Syarat Pengeluaran Akaun 3 KWSP (Akaun Fleksibel)

Apa itu Akaun 3 KWSP? Akaun 3 KWSP atau Akaun Fleksibel adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli.

Pelaksanaan Akaun 3 ini akan bermula pada 11 Mei 2024.

Syarat pengeluaran wang KWSP Akaun 3

READ17 Jenis Pengeluaran KWSP Akaun 1 & 2 Sebelum Umur Bersara

Sebelum ini kita ada dua (2) kategori akaun KWSP iaitu Akaun 1 dan Akaun 2. Akaun 1 adalah akaun persaraan iaitu 75% dari simpanan KWSP kita. Akaun 2 pula di kenali juga sebagai Akaun Sejahtera iaitu 15% dari simpanan KWSP kita.

Syarat Pengeluaran Akaun 3 KWSP

Simpanan dalam akaun ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli.

Berikut adalah Syarat Pengeluaran Akaun 3 KWSP anda.

  • Semua ahli KWSP Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara Malaysia
  • Belum mencapai umur 55 tahun
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel
  • Had amaun pengeluaran minimum yang ditetapkan adalah RM50

Cara Pengeluaran Wang KWSP Akaun 3

Untuk mengeluarkan wang KWSP dari Akaun 3, anda boleh buat secara online menggunakan portal KWSP i-Akaun.

Jika anda belum ada i-Akaun KWSP, cepat-cepatlah mendaftar supaya anda mudah akses ke akaun KWSP anda.

Belum ada i-Akaun? Jangan risau. Anda juga boleh kunjungi mana-mana cawangan KWSP yang terdekat dengan anda.