TBS Ticket Online: Panduan Cara Beli Tiket Bas

“WHY QUEUE? When you can purchase Online! kata banner yang terpampang di ruang legar Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Maksudnya, depa galakkan kita beli ticket bus secara online. Tak perlu bebaris dah.

Betul juga, jika ada kemudahan ini, kita boleh sahaja beli tiket bas lebih awal.

Beli ticket bus online nie ada kebaikannya. Antaranya, elak kehabisan tiket bas dan juga menjimatkan masa dan tenaga.

Buka apps online yang disediakan oleh TBS dan belilah tiket bas, mudah dan cepat.

Pembayaran tiket juga boleh dibuat secara online. Mudah!

READ: Kaunter Tiket Bas TBS Waktu Operasi & Contact Number

Cara Beli Tiket Bas

So macam mana caranya nak beli tiket guna apps TBS Online nie? Senang jer, jangan pusing.

Senang, semudah ABC.

Tiket bas online yang anda beli pula dilengkapi dengan kod QR yang akan di scan semasa memasuki platform bas yang anda pilih.

So macam mana caranya?

Ada 2 cara iaitu melalui

a. Laman portal eTicketing

Nak guna kaedah ini anda layari portal eTicketing TBS di https://eticketing.tbsbts.com.my/

Anda kemudiannya kena ‘Sign Up’ untuk menjadi pengguna laman portal tersebut. Selepas sudah sign up, bolehlah anda teruskan dengan proses pembelian tiket anda secara online.

Seperti biasa bila beli tiket bas anda pilih

  • Tarikh Perjalanan
  • Lokasi Perlepasan (Depature)
  • Destinasi
  • Bilangan Penumpang
  • Jenis perjalan sehala atau return
  • Tempat duduk
  • Buat pembayaran online

b. Applikasi mudah alih TBS-BTS

TBS-BTS ticket bus online

Untuk cara ini pula anda download Aplikasi TBS-BTS guna Google Play (Android) atau App Store (iOS).

Nak download dan install itu tak perlu bayar apa-apa, percuma.

Selepas download, seperti biasa anda sign up untuk daftar akaun dan seterusnya bolehlah beli tiket bas.

Seperti guna portal tadi, yang guna apps TBS-BTS ini juga memerlukan anda pilih perkara-perkara berikut semasa beli tiket bas.

  • Tarikh Perjalanan
  • Lokasi Perlepasan (Depature)
  • Destinasi
  • Bilangan Penumpang
  • Jenis perjalan sehala atau return
  • Tempat duduk
  • Buat pembayaran online

Kelebihan book ticket bus online guna Apps TBS-BTS ini ialah ticket anda disertakan

  • Kod QR
  • Boleh semas status bas
  • Sejarah pembelian tiket bas.

Nah, perkembangan ini tentu akan memudahkan urusan pembelian tiket anda. Jangan susah-susah berbaris di terminal bas untuk beli tiket lagi selepas ini.

Semua perkara boleh dilakukan dihujung jari anda.