai bidang pekerjaan.

Gaji staff yang bekerja dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak juga agak menarik menjadikannya pilihan semakin popular untuk pelajar lepasan SPM.

Berikut adalah peluang pekerjaan yang terbuka kepada pelajar dalam diploma ini selepas taman pengajian.

  • Guru tadika
  • Pengusaha tadika dan taska
  • Jurulatih pusat jagaan kanak–kanak
  • Usahawan dalam bidang perkembangan kanak–kanak
  • Guru pra sekolah
  • Penyelidik dan pembangunan produk pendidikan
  • Konsultan pengurusan pra–sekolah
  • Pegawai sumber manusia

Diploma pendidikan Awal Kanak–Kanak ini adalah satu program yang membuka peluang kepada anda untuk menceburi bidang kerjaya yang sangat baik.

Jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai diploma ini, mungkin ini adalah satu langkah permulaan untuk anda menuju masa depan yang lebih cerah.

Semoga sedikit informasi umum mengenai peluang kerjaya dan syarat kelayakan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini bermanfaat kepada anda.