Siapa Yang Layak Memohon & Bila Boleh Buat Pinjaman PTPTN?

Bila pelajar boleh menghantar permohonan pinjaman PTPTN?

PTPTN, atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, adalah agensi yang menyediakan pinjaman pendidikan kepada golongan pelajar Malaysia bagi menyokong pengajian tinggi mereka.

Namun, terdapat beberapa syarat dan kriteria yang perlu dipenuhi oleh para pemohon untuk layak memohon pinjaman PTPTN.

READ: Cara Dapatkan Kod Eksekutif PTPTN Untuk Pelbagai Urusan myPTPTN

Syarat Kelayakan

Terdapat beberapa syarat kelayakan perlu dipenuhi oleh para pemohon seperti yang disenaraikan di bawah ini.

  1. Para Pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia.
  2. Pemohon perlu menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), atau Politeknik, dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  3. Kursus pengajian diambil oleh pelajar IPTA/IPTS dan Politeknik perlu mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan berdaftar dengan PTPTN.
  4. Bagi pemohon mengikuti IPTS, kursus diikuti perlu mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA dan masih berlaku semasa tarikh memohon.
  5. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza, pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi yang dinyatakan.
  6. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu tahun.
  7. Pemohon perlu membuka akaun Simpan SSPN Prime/Simpan SSPN Plus.

Para pelajar turut disarankan untuk merujuk kepada maklumat terkini di portal rasmi PTPTN dari masa ke masa untuk memudahkan proses permohonan.

Tarikh Permohonan

Bila boleh buat pinjaman PTPTN atau hantar permohonan? Biasanya, PTPTN membuka tempoh permohonan pinjaman setiap tahun berlainan.

Tarikh pembukaan dan penutupan permohonan mungkin berubah-ubah bagi universiti dan jurusan diikuti, jadi eloklah bagi para pemohon untuk menyemak maklumat terkini di laman web rasmi PTPTN.

Secara umumnya, permohonan pinjaman PTPTN biasanya dibuka selepas keputusan kemasukan ke institusi pengajian tinggi diumumkan.

Oleh itu, setelah anda menerima tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), sila rujuk Portal PTPTN untuk mendapatkan butiran mengenai tempoh permohonan.

Anda boleh semak panel bank dan mohon pinjaman ptptn mengikut tarikh permohonan dinyatakan.

Sebagai contoh, jika anda menerima surat tawaran untuk pengajian dari universiti pada Julai 2023, ini bermakna tempoh permohonan pinjaman PTPTN dibuka untuk Kelompok 1 dan Kelompok 2 dari 1 Jun 2023 hingga 31 Julai 2023.

Jangan lewat dalam membuat permohonan kerana kelewatan akan menyebabkan pelajar tidak dapat menerima pinjaman untuk semester tersebut dan perlu memohon pada semester seterusnya.

Bahagian bendahari IPT anda biasanya tahu dan memiliki maklumat terkini bila boleh buat permohonan pinjaman PTPTN kerana biasanya mereka sentiasa berhubung rapat dengan pihak PTPTN.

Anda boleh meminta maklumat terkini dari pihak bendahari IPT anda mengenai permohonan pinjaman PTPTN anda.

Cara permohonan

Sebagai langkah pertama, para pelajar perlu membuka akaun SSPN-i di mana-mana cawangan Agrobank, Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat, atau cawangan PTPTN untuk mendapatkan nombor akaun SSPN-i.

Seterusnya, para pemohon perlu membeli nombor PIN PTPTN di kaunter BSN dengan nilai sebanyak RM5.00.

Pastikan anda menyimpan nombor PIN ini untuk kegunaan semasa membuat permohonan secara online di portal PTPTN, dengan tempoh sah selama 6 bulan bermula dari tarikh pembelian.

Kemudian, anda boleh mula mendaftar secara atas online melalui Portal PTPTN, namun perlu diingat, laman web ini hanya boleh dilayari menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 2 ke atas.

Setelah menyelesaikan permohonan, anda boleh menyemak status permohonan untuk mengetahui sama ada anda layak menerima pembiayaan PTPTN atau sebaliknya.

Jika permohonan berjaya, anda perlu membuka akaun simpanan bank mengikut panel bank yang ditetapkan oleh PTPTN, kerana pembiayaan pinjaman akan disalurkan ke akaun bank tersebut.

Semoga sedikit informasi umum mengenai pinjaman PTPTN ini bermanfaat kepada anda.

All the best!