Semak CCRIS Online Percuma Nama Blacklist Atau Tidak

Daftar Akaun Dan Semak Akaun CCRIS Anda Secara Dalam Talian Dan Percuma! Nanti nak buat semakan tidak perlu lagi pergi pejabat Bank Negara Malaysia (BNM) untuk buat semakan.

Apa Itu CCRIS?

Anda tahu tak apa itu CCRIS? Sebenarnya ia adalah singkatan daripada Central Credit Reference Information System ataupun dalam bahasa Melayu nya iaitu Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat.

Pemilikan dan pengendalian CCRIS ini adalah oleh Bank Negara Malaysia (BNM) demi memudahkan pengurusan risiko kredit di antara bank.

READ: Tawaran Tajaan Bank Negara Malaysia (BNM) Untuk Pelajar

cara semakan status ccris online secara percuma

Kalau anda nak tahu, data yang diterima daripada institusi kewangan peserta akan diproses oleh CCRIS dan kemudian menggabungkannya menjadi laporan audit.

Laporan inilah yang akan disediakan kepada institusi kewangan, peminjam jika atas permintaan, dan agensi pelaporan kredit yang diluluskan dengan persetujuan peminjam.

Jika anda ingin membuat pinjaman dengan bank, anda boleh mengakses sendiri laporan kredit anda dengan sangat mudah secara dalam talian sahaja dan tanpa bayaran iaitu menerusi Eccris.

Bolehkah Anda Mengakses Laporan CCRIS?

Laporan CCRIS adalah sulit. Hanya institusi kewangan peserta dan agensi pelapor kredit dengan izin peminjam yang diluluskan BNM sahaja boleh mengakses CCRIS.

Anda perlu tahu bahawa penggunaan CCRIS ini dikawal ketat tau! dan penalti akan dikenakan jika diakses tanpa kebenaran, penyelewengan, atau penyalahugunaan maklumat.

Untuk mengetahui siapa sahaja yang boleh mengakses Laporan CCRIS, mari kita lihat beberapa kategori pihak berikut yang boleh mengakses:

  1. Sesiapa sahaja peminjam individu atau syarikat untuk laporan kredit sendiri.
  2. Laporan kredit perniagaan sendiri oleh mana-mana peminjam individu sama ada untuk pernigaan milikan tunggal, perkongsian, atau badan profesional.
  3. Institusi kewangan untuk sebarang permohonan kredit dan semasa menyemak kelayakan kredit pelanggan sedia ada.
  4. Agensi Pelaporan Kredit yanng diluluskan oleh BNM dengan kebenaran daripada peminjam.

Selain daripada pihak-pihak tersebut, pihak lain juga boleh memohon Laporan CCRIS iaitu:

  1. Syarikat, badan perniagaan atau profesional, oleh individu yang diberi kuasa oleh entiti.
  2. Peminjam yang telah meniggal dunia, oleh individu yang dilantik oleh Mahkamah.

Bagaimana Cara Mendapatkan Laporan CCRIS?

Sebenarnya, terdapat 3 cara anda boleh mendapatkan Laporan CCRIS.

Untuk mengetahui 3 cara tersebut, teruskan baca lebih lanjut.

  1. Dapatkan Laporan CCRIS melalui Portal eCCRIS

Anda boleh mengakses portal sekiranya anda adalah seorang warganegara Malaysia yang mempunyai akaun perbankan dalam talian sebagai pengguna berdaftar.

Namun, sekiranya anda belum mendaftar sebagai pengguna berdaftar eCCRIS, anda perlu mendaftar di kios CCRIS di mana-mana pejabat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di seluruh negara.

Untuk mencari lokasi AKPK yang berdekatan anda, anda boleh periksa lokasi anda di pautan ini.

2. Kiosk CCRIS di premis AKPK di seluruh negara

Hari operasi AKPK adalah pada hari Isnin sehingga Jumaat dan masa operasi pula bermula dari pukul 9 pagi sehingga 4.30 petang.

