Semak Akaun ASB Online Baki & Penyata Akaun
Semak akaun ASB online untuk mengetahui baki dan penyatan akaun MyASNB anda. Baru-baru ini kerajaan sudah umumkan dividen ASB untuk tahun ini bukan?
Mesti ramai yang sibuk membuat semakan baki terakhir akaun ASB mereka. Jika anda mempunyai akaun pelaburan ASB dan ingin memantau perkembangan pelaburan anda secara online?
Jika YA, sudah pasti satu kewajipan dan penting untuk anda sentiasa membuat semakan status pelaburan anda untuk memudahkan anda membuat perancangan kewangan untuk masa depan.
Yang bagusnya, cara sudah dipermudahkan kini.
Anda hanya perlu daftar akaun ASB online dan anda berpeluang menikmati pelbagai jenis perkhidmatan seperti yang tersenarai di bawah.
Anda tidak perlu lagi mengunjungi kaunter ASB untuk mendapatkan perkembangan terkini akaun ASB anda.
Manfaat akaun ASB online:
- Pertanyaan butiran pegangan semasa (Semak ASB Online)
- Memeriksa rekod transaksi portal sehingga 90 hari
- Membuat pelaburan tambahan
- Mengemaskini maklumat peribadi
Ini bermaksud dengan adanya applikasi online ASB ini semua urusan berkaitan dengan ASB anda boleh dilakukan secara online dari mana-mana anda berada selagi ada connectivity internet.
Ianya juga memudahkan pemantauan kedudukan pelaburan ASB anda dari masa ke semasa.
Baca juga: Senarai 17 Jenis Pengeluaran KWSP Sebelum Umur Bersara
Cara Daftar & Semak Akaun ASB Online
Selepas melihat kelebihan-kelebihan yang ditawarkan jika anda mendaftar akaun ASB online, tentu anda teruja untuk daftar sekarang.
Sekarang ini semuanya dihujung jari.
Cara untuk mendaftar tidaklah susah. Anda hanya perlu ikut langkah step-by-step secara online di laman website rasmi MyASNB.
Bagaimana cara untuk mendaftar?
Untuk mendaftar ikuti langkah-langkah di bawah. Ianya mudah sahaja sebenarnya. Ikuti langkah mudah di bawah;
- Daftar di portal MyASNB terlebih dahulu. Pastikan segala maklumat peribadi adalah tepat
- Kemaskini maklumat peribadi di kaunter-kaunter ASNB.
Semasa mendaftar pastikan nombor telefon anda telah dikemaskini di ASNB. Untuk individu yang kerap bertukar nombor telefon anda kena selalu update no telefon anda.
Ini sangat penting untuk pelbagai urusan berkaitan dengan akaun ASB anda.
Jika anda kerap bertukar nombor telefon, itu bermaksud anda kena kerap juga mengemaskini nombor telefon terbaru anda ke laman portal tersebut.
Masa Operasi Transaksi Online
Selepas mendaftar akaun online anda kini sudah boleh menggunakan sistem transaksi online MyASNB.
Anda boleh menggunakan kemudahan-kemudahan online ini 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Walau bagaimanapun transaksi kewangan pula adalah terhad kepada masa atau jadual berikut:
- Dana Tetap: Ahad – Jumaat (7 pagi – 7 petang)
- Dana Harga Berubah: Ahad – Jumaat (7 pagi – 7 petang)
Nota: Tidak termasuk hari Sabtu dan public holiday.
Jika anda memerlukan maklumat lanjut anda boleh hubungi bantuan khidmat pelanggan 03-80268101 atau email asnbcare@pnb.com.my
Semoga perkongsian info mengenai cara semak akaun ASB online ini bermanfaat kepada anda. Dah tahu cara, buatlah semakan hari ini melalui online.