Syarat Pengeluaran Akaun Fleksibel (Akaun 3) KWSP & Cara Memohon

Pengstrukturan semula akaun simpanan KWSP anda akan berkuatkuasa mula 11 Mei 2024.

Selepas itu Akaun 3 (Akaun Fleksibel) akan diwujudkan dalam akaun simpanan KWSP anda.

Ianya menjadikan akaun simpanan KWSP anda terdiri daripada 3 akaun

  • Akaun Persaraan (75%) – Menjamin sumber pendapatan selepas bersara
  • Akaun Sejahtera (15%) – Memenuhi keperluan kehidupan dan nikmati kualiti pra-persaraan yang selesa
  • Akaun Fleksibel (10%) – Menyediakan fleksiiliti untuk keperluan kewangan jangka masa pendek dan kecemasan.

Selepas itu anda boleh buat pilihan untuk pindahan amaun permulaan ke Akaun Fleksibel anda bermula 12 Mei 2024 hingga 31 Ogos 2024.

Seperti yang kita diberitahu bahawa wang di Akaun 3 (Fleksibel) ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa bergantung kepada keperluan mendesak masing-masing.

Pengeluaran tentulah harus memenuhi syarat-syarat pengeluaran Akaun Fleksibel.

Syarat-syarat Pengeluaran Akaun Fleksibel

  • Semua ahli KWSP Warganegara Malaysia dan bukan Warganegara Malaysia
  • Belum mencapai umur 55 tahun
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel
  • Pengeluaran pada bila-bila mada dengan had pengeluaran minimum RM50

Syarat pengeluaran akaun simpanan KWSP Fleksibel

Kaedah permohonan pengeluaran yang boleh anda pilih ialah;

  • Secara dalam talian melalui KWSP i-Akaun dan ahli digalakkan untu memuat turun aplikasi KWSP i-Akaun, ATAU
  • Kunjung Pejabat KWSP berdekatan anda

Wang yang dikeluarkan dari akaun Fleksibel itu akan dikreditkan terus ke akaun bank simpanan ahli.

Oleh itu pastikan anda memiliki akaun bank yang masih aktif untuk tujuan tersebut jika perlu.

Bayaran pengeluaran dari Akaun Fleksibel akan dibuat dalam temput 7 hari berkerja jika permohonan diluluskan.

Facebook : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Hotline : 03-8922 6000
Laman web rasmi : https://www.kwsp.gov.my
Kenyataan media: https://www.kwsp.gov.my/ms/w/penstrukturan-akaun-kwsp-
Soalan Lazim (FAQ) Akaun 3 : https://www.kwsp.gov.my/ms/penstrukturan-akaun