Syarat Pelepasan Cukai Untuk Aktiviti & Latihan Sukan

Pelepasan cukai untuk aktiviti dan latihan sukan ini adalah inisiatif kerajaan untuk menggalakkan rakyat untuk aktif bersukan.

Rajin-rajinlah bersukan kerana ianya baik untuk tubuh badan dan kesejahteraan negara kita.

Senarai Aktiviti Layak Dapat Pelepasan Cukai Sukan

Berikut adalah senarai aktiviti yang layak untuk pelepasan cukai.

  • Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut jenis sukan yang disenaraikan dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576] (tidak termasuk basikal dua roda bermotor)
  • Bayaran sewaan atau fi kemasukan ke mana-mana fasiliti sukan
  • Bayaran fi pendaftaran bagi menyertai apa-apa pertandingan sukan
  • Yuran keahlian gimnasium atau latihan sukan

Syarat pelepasan cukai sukan

Jenis Sukan Yang Layak Dapat Pelepasan Cukai

Senarai jenis sukan yang layak mendapat pelepasan cukai ada dalam dokumen (PDF) yang dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Syarat pelepasan cukai sukan ada perincian dalam dokumen yang dikeluarkan oleh pihak KBS. Rujuk Surat Pekeliling yang dikeluarkan oleh KBS.

Download dokumen guna link di bawah. Senarai jenis sukan boleh anda baca dari muka surat MS 6 – 13.

Link: Surat-Pekeliling-Bilangan-2-Senarai-Sukan-di-bawah-Jadual-Pertama-Akta-576

Pelepasan Cukai Untuk Latihan Sukan

Mengikuti latihan sukan juga berpeluang untuk mendapat pelepasan cukai. Berikut adalah senarai latihan sukan yang layak dapat pelepasan cukai.

  • Latihan sukan yang dianjurkan adalah seperti mana senarai sukan di bawah
    Jadual Pertama, Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576]
  • Latihan sukan dianjurkan oleh persatuan/kelab sukan/syarikat yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan atau diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016
  • Resit pembayaran dikeluarkan oleh persatuan/kelab sukan/syarikat yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan atau diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016

Jika anda mempunyai persoalan atau perlukan maklumat lanjut anda boleh berhubung dengan pihak KBS.

Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik
Kementerian Belia dan Sukan
Telefon: 03 8871 3372/3408/3348