7 Tanda-Tanda Serangan Strok Haba Lindungi Tubuh Anda
Berikutan fenomena El Nino berterusan, Malaysia mengalami musim panas dan kemarau. Beberapa negeri turut menerima notis suhu tinggi dan berada pada tahap berjaga-jaga.
Strok Haba boleh berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat (41 Degree Celsius atau lebih).
Biasanya terjadi akibat terdedah kepada cuaca panas yang berterusan semasa menjalankan aktiviti fizikal
Tanda-Tanda Serangan Strok Haba
- Peningkatan suhu badan mendadak
- Denyutan jantung menjadi cepat
- Pernafasan cepat dan pendek
- Pening, mual
- Tidak selesa, keliru dan tidak sedar diri
- Tekanan darah menurun
- Sawan atau pengsan
Cara Pencegahan
- Elakkan aktiviti fizikal di bawah sinaran matahari terutama ketika letih, lapa atau dahaga keterlaluan
- Minum 3-4 liter air kosong sehari
- Amalkan pemakanan sihat dan seimbang
Sumber: J-KOM