Cara Declare Cukai Pendapatan Di LHDN

Ketahui Cara Melapor Cukai Pendapatan Di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memudahkan anda.

Bayar cukai pendapatan sebenarnya adalah salah satu tanggungjawab kita sebagai rakayat Malaysia.

Selain itu, penghisytiharan cukai kita di LHDN juga akan memudahkan institusi kewangan membuat perhitungan dan meluluskan pinjaman bank kita.

READ: Cara Buat Semakan Blacklist CCRIS Online

Cara declare cukai pendapataan dan kaedah pembayaran.Mesti ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang baru mendapat pekerjaan ataupun baru memulakan pernigaan kan?

Dan kebanyakan golongan ini baru pertama kali ingin mendaftar di LHDN.

Jadi, jika anda nak mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana cara melapor pendapatan, apa persediaan yang perlu dilakukan dan maklumat-maklumat lain, teruskan membaca artikel ini.

Bagi anda yang nak melaporkan pendapatan anda, anda mempunyai dua cara yang anda boleh lakukan iaitu:

A. Lapor Pendapatan Secara Manual

Jika anda memilih untuk menggunakan cara manual, anda perlu menghantar borang nyata secara langsung ke bahagian pengurusan rekod & maklumat percukaian, HASiL.

Berikut adalah alamat pejabat untuk anda menghantar borang tersebut:

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia
Bahagian Pengurusan Rekod & Maklumat Percukaian
Jabatan Operasi Cukai
Karung Berkunci 00222
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan

Mungkin ramai dalam kalangan anda yang kurang pasti bagaimana cara untuk mengisi borang nyata kan?

Jadi untuk memudahkan anda, anda disarakan untuk merujuk buku panduan ataupun nota penerangan sebelum anda mengisi borang.

Di mana anda boleh dapatkan borang nyata dan buku panduan ni?

Bagi anda yang nak tahu, anda boleh akses portal rasmi hasil melalui pautan ini www.hasil.gov.my .

Ikuti langkah berikut selepas mengakses pautan tersebut:

  1. Pertama sekali, tekan bahagian borang yang terdapat di menu portal.
  2. Kemudian, pilih muat turun.
  3. Setelah itu, anda akan melihat banyak pilihan borang untuk dimuat turun. Tapi bagi anda, pilih borang untuk Individu.
  4. Akhir sekali, pilih kategori dan tahun kemudian klik ‘Cari’ untuk lihat paparan.
  5. Anda akan melihat pelbagai jenis borang yang tertera, jadi anda perlu merujuk buku panduan supaya tidak tersilap memuat turun borang.

B. Lapor Pendapatan Secara Dalam Talian

Selain melaporkan pendapatan secara manual, anda mempunyai cara yang lebih mudah!

Urusan dalam talian sememangnya memudahkan, yang paling penting cara ini lebih cepat, menjimatkan masa, dan tidak perlu beratur di kaunter.

Siapa saja yang suka beratur dan menuggu giliran di kaunter kan?

Jadi lebih baik anda buat melalui dalam talian sahaja.

Cara melaporkan pendapatan secara dalam talian:

  1. Pertama sekali, anda perlu menggunakan platform e-Filling melalui pautan  https://mytax.hasil.gov.my.
  2. Kemudian, anda perlu aktifkan akaun sistem MyTax HASil. Caranya adalah seperti berikut:
    a. Anda boleh dapatkan nombor PIN dalam talian menerusi Maklum Balas Pelanggan HASiL di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-MY/ .
    b. Selain cara dalam talian, anda boleh terus ke mana-mana cawangan HASiL yang berdekatan dengan anda.
    c. Dalam permohonan anda, lampirkan dua dokumen berikut:
    – Salinan kad pengenalan ataupun passport anda.
    – Borang CP55D – Permohonan Nombor Pin E-Filing Individu.
    Kemudian, selepas membuat permohonan yang lengkap bersama dokumen-dokumen yang diperlukan barulah anda akan diberikan nombor PIN untuk mengaktifkan akaun MyTax HASiL anda.
  3. Setelah dapat nombor PIN, barulah anda boleh daftar MyTax anda pada menu ‘Login Kali Pertama’.
  4. Akaun anda akan berjaya diaktifkan setelah pemakluman “Sijil Digital Individu Anda Telah Berjaya Didaftarkan” terpapar pada skrin anda.

Mudah sahaja kan nak mengaktifkan akaun MyTax? Ikuti sahaja langkah-langkah tadi pasti lebih cepat dan mudah!

Bila Pula Tempoh Melapor Cukai Pendapatan?

Untuk pengetahuan anda, pelaporan secara manual dan secara dalam talian masing-masing mempunyai tempoh yang telah ditetapkan.

Tempoh melapor adalah seperti berikut:

Pelaporan secara manual:

  1. Bagi penggajian (Borang BE) – sebelum atau pada 30 April setiap tahun
  2. Bagi perniagaan (Borang B) – sebelum atau pada 30 Jun setiap tahun
    Pelaporan secara dalam talian:
    1. Bagi penggajian (Borang e-BE) – sebelum atau pada 15 Mei setiap tahun
    2. Bagi perniagaan (Borang e-B) – sebelum atau pada 15 Julai setiap tahun

Berapa Kadar Cukai Yang Perlu Dijelaskan?

Kadar peratusan yang dikenakan cukai adalah berubah setiap tahun. Jadi untuk menyemak sendiri, anda boleh terus ke pautan Kadar Cukai.

Cara Membuat Bayaran Cukai Pendapatan

Nak buat pembayaran cukai pendapatan sekarang ini memang sangat mudah!

Bayar dalam talian sahaja, tak perlu lagi beratur lama di kaunter, masa pun jimat, yang paling penting boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja pun anda berada.

Dua cara bayaran FPX berserta langkah-langkah:

  1. Menggunakan nombor pengenalan cukai
    – Lengkapkan maklumat pengenalan
    – Lengkapkan maklumat bayaran
    – Lengkapakan maklumat bank

2. Menggunakan nombor bil
-Masukkan nombor bil
-Lengkapkan maklumat pembayaran
-Buat pembayaran

Untuk maklumat lanjut mengenai LHDN, anda boleh menghubungi talian hasil care line mereka seperti berikut:

Perkhidmatan Am
Hasil Care Line

  • 03-8911 1000
  • 603-8911 1100 (Luar Negara)

Harap sedikit informasi umum mengenai cara declara dan buat bayaran cukai di LHDN ini bermanfaat kepada anda. Tunaikan kewajipan anda kepada negara.