Syarat Kelayakan Asasi Sains Kemanusiaan UIAM & Peluang Sambung Pengajian

Syarat kelayakan Asasi Sains Kemanusiaan UIAM dan peluang sambung pengajian selepas itu ke peringkat lebih tinggi. Mesti ramai yang berminat ikut programme asasi.

Baru menamatkan peperiksaan SPM? Kenapa tidak memohon memasuki program Asasi Kemanusian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Kali ini kita nak sembang sedikit informasi mengenai syarat kelayakan bagi memasuki program asasi ini, peluang sambung pengajian dan cara memohon.

Sebelum tu kalau anda sedang mencari peluang tajaan pelajaran, boleh ambil sedikit masa membaca senarai biasiswa terkini untuk lepasan SPM.

Manalah tahu ada yang sesuai dengan pengajian anda.

Maklumat Penting

Objektif penting mewujudkan program asasi (foundation programme) ini adalah untuk menyediakan para pelajar asasi untuk memasuki ke dalam program Ijazah Sarjana Muda di Kulliyyah Ilmu Wahyu Islam dan Sains Kemanusiaan, dan Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan di Kampus Utama UIAM di Gombak.

Para pelajar akan diterapkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang penting dan diperlukan dalam bidang sains kemanusian.

Tempoh pengajian program ini adalah selama satu tahun. Namun, dalam beberapa situasi, pelajar boleh sambung sehingga 2 tahun.

Syarat Kelayakan

Berikut merupakan senarai syarat kelayakan yang wajib dipenuhi oleh calon untuk mendapatkan dalam program ini.

  • Program ini terbuka bagi warganegara Malaysia yang mempunyai status bumiputera (Melayu, Orang Asli, Anak Negeri Sabah and Anak Neger Sarawak).
  • Calon perlu lulus dalam pepriksaan SPM dan mendapat minima kepujian (gred C+) dalam mata pelajaran bahasa Melayu dan Matematik.
  • Calon turut perlu mendapat sekurang- kurangnya gred B dalam mata pelajaran bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam, serta gred C dalam mata pelajaran Sejarah.
  • Calon turut peru memperoleh sekurang-kurangya satu gred B dan dua gred C+ dalam mana- mana matapelajaran berikut. (Pendidikan Al- Quran dan Al- Sunnah/ Pendidikan Syari’ah Islamiah / Usul al-Din /Al-Syariah /Muthalaah / Tauhid wa Fekah / Tafsir wa Hadis / Quran wa Tajwid/ Tarikh Islami/Hifz al-Quran / Maharat al-Quran / Turath AI- Quran Wa AI-Sunnah / Turath Dirasat Al-lslamiah/ Manahij Al- ‘Ulum Al-Islamiah).

Cara Permohonan

Calon boleh melakukan permohonan secara atas talian sahaja dengan menggunakan laman web rasmi UIAM.

Anda dikehendaki untuk mendaftar akaun dahulu sebelum mengisi borang program Asasi Sains kemanusian.

Pastikan anda membaca dan mengikuti segala langkah-langkah yang diberikan dalam panduan dalam lama web tersebut.

Anda tidak perlu membeli sebarang nombor pin bagi permohonan program ini.

Pastikan maklumat peribadi, akademik dan lain-lain diisi dengan tepat dan betul. Semak terlebih dahulu sebelum menghantar permohonan.

Peluang Sambung Pengajian

Untuk makluman pelajar, bagi pelajar asasi lepasan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, anda boleh menyambung pengajian di UIAM sahaja.

Terdapat pelbagai jenis program pengajian yang ditawarkan bagi calon lepasan asasi Sains Kemanusian. Berikut merupakan senarai program yang boleh dimohon.

  • Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Komunikasi) (Kepujian)
  • Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris) (Kepujian)
  • Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Sejarah dan Tamadun) (Kepujian)
  • Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Psikologi ) (Kepujian)
  • Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Sains Politik) (Kepujian)
  • Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Sosiologi dan Antropologi) (Kepujian)
  • Sarjana Muda Sains Kemanusiaan dan Warisan Islam (Bahasa dan Kesusasteraan Arab) (Kepujian)
  • Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Fikah dan Usul Fikah) (Kepujian)
  • Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Usuludin dan Perbandingan Agama) (Kepujian)

Maklumat Perhubungan

Bagi sebarang pertanyaan mengenai permohonan program Asasi Sains Kemanusian boleh dikemukakan melalui email atau nombor telefon di bawah ini.

Nombor telefon:+603 6196 4000
Alamat:International Islamic University Malaysia, P.O Box 10, 50728 Kuala Lumpur.
Email: webmaster@iium.edu.my
Laman web: International Islamic University Malaysia – Garden of Knowledge and Virtue (iium.edu.my)

Mudah-mudahan sedikit informasi umum mengenai syarat kelayakan asasi sains sains kemanusian UIAM ini dapat membantu anda. All the best kepada anda yang hendak memohon mengikuti programme tersebut.