Inisiatif Sukan Rahmah: Tawaran 30% Diskaun Pembelian Peralatan Sukan

Rakyat Malaysia dilaporkan antara yang kurang bersukan. Sebab itu peratusan obesiti agak tinggi di Malaysia.

Kerajaan mengalakkan rakyat untuk lebih aktif bersukan. Inisiatif Sukan Rahmah ini diwujudkan untuk tujuan tersebut.

Objektif pelancaran Inisiatif Sukan Rahmah

Masalah sering dihadapi ialah harga peralatan sukan agak tinggi terutama untuk golongan B40.

Memandangkan peralatan sukan ini bukan barangan wajib beli, ramai yang tidak memiliki peralatan sukan yang tepat dan sesuai.

Ini mengurangkan minat rakyat terutama untuk golongan B40 untuk bersukan.

Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh melancarkan Inisiatif Sukan Rahmah untuk menyokong sukan dalam negara.

READ: Senarai Lokasi Jualan Rahmah Bergerak

Tempoh Promosi Inisiatif Sukan Rahmah

Inisiatif ini akan berlangsung selama lebih kurang 2 bulan setengah iaitu dari 1 Ogos hingga 14 October 2023.

AEON CO. (M) Bhd sebuah syarikat peruncitan dan rangkaian pasar raya terkenal di Malaysia akan melaksanakan inisiatif ini.

Promosi ini akan dilaksanakan di Pasar Raya AEON Big di seluruh negara.

Semasa tempoh ini pihak AEON Big menawarkan pelbagai peralatan sukan dengan tawaran diskaun sehingga 30%.

Sila rujuk laman website rasmi AEON Big untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ini.

Senarai Peralatan Sukan Promosi

Agak banyak dan menyeluruh. Anda boleh semak senarai di bawah atau boleh juga semak di laman website mereka untuk maklumat terkini.

Sepanjang inisiatif ini lebih 100 jenis peralatan sukan akan ditawarkan diskaun dari 10% hingga 30%.

  • Baju Dan Seluar Sukan
  • Peralatan Kecergasan
  • Peralatan Yoga
  • Rangkaian Bola Sepak & Bola Keranjang
  • Raket Badminton
  • Kolam
  • Basikal 12 Inci / 16 inci
  • Papan Renang
  • Topi Keledar Sukan Dengan Set Pelindung

Senarai peralatan sukan untuk Inisiatif Sukan Rahmah di AEON Big

Sila rujuk gambar di atas untuk poster Inisiatif Sukan Rahmah. Anda juga boleh layari laman website rasmi AEON Big untuk rujuk lebih terperinci.