Senarai Kenderaan Layak Dapat Diesel Bersubsidi SKDS 2.0

Kenderaan layak di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi SKDS 2.0.

Kelayakan jenis kenderaan pengangkutan darat di bawah SKDS 2.0 telah diperluas kepada 9 jenis kenderaan pengangkutan darat barangan yang bertujuan untuk membantu mengurangkan impak kenaikan kos operasi syarikat dan seterusnya menjamin kestabilan harga barangan di pasaran.

Senarai kenderaan layak dapat diesel bersubsidi

Pelaksanaan Sedia Ada Kepada 10 Jenis Kenderaan Sektor Pengangkutan Darat Awam

  • Bas Sekolah
  • Bas Ekspress
  • Bas Berhenti-henti
  • Pas Pengantara
  • Bas Mini
  • Kereta Sewa
  • Teksi
  • Van / Lori Mayat
  • Ambulans
  • Bomba

Perluasan Kepada 9 Jenis Kenderaan Sektor Pengangkutan Darat Barangan.

  • Lori Rigid – Kargo Am
  • Penggerak Utama
  • Lori Rigid – Luton / Kotak
  • Lori Rigid – Tangki Air
  • Lori Rigid – Minuman Botol
  • Lori Rigid – Refrigerated
  • Lori Rigid – Tangki Tepung
  • Window Van
  • Panel Van

Semua syarikat bagi Sektor Pengangkutan Darat Barangan yang memiliki kenderaan layak di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi SKDS 2.0 perlu segera memohon diesel bersubsidi dan Fleet Card sebagai persediaan sebelum penyasaran semula subsidi diesel dilaksanakan agar dapat terus menikmati pembelian diesel pada harga subsidi.

Jangan ketinggalan, mohon segera Diesel bersubsidi.