Jadi sekiranya anda hendak berurusan dengan mereka, pastikan datang ketika waktu bekerja.

Anda boleh melihat media sosial mereka untuk mengetahui lebih lanjut tentang informasi mereka.

3. Agensi Pelaporan Kredit yang diluluskan

Agensi ini mungkin akan mengenakan beberapa bayaran untuk perkhidmatan yang mereka berikan.

Antara agensi-agensi berikut ialah:

  • Credit Bureau Malaysia Sdn Bhd
  • CTOS Data Systems Sdn Bhd
  • Experian Information Services (Malaysia) Sdn Bhd

Institusi Kewangan Peserta dalam CCRIS

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya terdapat banyak institusi kewangan yang terlibat, antaranya ialah:

  • Bank Komersial Dan Bank Islam
    • Affin Bank Berhad / Affin Islamic Bank Berhad
    • Al Rajhi Banking and Investment Corporation (Malaysia) Berhad
    • Alliance Bank Malaysia Berhad / Alliance Islamic Bank Berhad
    • AmBank (M) Berhad / Ambank Islamic Berhad
    • Bangkok Bank Berhad
    • Bank of America Malaysia Berhad
    • Bank of China (Malaysia) Berhad
    • Bank Islam Malaysia Berhad
    • Bank Muamalat Malaysia Berhad
    • BNP Paribas Malaysia Bhd.
    • China Construction Bank (Malaysia) Berhad
    • CIMB Bank Berhad / CIMB Islamic Bank Berhad
    • Citibank Berhad
    • Deutsche Bank (Malaysia) Berhad
    • Hong Leong Bank Berhad / Hong Leong Islamic Bank Berhad
    • HSBC Bank Malaysia Berhad / HSBC Amanah Malaysia Berhad
    • India International Bank (Malaysia) Berhad
    • Industrial and Commercial Bank of China (M) Berhad
    • J.P. Morgan Chase Bank Berhad
    • Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad
    • Malayan Banking Berhad / Maybank Islamic Berhad
    • MBSB Bank Berhad
    • Mizuho Corporate Bank (Malaysia) Berhad
    • MUFG Bank (Malaysia) Berhad
    • OCBC Bank (Malaysia) Berhad / OCBC Al-Amin Bank Berhad
    • Public Bank Berhad / Public Islamic Bank Berhad
    • RHB Bank Berhad / RHB Islamic Bank Berhad
    • Standard Chartered Bank Malaysia Berhad / Standard Chartered Saadiq Berhad
    • Sumitomo Mitsui Banking Corporation
    • The Bank of Nova Scotia Berhad
    • United Overseas Bank (Malaysia) Berhad
  • Bank Pelaburan
    • Affin Hwang Investment Bank Berhad
    • Alliance Investment Bank Berhad
    • AmInvestment Bank Berhad
    • CIMB Investment Bank Berhad
    • Hong Leong Investment Bank Berhad
    • KAF Investment Bank Berhad
    • Kenanga Investment Bank Berhad
    • Maybank Investment Bank Berhad
    • MIDF Amanah Investment Bank Berhad
    • Public Investment Bank Berhad
    • RHB Investment Bank Berhad
  • Institusi Kewangan Pembangunan
    • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
    • Bank Pembangunan Malaysia Berhad
    • Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank)
    • Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank
    • Bank Simpanan Nasional
    • Borneo Development Corporation (Sabah) Berhad
    • Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad
    • Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank)
    • Malaysian Industrial Development Finance Berhad
    • Sabah Development Bank Berhad
  • Syarikat Insurans
    • anajamin Nasional Berhad
  • Penegluar Instrumen Pembayaran
    • AEON Credit Service (M) Sdn Bhd
    • Diners Club (Malaysia) Sdn Bhd
  • Institusi Pemulihan
    • Prokhas Sdn Bhd
  • Perniagaan Kredit/Pajakan
    • BMW Credit (Malaysia) Sdn Bhd
    • TC Capital Resources Sdn Bhd
    • Toyota Capital Malaysia Sdn Bhd
  • Persatuan Pembina Bangunan
    • Malaysia Building Society Berhad
  • Agensi Kerajaan
    • Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

8 Langkah Mudah Mendaftar Akaun eCCRIS!

Berikut adalah 8 langkah mudah untuk mendaftar bagi individu warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad dan kemudahan perbankan internet.

