Check Saman JPJ, Polis Trafik & AES Online

Check saman JPJ, Polis Trafik dan AES online. Ramai yang tanya sama ada kita cara untuk semak saman JPJ secara online atau secara SMS.

Di era IT ini semua maklumat ada di hujung jari, tentulah boleh dan ada caranya.

Kali ini kami kongsikan dengan anda cara semak saman JPJ, polis trafik atau AES secara online.

Bagaimana jika selepas disemak dan ada saman?

Itu hal mudah. Anda boleh buat bayaran saman tersebut secara online.

Jika anda memiliki saman yang perlu dibayar, tidak perlu lagi pergi beratur panjang-panjang untuk bayar saman JPJ di kaunter mereka atau polis trafik.

Cara Check Saman JPJ Dan Polis Trafik Online

Untuk membuat semakan saman JPJ dan polis trafik secara online anda boleh guna lima (5) cara seperti yang diterangkan di bawah.

Check saman JPJ dan polis trafik secara online lebih senang dan pantas.

Maksudnya anda tidak perlu berkunjung ke balai polis atau kaunter JPJ untuk membuat semakan saman kenderaan anda.

Boleh menjimatkan masa dan duit minyak anda.

#1 – Semakan Saman JPJ Guna MYEG

Sistem online MYEG ini menyediakan kemudahan semakan saman JPJ, Polis dan AES.

Selain itu sistem ini juga menawarkan perkhidmatan renew insurans kereta.

Untuk menggunakan portal tersebut, anda perlu mendaftar akaun terlebih dahulu.

Untuk membuat semakan melalui applikasi MYEG ikuti langkah mudah dan ringkas seperti di bawah.

Semak saman trafik guna MYEG

  1. Layari portal MyEG di https://www.myeg.com.my/
  2. Login guna maklumat yang didaftarkan sebelum ini jika anda pernah mendaftar untuk perkhidmatan online MyEG.
  3. Klik link e-Services dan pilih semakan saman PDRM/JPJ/AES
  4. Jika ada saman ianya akan dipaparkan.
  5. Anda boleh membuat pembayaran saman terus selepas itu melalui online.

 

#2 – Semak Saman JPJ & AES

Anda juga sebenarnya boleh buat check saman JPJ terus ke portal rasmi mereka sendiri.

Anda perlukan nombor MyKAD (Kad Pengenalan) dan nombor pendaftaran kenderaan untuk buat semakan.

Langkah-Langkah buat semakan saman di portal JPJ

  1. Layari portal Semakan Saman JPJ.
  2. Kemudian pilih sama ada ingin memasukkan nombor ID sahaja atau nombor ID dan nombor kenderaan
  3. Klik butang Semak
  4. Sistem akan memaparkan laporan saman sekiranya anda mempunyai saman JPJ / AES

Untuk makluman anda berikut ialah maklumat mengenai saman kenderaan yang biasa kita terima.

  • Saman JPJ – Rekod saman yang diwujudkan kepada pemandu atau pemilik kenderaan atas pelbagai kesalahan jalan raya.
  • Saman AES – Satu sistem pengesan dipasang ditepi jalan raya untuk merakam kesalahan lalulintas menggunakan sistem pengesan dan perakam imej kesalahan yang berlaku menggunakan kamera.

#3 – Semakan SamanMelalui RILEK

check saman trafik dan JPJ guna Rilek

Sistem applikasi Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan (RILEK) pula adalah satu lagi portal yang anda boleh gunakan untuk membuat semakan saman kenderaan anda.

Kelebihan aplikasi RILEK ini ialah ianya menyediakan diskaun saman.

Dilaporkan mereka memberikan potongan sehingga 10% jika anda membuat pembayaran saman PDRM melalui RILEK.

Jika berhasrat untuk bayar saman sebaiknya gunakan portal ini.

Untuk menggunakan portal RILEK sila ikut langkah-langkah seperti berikut.

  1. Layari portal RILEK di https://www.rilek.com.my/
  2. Sila daftar sebagai pengguna. Anda perlu mendaftar sebagai pengguna sebelum boleh menggunakan portal tersebut.
  3. Kemudian login menggunakan username & password yang telah didaftarkan
  4. Kemudian klik pada menu “Search By” dan pilih semak saman JPJ / Polis
  5. Isi maklumat yang diminta dan klik butang Semak

#4 – Semakan Melalui SSO PDRM

Semakan saman JPJ dan polis trafik guna SSO

Pihak PDRM sebenarnya ada juga menyediakan semakan khas saman melalui Sistem Semakan Online (SSO).

Melalui sistem ini anda boleh membuat semakan status saman anda.

Walaupun pilihan ini kurang popular berbanding MYEG tetapi ianya adalah salah satu cara untuk membuat semakan saman kenderaan anda.

Layari https://sso.rmp.gov.my/ untuk akses ke SSO PDRM

# 5 – Semakan Saman Melalui SMS

Selain itu anda juga boleh membuat semakan saman melalui SMS.

Sila ikut langkah-langkah seperti berikut. Ini adalah antara yang paling popular dan diguna ramai.

Ramai juga yang guna cara check saman JPJ guna no plat kenderaan anda.

Check Saman Polis SMS

Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kenderaan
Hantar ke 15888 atau 32728
Contoh: POLIS SAMAN BGWXXXX
Atau

Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kad Pengenalan
Hantar ke 15888
Contoh: POLIS SAMAN 80xxxxxxxxxx

Semak Saman JPJ Secara SMS

Taip JPJ Saman<jarak>No. KP
Hantar ke 15888
Contoh: JPJ Saman 80xxxxxxxxxx
Atau

Taip JPJ Saman<jarak>No. Kenderaan
Hantar ke 15888
Contoh: JPJ Saman BGWXXXX

Rayuan Diskaun Saman

Jika ada saman boleh atau tidak merayu minta diskaun?

Tentu sahaja boleh.

Dari masa ke semasa biasanya ada hebahan mengenai peluang bayar saman-saman tertunggak atau belum dibayar dengan diskaun yang agak menarik.

Masa itu jangan lepaskan peluang untu membayar saman jika ada yang masih belum dijelaskan.

Cara terakhir untuk dapatkan sedikit diskaun ialah dengan bayar saman JPJ atau Polis trafik anda melalui portal RILEK dan mendapat diskaun 10%.

Semoga perkongsian info mengenai check saman JPJ, polis trafik dan AES ini bermanfaat kepada anda.