Syarat Kemasukan Program Asasi GMI Untuk Pelajar Malaysia

Hai Semua! Jika anda ingin membina asas yang kukuh dalam bidang kejuruteraan, maka Program Asasi GMI-UTP mungkin adalah pilihan terbaik untuk anda!

Sebenarnya, Program Asasi GMI-UTP (GUFP) merupakan sebuah perkongsian strategik antara GMI (German Malaysian Institute) dan UTP (Universiti Teknologi PETRONAS).

Syarat kelayakan program Asasi GMI UTP untuk pelajar Malaysia

Program ini adalah satu program asasi selama setahun yang berdasarkan silibus asasi UTP.

Setelah menamatkan program ini, pelajar akan memenuhi syarat untuk memulakan Program Ijazah Pertama (Undergraduate) mereka di UTP.

Syarat kemasukan

Berikut merupakan syarat kemasukan bagi program Asasi yang perlu dipenuhi oleh calon berminat.

  • Calon tidak boleh mempunyai sebarang kecacaran fizikal serius atau masalah rabun warna. Calon perlu lulus dalam pemeriksaan doktor serta ujian dadah.
  • Calon memiliki Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya gred C dalam Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Fizik, dan Kimia; atau
  • Lulus O-Level/ IGCSE atau kelayakan setaraf dengan sekurang-kurangnya gred C dalam lima mata pelajaran termasuk Matematik, Fizik, Kimia, dan dua mata pelajaran lain.

Yuran pengajian

Program asasi ini merangkumi 3 semester. Berikut adalah butiran mengenai yuran pengajian untuk program ini:

  • Yuran kos Asasi (termasuk deposit dan pendaftaran): RM 18,100
  • Yuran Asrama: RM 2,400

Sila rujuk laman web rasmi GMI untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang yuran pengajian Program Asasi GMI. Anda boleh mengakses laman web tersebut di Portal GMI untuk mendapatkan butiran lengkap mengenai yuran dan lain-lain maklumat berkaitan.

Info tambahan

Setelah menamatkan Program Pengajian Asas di GMI (German Malaysian Institute), pelajar layak untuk mendaftar dalam salah satu daripada program-program berkaitan berikut di UTP.

Berikut merupakan senarai program ijazah sarjana muda yang boleh dipilih:

  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dengan kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik & Elektronik dengan kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Geosains Petroleum
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum dengan kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan dengan kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer dengan kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Kimia Terapan

Cara permohonan

Permohonan bagi program ini boleh dilakukan secara atas talian melalui portal rasmi GMI menggunakan pautan berikut: Portal GMI

Maklumat perhubungan

Bagi sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi nombor di bawah bagi maklumat lanjut:

  • Nombor:  +603-8921 9191 / 9046 / 9322
  • Watsapp: 011-56895322
  • Email: marketing@gmi.edu.my

All the best !