Syarat Permohonan Perumahan Generasi Baharu Felda & Senarai Harga Rumah

Semak syarat permohonan perumahan generasi baru Felda dan juga senarau harga rumah. Permohonan rumah Felda ini boleh dibuat secara online.

Permohonan lot kediaman perumahan generasi baru Felda

READ: Tawaran Biasiswa Lion-Parkson Foundation Untuk Pelajar Malaysia

Berita baik!

Kerajaan telah memperkenalkan Projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) bertujuan memberi peluang untuk generasi baru Felda berpendapatan rendah memiliki rumah impian sendiri dan lebih selesa.

Syarat Permohonan Perumahan Generasi Baru Felda

Tentu sekali ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi semasa memohon PGBF ini. Sila semak senarai syarat di bawah sebelum memohon.

  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon berumur 18 hingga 70 tahun.
  • Tempoh pembiayaan maksima sehingga 35 tahun atau sehingga had umur pemohon berusia 70 tahun pada tarikh matang tempoh kemudahan pembiayaan (mana-mana yang terdahulu).
  • Bekerja sendiri atau berpendapatan minimum RM1,000 sebulan.
  • Pembelian rumah pertama dan untuk kediaman sendiri.
  • Pemohon tidak diisytiharkan bangkrap.
  • Tiada rekod tertunggak CCRIS melebihi 2 bulan

Harga Rumah PGBF

Untuk pengetahuan anda PGBF ini diurus dan laksanakan sepenuhnya oleh sebuah syarikat milik penuh Felda iaitu FIC Supplies Sdn. Bhd.

Mengikut katalog yang dikeluarkan oleh pihak FIC Supplies, terdapat 6 pakej perumahan PGBF yang ditawarkan.

Boleh rujuk katalog tersebut untuk maklumat terperinci pakej-pakej perumahan yang ditawarkan.

Sila semak senarai harga pakej rumah di bawah.

  1. Pakej Orkid – RM 78,000
  2. Pakej Raflesia – RM 87,000
  3. Pakej Kenanga – RM 113,800
  4. Pakej Teratai – RM 135,000
  5. Pakej Anggerik – RM 155,800
  6. Pakej Alamanda – RM 199,800

Cara Memohon

Untuk memohon PGBF individu yang layak dan berminat boleh menghantar permohonan mereka ke alamat berikut.

FIC Supplies Sdn Bhd,
Aras 4,
Balai Felda, J
alan Gurney 1,
54000 Kuala Lumpur.

Borang permohonan Perumahan Generasi Baru Felda boleh dimuat turun dari pautan ini https://drive.google.com/drive/folders/1V_hJPVMzLxtGtNfN8Vh5FZ6uWrQIBlQt?fbclid=IwAR1TsIHdB2M4oIp9YLC3DgEQ4Bx9j9pjcBLRuLeC_qdmsCsru8eIYmchL8E

Lengkapkan borang permohonan berserta dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan dan hantar ke alamat di atas.

Anda juga boleh hubungi Puan Mas Suri di talian 010-2321037 untuk keterangan lanjut dan terkini.