Keputusan SPM Akan Diumumkan Pada 27 Mei 2024 – KPM

Bila tarikh keputusan SPM akan diumumkan? Keputusan SPM akan diumumkan pada 27 Mei 2024.

Anda boleh semak result SPM melalui 3 cara;

  • Secara Online
  • Guna SMS
  • Dapatkan slip keputusan SPM dari sekolah asal anda

Tarikh keputusan SPM 2024 diumumkan

READBiasiswa Lepasan SPM 2023 Cara Memohon & Syarat Kelayakan Memohon

Cara Semak Keputusan SPM

Untuk buat semakan result SPM anda boleh guna tiga (3) cara.

  1. Online – Semakan secara online boleh dibuat bermula 10 pagi. Anda boleh semak di portal yang akan diaktifkan bermula pada hari tersebut. Layari link berikut untuk check result https://myresultspm.moe.gov.my atau https://myresult1.moe.gov.my/ atau https://myresult2.moe.gov.my/
  2. SMS – Pilihan semakan result melalui SMS juga disediakan, check SPM result with IC. Untuk membuat semakan anda taip SPM<jarak>NoKP<jarak>NoAngkaGiliran dan hantar ke 15888
  3. Melalui Sekolah – Anda boleh pergi ke sekolah asal anda untuk mendapatkan result SPM anda. Seperti biasa Slip Keputusan SPM anda akan diberikan pada hari tersebut bermula pukul 10.00 pagi

Sistem ini akan diaktifkan mulai 27 Mei 2024, pukul 10.00 pagi sehingga 2 Jun 2024, pukul 6.00 petang.

Calon yang menghadapi isu akses boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing atau di sekolah yang berdekatan.

Maklumat Lanjut

Semak maklumat lanjut di bawah.

Tarikh keputusan SPM 2024 diumumkan

Cara buat semakan keputusan SPM

Selepas buat semakan result SPM, bolehlah anda mula cari biasiswa untuk sambung pengajian anda.