Skim Rumah Pertamaku (SRP) Telah Dimansuhkan

Skim Rumah Pertamaku (SRP) cara memohon pinjaman pembiayaan untuk pekerja sektor swasta. Tentu semua orang mahu rumah sendiri dan ini mungkin peluang untuk anda.

Tetapi ini adalah UPDATE terbaru berkenaan skim ini.

Skim Rumah Pertamaku (SRP) Dimansuhkan

Skim ini telah dimansuhkan. Demikian laporan yang dikeluarkan di laman-laman portal popular di Malaysia.

Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang diperkenalkan semenjak 2011 akan dimansuhkan mulai 1 April 2023. – Astro Awani

Ini bermakna skim ini tidak ditawarkan lagi selepas 1 April 2023. Terpaksalah cari alternatif lain untuk mendapatkan kediaman pertama indaman anda.

End

Adakah anda adalah pekerja di sektor swasta, dan menyewa tempat tinggal ketika ini?

Jika YA, anda mungkin berminat untuk mengetahui bahawa ada Skim Rumah Pertamaku dibuka kepada orang ramai yang layak dan berminat.

Ini peluang untuk anda mendapatkan rumah idaman pertama anda. Tunggu apa lagi, peluang terbuka luas untuk anda.

READ: Pengeluaran KWSP Untuk Beli/Buat Rumah

Kali ini kami ingin kongsikan dengan anda sedikit informasi umum mengenai SRP dan cara memohonnya. Apa sebenarnya skim ini?

Skim Rumah Pertamaku (SRP) – Skim Rumah Pertamaku adalah inisiatif pemilikan rumah yang pertama kali diumumkan dalam Belanjawan 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu pembeli-pembeli rumah pertama yang berpendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,000 (tertakluk kepada RM5,000 setiap pemohon) untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan pembeli rumah pertama untuk mendapat pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat dan membolehkan pemilikan rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan.

Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.

Cagamas SRP Berhad (“CSRP”) akan menjamin sehingga 20% pertama atas dasar ‘kerugian pertama’.

Permohonan Skim Rumah Pertamaku (SRP)

Untuk memohon SRP anda hanya perlu mengemukakan permohonan di mana-mana cawangan bank-bank yang terlibat.

Antaranya ialah Public Bank, Maybank, CIMB, BSN, RHB dan banyak lagi.

Tentu sekali anda perlu menyediakan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan seperti slip gaji / penyata pendapatan, salinan MyKad dan sebagainya untuk permohonan anda.

Pemohon boleh berhubung terus dengan bank-bank yang terlibat mengenai prosedur permohonan yang harus anda buat.

Mungkin lain bank memilik sistem permohonan yang berlainan.

Sebenarnya selain kemudahan pengeluaran KWSP untuk beli rumah program SRP ini juga adalah salah satu pilihan yang baik untuk membeli rumah pertama anda.

Hampir semua bank perdagangan di Malaysia ada menyediakan skim ini.

Di bawah adalah senarai bank-bank yang boleh anda hubungi untuk memohon SRP;

  • Affin Bank
  • Alliance Bank
  • AmBank
  • Bank Islam
  • Bank Muamalat
  • CIMB Bank
  • HongLeong Bank
  • Maybank
  • MBSB Bank
  • OCBC Bank
  • Public Bank
  • RHB Bank
  • UOB Bank

Senarai bank ini mungkin berubah dari masa ke semasa kerana mungkin ada antara bank yang tidak lagi menyediakan skim ini atau mungkin ada bank baru menyediakan kemudahan tersebut.

Kami akan kemaskini entry ini dari masa ke semasa jika ada apa-apa maklumat terbaru yang boleh dikongsikan dengan anda.

Rujuk maklumat perhubungan bank-bank di bawah untuk berhubung dengan mereka.

Tetapi rasanya cara yang paling baik dan cepat ialah kunjungi cawangan berdekatan bank pilihan anda untuk memohon SRP.

permohonan Skim Rumah Pertamaku (SRP) untuk pekerja sektor swasta

Kriteria Kelayakan Pemohon

Pemohon mestilah memiliki/memenuhi kelayakan seperti dalam senarai di bawah. Ini adalah kelayakan umum, mungkin ada kelayakan khas yang lain semasa memohon.

Lebih baik tanyakan dengan pihak bank minta penjelasan terperinci dan semakan kelayakan sebelum memohon.

A. Pemohon Yang Layak

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Pembeli rumah pertama
  • Pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri
  • Pemohon individu atau bersama
  • Pendapatan kasar bulanan isi rumah:
    • Untuk hartanah yang bernilai sehingga RM500,000 – tidak lebih daripada RM5,000 bagi pemohon individu atau tidak lebih daripada RM10,000 bagi pemohon bersama (tertakluk kepada pendapatan kasar bulanan isi rumah setiap pemohon tidak lebih daripada RM5,000)
    • Untuk hartanah yang bernilai sehingga RM300,000 – tidak lebih daripada RM5,000 bagi pemohon individu atau bersama
  • Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas

B. Harta Yang Layak

  • Harta kediaman di pasaran utama dan sekunder yang terletak dalam Malaysia
  • Nilai maksimum hartanah RM500,000
  • Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)

C. Keperluan Pembiayaan

  • Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur pemohon tidak melebihi 70 tahun diakhir tempoh pembiayaan
  • Pembiayaan yang memberi kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk membuat pengeluaran)
  • Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
  • Insurans/takaful kebakaran diwajibkan
  • Untuk pembelian hartanah yang bernilai sehingga RM300,000 dan untuk pemohon dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih daripada RM5,000:
    • Wajib menamatkan modul pendidikan kewangan dalam talian yang disediakan oleh AKPK dan boleh diakses dalam portal AKPK RumahKu di https://learn.akpk.org.my
    • Tempoh moratorium selama 5 tahun

Jika anda memenuhi syarat kelayakan umum seperti yang ada di atas bolehlah cuba memohon.

Syarat permohonan ini mungkin boleh berubah dari masa ke semasa bergantung kepada keperluan dan budi bicara pihak bank.