Syarat Kelayakan Asasi Undang-Undang Lepasan SPM IPTA

Syarat kelayakan Asasi Undang-Undang lepasan SPM dan senarai Universiti atau IPT yang menawarkan programme tersebut.

Adakah anda bercita-cita untuk menjadi seorang peguam, hakim ataupun sebarang profesion yang terlibat dalam bidang perundangan? Sudah tentu! Pasti itulah mungkin jawapan anda.

Sebab itu anda ada di sini sedang membaca info ini.

Sebelum itu jika anda masih tercari-cari penaja untuk sambung pengajian anda, boleh check senarai biasiswa terkini di Malaysia.

Mungkin ada yang sesuai dengan anda.

Sebenarnya, terdapat pelbagai laluan (program pra-universiti) yang boleh dipilih oleh pelajar lepasan SPM sebelum menyambung pengajian ijazah undang-undang di universiti.

Antaranya ialah program diploma, asasi, matrikulasi dan STPM. Kita nak cerita sedikit informasi umum mengenai foundation programmes dalam bidang undang-undang kali ini.

Senarai IPT Yang Tawarkan 

Ada banyak IPT yang tawarkan, di sini ada berberapa IPT yang kami senaraikan. Antara IPT yang paling digemari pelajar ialah UiTM dan UIAM.

Berikut merupakan senarai beberapa universiti yang menawarkan program asasi Undang- undang (Law Foundation Programmes).

Anda turut boleh memohon program asasi perundangan dari Institut pengajian swasta (IPTS).

Namun, pastikan anda memilih universiti swasta yang menawarkan program yang mendapat kelayakan daripada MQA agar kelak nanti anda boleh mudah menyambung pengajian ke peringkat ijazah di IPTA ataupun universiti di luar negara.

Ini antara IPT yang tawarkan Asasi Undang-Undang di Malaysia.

  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Teknologi Mara (UITM)
  • Advance Tertiary College (ATC)
  • Geometika University College
  • UOW Malaysia KDU

Syarat Kelayakan UiTM

Berikut merupakan syarat kelayakan bagi memasuki program asasi undang-undang di UiTM.

  • Calon mesti berumur sekurang- kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Calon mesti merupakan warganegara Malaysia dan takrifan Melayu/ Anak Negeri Sabah/ Anak Negeri Sarawak/ Orang Asli mengikut Perlembagaan Malaysia.
  • Calon perlu memenuhi syarat kelayakan minima bagi program dimohon.
  • Calon perlu mempunyai rekod jenayah yang bersih dan tidak pernah disabitkan sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya.
  • Pelajar lepasan SPM perlu lulus dalam SPM dengan mendapat sekurang- kurangnya 5 kepujian
  • Calon perlu mendapat kepujuan dalam mata pelajaran bahasa Melayu dan Sejarah dalam peperiksaan SPM.
  • Calon mesti mendapat keputusan SPM yang cemerlang dengan memperoleh minima gred A- dalam mana- mana tiga mata pelajaran (selain subjek bahasa Inggeris dan Matematik).
  • Calon mesti mendapat sekurang- kurangnya gred A- dalam mata pelajaran bahasa Inggeris dan lulus dengan kepujian dalam Matematik/ Matematik Tambahan.

Syarat Kelayakan UIA

Berikut merupakan senarai syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk mengikuti program asasi undang-undang di UIA.

  • Program ini terbuka bagi warganegara Malaysia yang mempunyai status bumiputera (Melayu, Orang Asli, Anak Negeri Sabah and Anak Neger Sarawak).
  • Calon perlu lulus dalam pepriksaan SPM dan mendapat minima kepujian (gred C) dalam mata pelajaran bahasa Melayu dan Matematik.
  • Calon perlu mendapat sekurang- kurangnya lima A- dalam SPM.
  • Calon perlu mendapat sama ada minima gred A- dalam subjek bahasa Inggeris ataupun gred B dalam bahasa Inggeris serta B+ dalam bahasa Arab.
  • Calon turut peru memperoleh sekurang-kurangya gred B dalam subjek pendidikan Islam dan Sejarah serta perlu mendapat minima gred C+ dalam mana- mana matapelajaran berikut. (Pendidikan Al- Quran dan Al- Sunnah/ Pendidikan Syari’ah Islamiah / Usul al-Din /Al-Syariah /Muthalaah / Tauhid wa Fekah / Tafsir wa Hadis / Quran wa Tajwid/ Tarikh Islami/Hifz al-Quran / Maharat al-Quran / Turath AI- Quran Wa AI-Sunnah / Turath Dirasat Al-lslamiah/ Manahij Al- ‘Ulum Al-Islamiah).

Untuk programme Asasi Undang-Undang di IPTS pula anda boleh contact mereka terus untuk maklumat kemasukan dan syarat kelayakan.

Manalah tahu ada perbezaan.

Cara Memohon

Permohonan bagi mengikuti program asasi UiTM boleh dilakukan secara atas talian di portal UiTM Portal Kemasukan Pelajar Universiti Teknologi MARA (uitm.edu.my).

Sebelum itu, pastikan anda membeli Nombor Pin dari Bank Simpanan Nasional (BSN).

Manakala, bagi permohonan program di bawah UIA, anda boleh melakukannya secara atas talian di portal UIA  http://irayu.iium.edu.my/ .

Semoga sedikit informasi umum mengenai syarat kelayakan asasi undang-undang dan senarai IPT yang menawarkan kursus tersebut bermanfaat untuk anda. All the best!