Sani Express Terengganu Jadual Perjalanan & Contact Number

Sani Express Terengganu informasi jadual perjalanan bas dan contact number. Sekarang ini sudah boleh ke sini ke sana. Tentu ramai yang merancang untuk ke destinasi tertentu.

Antara syarikat bas yang popular ialah Sani Express, terutama untuk penumpang dari Kuala Terengganu ke pelbagai destinasi.

Kenapa tidak, bas ini menawarkan pelbagai kemudahan untuk keselesaan penumpang mereka.

Yang paling best syarikat bas express tersebut ada menyediakan kemudahan booking tiket bas secara online.

Tidak perlulah anda ke kaunter tiket bas Sani untuk beli tiket. Duduk di rumah book online pun boleh. Jimat masa, tenaga dan kos untuk beli tiket.

Sani Express Kuala Terengganu Contact Number

Selain syarikat bas tersebut, sebenarnya ada banyak syarikat bas lain yang beroperasi dari Terengganu.

Boleh check trip dan harga tiket online melalui applikasi easybook.com untuk syarikat bas lain.

Jika anda memang memilih Sani Express anda boleh buat tempahan tiket secara online terus ke laman portal yang di sediakan.

Anda juga boleh check trip jadual perjalanan dan harga tiket bas ke destinasi pilihan anda guna portal rasmi mereka di bawah.

LINK: Sani Express Online

Kalau nak berhubung dengan syarikat bas tersebut, boleh gunakan maklumat contact number pelanggan mereka di bawah.

Ini contact number care line Syarikat bas tersebut.

Sani Express Customer Careline : +603 – 3344 4542

Kena rajin daillah sikit sebab macam busy line mereka nie. Tetapi jika perlu tetap perlu kena dail untuk berhubung dengan syarikat bas tersebut.

Kaunter Tiket Sani Express Kuala Terengganu

Kalau tak nak beli tiket secara online, bolehlah juga kunjungi kaunter tiket syarikat bas ini.

Ini alamat dan contact number kaunter tiket syarikat bas tersebut di Kuala Terengganu.

Kaunter Express Terminal Kuala Terenganu (MPKT)
No 96 Ground Floor, Jalan Masjid Abidin, Hentian Bas MPKT, 20100 Kuala Terengganu Terengganu
Phone Number: +609-622 2717

Kalau di Kuala Lumpur kaunter tiket mereka di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Ini contact number mereka di TBS, Kota Bharu dan Jerteh.

Kuala Lumpur (TBS)
Kaunter Express Terminal Bersepadu Selatan
Bandar Tasik Selatan Jalan Terminal Selatan 57100 Kuala Lumpur
Contact Number: +603-3343 8870

Kota Bharu Kelantan
Kaunter Express Terminal Bas Kota Bharu
Kaunter 1 Terminal Bas KB Lembah Sireh, TESCO 15150 Kota Bharu Kelantan
Contact Number: +609-744 6767

Jerteh
Kaunter Express Jerteh
Kaunter 6, 22000 Jerteh Terengganu
Contact Number: +609-690 3825

Syarikat bas tersebut memang banyak menyediakan kaedah agar pelanggan mudah menghubungi mereka. Sebenarnya itulah yang sebaik-baiknya.

Harga Tiket 

Kalau guna portal rasmi Sani Express kita boleh semak harga tiket dengan mudah. Hanya perlu pilih ke mana destinasi pilihan anda.

Selain itu anda boleh juga guna applikasi online untuk semak harga tiket syarikat bas lain ke destinasi yang sama guna applikasi easybook.com dan busonlineticket.com.

Applikasi ini akan paparkan semua maklumat berkenaan jadual perjalanan, senarai harga tiket dan kemudahan untuk penumpang dalam bas.

Memang sekarang ini semuanya semakin mudah dan dapat dilakukan melalui atas talian sahaja.

Harap sedikit informasi mengenai jadual bas dan contact number bas Sani Express Terengganu ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama menyokong industri pengangkutan awam dalam negara kita.