Syarat Kemasukan UTHM Lepasan Diploma Pelajar Malaysia

Syarat kelayakan kemasukan ke UTHM untuk pelajar lepasan diploma ini adalah Syarat Am kemasukan ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

UTHM ini sering menjadi pilihan destinasi pelajar untuk sambung pengajian mereka ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

IPTA yang terletak di Batu Pahat Johor ini menawarkan banyak kursus peringkat Sarjana Muda yang boleh anda pilih.

Senarai syarat kemasukan ke UTHM untuk lepasan Diploma

READ: Syarat Kemasukan UTHM Lepasan SPM Untuk Warganegara Malaysia

Sebelum memilih ada baiknya semak dahulu syarat kelayakan kemasukan sama ada layak atau tidak.

Seperti mana IPTA lain UTHM juga mempunyai Syarat Am dan Syarat Khas yang perlu anda penuhi untuk layak.

Untuk kali ini mari semak senarai Syarat Am kelayakan ke UTHM untuk lepasan diploma.

Syarat Am

  1. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Melayu Kertas Julai dan Lulus (Gred E) Sejarah
  2. Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lainnya yang setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti
  3. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2/2.0 (Band 2/ Band 2.0) dalam Malaysian Universiti English Test (MUET)

Syarat Khas Program

Setiap bidang pengajian mempunyai syarat khas kelayakan kemasukannya sendiri.

Untuk anda semak senarai syarat khas untuk setiap bidang pengajian anda boleh download Syarat Khas Pengajian UTHM.

Semoga dipermudahkan urusan permohonan anda ke UTHM. All the best!