Syarat Kelayakan Diploma Kejuruteraan Kimia UiTM Untuk Lepasan SPM

syarat kelayakan diploma kejururawatan uitm lepasan spm

Kejuruteraan Kimia adalah salah satu kursus peringkat diploma yang ada ditawarkan di UiTM. Program ini sering menjadi pilihan ramai pelajar kerana peluang pekerjaan yang agak banyak dan luas.

Tetapi nak sambung belajar dalam bidang ini bukan semua layak sebab ada syarat kelayakan yang perlu anda penuhi untuk diterima masuk.

READ: Kenali Ciri-Ciri Beras Plastik Atau Beras Asli – Cara Mengenali Beras Plastik

Ada dua (2) syarat yang ada iaitu syarat am universiti dan syarat khas program.

Ambil kursus ini mengambil masa 3 tahun atau 6 semester.

Mari lihat apakah syarat kelayakan kemasukan Diploma Kejuruteraan Kimia UiTM.

Syarat Am Universiti

  1. Calon hendaklah memiliki SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia dengan mendapat TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu.
  2. Lulus subjek Sejarah (Mula diguna pakai SPM 2013)

Syarat Khas Program

  1. Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI
  2. Mendapat kepujian dalam mata pelajaran
    • Matematik
    • Matematik Tambahan
    • Bahasa Inggeris
    • Fizik
    • Kimia / Biologi / Pengajian kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Asas Kelestarian / Lukisan Kejuruteraan / Grafik komunikasi Teknikal / Teknologi Maklumat / Reka CIpta / Information And Communication Technology / Sains Komputer
  3. Calon tidak buta/buta warna dan tidak mempunyai ketidakupayaan fizikal yang menyukarkan kerja-kerja amali.

Jika anda memenuhi syarat kelayakan di atas cubalah memohon. Jika perlukan maklumat lebih terperinci anda boleh rujuk dokumen Syarat Kelayakan Diploma Kejuruteraan KimiaUiTM (PDF) untuk kursus tersebut.

Selamat berjaya!