Tiket Bas Online Transnasional & Check Trip
Tiket bas online Transnasional Express dan check trip ke mana-mana destinasi pilihan anda di Semenanjung Malaysia. Pada musim cuti sama ada cuti sekolah mahupun cuti umum atau perayaan, kebanyakan masyarakat kita akan merancang perjalanan ke satu destinasi yang menarik atau membawa keluarga balik kampung melawat keluarga. Memandu sendiri sering menjadi pilihan mungkin kerana flexibility semasa perjalanan tetapi bagi mereka yang tidak mempunyai sebarang kenderaan, mereka boleh memilih untuk menaiki pengangkutan awam seperti bas.
Di Malaysia, syarikat bas express agak banyak, menyediakan pilihan yang lebih luas kepada pengguna.
Penumpang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI
Syarikat bas paling popular dan sering menjadi pilihan ramai ialah Transnasional Express. Syarikat bas tersebut adalah antara yang terawal wujud dan beroperasi dengan track record puluhan tahun. Kalau di Semenanjung Malaysia, sebut sahaja nama bas tersebut pasti semua mengenalinya.
Bas tersebut kini ada menyediakan kemudahan jualan tiket melalui kaunter dan juga secara online. Terpulanglah kepada anda hendak beli tiket cara yang mana satu.
Masalahnya bagaimana kalau kita bergegas dari lokasi yang jauh ke kaunter tiket untuk tempah tiket bas Transnasional, tapi pengurus tiket kata sudah habis dijual?
Jangan risau. Dengan adanya internet, tempahan bas telah menjadi lebih mudah. Tempahan tiket bas dalam talian telah menyelesaikan banyak masalah yang sering dihadapi pelanggan apabila berurusan dengan ejen pelancongan dan di kaunter tiket.
Untuk mengelakkan kejadian sebegitu daripada berulang, dicadangkan anda untuk membeli secara online dengan menggunakan aplikasi online yang ditawarkan oleh Easybook.com. Aplikasi ini dapat membantu anda menempah tiket walau di mana jua anda berada.
Anda juga boleh menempah tiket lebih awal seperti pembelian di kaunter syarikat bas express tersebut. Mereka memiliki kaunter tiket dan agent tiket di seluruh negara.
Cara Beli Tiket Bas Online Transnasional
Kali ini kami sahaja mahu kongsikan beberapa tips bagaimana untuk membeli tiket bas Transnasional Express menggunakan Easybook.com. Sebenarnya ianya tidaklah susah. Untuk pengguna kali pertama anda dinasihatkan supaya berhati-hati dalam proses takut tersilap dan merugikan anda.
Selain applikasi online easybook.com, terdapat juga applikasi lain yang menyediakan perkhidmatan yang sama. Antaranya ialah Redbus.my dan busonlineticket.com. Boleh sahaja guna mana-mana applikasi online, terpulanglah kepada anda.
Untuk kali ini kami hendak cerita sedikit mengenai cara guna easybook.com untuk beli tiket anda.
1. Pilih Destinasi
Pertama sekali, anda perlu isikan dua lokasi iaitu di mana anda berada sekarang dan di mana anda ingin pergi atau destinasi anda. Lokasi yang anda isikan itu akan terpapar di tempat pengisian maklumat itu. Kemudian, anda perlu isikan tarikh anda ingin bertolak dan ingin balik semula.
Tiada masalah jika anda ingin isikan tarikh bertolak sahaja, Tarikh untuk Kembali pula boleh diisi kemudian.
2. Pilih Syarikat Bas
Anda perlu pilih syarikat bas yang ingin anda naiki nanti. Jika pilih bas Transnasional, anda perlu mencari bas pilihan anda dengan klik pada ‘sort and filter’. Kemudian, terus ‘scroll’ ke bawah dan klik pada nama syarikat bas tersebut.
Kemudian, barulah anda pilih bas Transnasional dari senarai yang diletakkan di situ. Selepas membuat pilihan, terus klik pada ‘apply’ atau mohon.
Sebenarnya senarai bas yang menawarkan perkhidmatan ke destinasi pilihan anda akan disenaraikan dalam satu paparan sahaja. Jika nama bas Transnasional tidak terdapat dalam senarai, besar kemungkinan mereka tidak menawarkan perkhidmatan untuk destinasi tersebut.
Bolehlah pilih syarikat bas lain yang sesuai dengan badget dan jadual perjalanan anda.
3. Pilihan Bas
Selepas anda memilih Transnasional, anda akan diberi pilihan untuk memilih waktu mana yang anda inginkan. Tapi ingat, pilihan waktu akan berkurangan jika anda lewat untuk menempah terutamanya sehari sebelum habis masa menempah.
Pelanggan yang lain juga akan mencari peluang untuk menempah. Selepas itu anda boleh pilih tempat duduk untuk ditempah.
Di sini harga tiket akan dipaparkan sebagai kepastian. Jika sudah pasti, tekan klik. Kemudian anda diminta untuk mengisi tempat menaiki dan turun seterusnya klik ‘proceed’.
4. Isi Maklumat
Maklumat peribadi pembeli tiket adalah penting kerana ia akan jadi bukti anda telah menempah tiket. Di sini, portal tersebut akan meminta anda untuk mengisi maklumat seperti nama, nombor telefon, umur dan alamat email.
Kemudian, anda akan diminta untuk pilih kaedah pembayaran yang telah disediakan. Anda diberi pilihan sama ada menggunakan kad debit ataupun kad kredit. Isi maklumat dengan betul dan pastikan anda tidak tersalah maklumat.
Anda juga boleh mengisi kod tawaran yang boleh memberi diskaun kepada anda. Apabila sudah selesai, anda akan menerima tiket bas transnasional dan boleh periksa di email anda. Perlu diingatkan bahawa anda perlu menunjukkan tiket itu kepada pengurus kaunter nanti.
Itulah empat tips untuk membeli tiket bas transnasional secara online menggunakan aplikasi Easybook.com. Terbukti benar bahawa applikasi tersebut dapat memudahkan kita dalam pembelian tiket terutamanya dalam era globalisasi ini.
Hanya duduk di rumah, segala urusan dapat diselesaikan dalam beberapa saat. Dalam masa yang sama, tidak menjadi masalah jika seseorang itu membeli tiket di kaunter, asalkan beli pada awal waktu. Apapun pilihan anda, fikirlah dengan sebaiknya.
Maklumat Perhubungan
Sebelum ini kami ada membuat sedikit perkongsian mengenai contact number semua kaunter-kaunter tiket bas Transnasional Express. Jika anda perlu berhubung dengan mereka boleh gunakan maklumat perhubungan tersebut.
Selain tempahan tiket secara online menggunakan applikasi Easybook.com, sebenarnya syarikat bas express tersebut juga ada menyediakan portal khas milik mereka sendiri untuk memudahkan pengguna booking tiket secara online.
Anda boleh gunakan portal milik bas express tersebut untuk tempahan tiket bas di sini.
Semoha perkongsian info mengenai tempahan tiket bas online Transnasional Express ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama menyokong dan memperkasakan industri pengangkutan awam di negara kita.