  1. Pertama sekali, layari eccris.bnm.gov.my dan klik “Daftar Sekarang”.
  2. Kemudian, isi maklumat peribadi anda yang merangkumi nama penuh, nombor lad pengenalan, tarikh lahir, nombor telefon, dan e-mel.
  3. Ciri keselamatan portal ini adalah, anda dikehendaki membuat pindahan sebanyak RM1 untuk mengesahkan indentiti pengguna secara digital. Walau bagaimana pun, RM1 tersebut akan dipulangkan semula secara automatik dalam tempoh dua hari bekerja. Klik bank pilihan anda dan teruskan dengan pindahan pengesahan sekali sahaja sebanyak RM1. Jika pindahan anda berjaya, anda akan menerima OTP 6 Digit (Nombor Pin) melalui nombor telefon dan e-mel anda yang berdaftar.
  4. Klik ‘Teruskan ke laman log masuk kali pertama’.
  5. Isi nombor kad pengenalan dan OTP 6 Digit anda.
  6. Tetapkan ID pengguna dan kata laluan anda.
  7. Pilih imej keselamatan serta frasa peribadi anda dan tetapkan 3 soalan dan jawpan keselamatan.
  8. Log masuk ke laman web eCCRIS menggunakan ID pengguna dan kata lauan anda.

Cara Mengemukakan Pertanyaan Atau Masalah Kepada BNM:

  1. Pertama sekali, anda boleh mendaftar dalam talian di BNMTELELINK.
  2. Setelah memasuki laman web tersebut, anda perlu memilih kewarganegaraan sama ada rakyat Malaysia ataupun bukan rakyat Malaysia.
  3. Kemudian, tentukan sama ada anda adalah jenis peminjam individu ataupun syarikat.
  4. Setelah itu, tentukan jenis penyerahan anda sama ada Enquiry (siasatan), Complaint (aduan), ataupun Appeal (rayuan).
  5. Bahagian seterusnya yang anda perlu pilih adalah Kategori. Di bahagian kategori ini terdapat banyak pilihan termasuklah CCRIS. Kategori lain pula merangkumi BNM Policy, Family Takaful, Financial Scam, Life Insurance, Islamic Banking, dan banyak lagi.
  6. Setelah memilih bahagian kategori, anda perlu mengisi data maklumat peribadi anda seperti nama, nombor kad pengenalan, e-mail, nombor telefon, dan alamat yang merangkumi bandar, negara, poskod, dan negeri. Pastikan anda mengisi data maklumat mengenai diri anda dengan tepat untuk mengelakkan sebarang masalah.
  7. Kemudian yang paling penting seklai, nyatakan pertanyaan atau masalah yang anda ingin kemukakan di ruangan ‘Details’.
  8. Akhir sekali, sertakan sekali bersama dokumen yang diperlukan sekiranya ada.

Mudah saja kan! Kini anda boleh mendapatkan laporan CCRIS anda di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa secara atas talian dan percuma!

Untuk mekalumat lanjut tentang pendaftaran eCCRIS, anda boleh melalukan beberapa alternatif berikut;

  1. Semak panduan pengguna dan soalan-soalan lazim melalui bnm.gov.my/ccris
  2. Live chat melalui bnm.gov.my/livechat
  3. Hubungi BNMTELELINK melalui 1-300-88-5465 atay 603-2174-1717 (luar negara).

Harap sedikit informasi ini bermanfaat untuk anda yang memerlukan perkhidmatan CCRIS. Benda ini penting dalam urusan kewangan kita.