7 Tanda-Tanda Serangan Strok Haba Lindungi Tubuh Anda

Berikutan fenomena El Nino berterusan, Malaysia mengalami musim panas dan kemarau. Beberapa negeri turut menerima notis suhu tinggi dan berada pada tahap berjaga-jaga.

Strok Haba boleh berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat (41 Degree Celsius atau lebih).
Biasanya terjadi akibat terdedah kepada cuaca panas yang berterusan semasa menjalankan aktiviti fizikal

7 tanda-tanda strok haba

Tanda-Tanda Serangan Strok Haba

  • Peningkatan suhu badan mendadak
  • Denyutan jantung menjadi cepat
  • Pernafasan cepat dan pendek
  • Pening, mual
  • Tidak selesa, keliru dan tidak sedar diri
  • Tekanan darah menurun
  • Sawan atau pengsan

Cara Pencegahan

  • Elakkan aktiviti fizikal di bawah sinaran matahari terutama ketika letih, lapa atau dahaga keterlaluan
  • Minum 3-4 liter air kosong sehari
  • Amalkan pemakanan sihat dan seimbang

Sumber: J-KOM