KTM KL ke Taiping Harga Tiket & Jadual ETS
Masa cuti ini mesti terfikir untuk melancong bersama anak-anak, dah pilih destinasi percutian tak? Kalau belum apa kata cuba berkunjung ke Taiping.
Tentu anak-anak seronok sebab Taiping menyediakan banyak tarikan untuk pengunjung.
Nak pergi sana pun senang, selain naik bas, mungkin kali ini anda boleh pilih naik keretapi pula.
Perjalanan dari KL Sentral ke Taiping menaiki KTM adalah antara perjalanan yang popular dan menarik di kalangan pelancong di Malaysia.
Taiping adalah bandar yang menarik dengan banyak tarikan pelancongan seperti Taman Tasik Taiping, Zoo Taiping dan Bukit Larut.
Anda juga boleh mencuba makanan tempatan yang sedap seperti laksa Taiping dan cendol Taiping.
Kali ini akan cerita maklumat penting seperti harga tiket KTM, jadual perjalanan serta cara membeli tiket bagi perjalanan KL Sentral-Taiping menaiki KTM.
Harap ianya dapat memudahkan urusan anda.
Jadual Perjalanan Keretapi
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Taiping di Perak kini lebih mudah dan cepat dengan perkhidmatan keretapi ETS KL Sentral ke Taiping yang baru.
Perkhidmatan Keretapi Elektrik ini berlepas dari ibu negara beberapa kali sehari.
Kelebihan perkhidmatan ini adalah kecepatan dan keselesaan yang ditawarkan untuk penumpang yang ingin sampai ke destinasi dengan lebih cepat.
Terdapat dua jenis tempat duduk, dalam perkhidmatan ETS (Electric Train Service) bagi perjalanan ini, iaitu ETS Gold dan ETS Platinum.
Jumlah masa perjalanan diambil adalah antara 3 jam hingga 3 jam setengah, bergantung kepada jenis perkhidmatan yang dipilih.
Perkhidmatan ETS Gold sedikit lebih perlahan berbanding perkhidmatan ETS Platinum yang hanya berhenti di stesen utama di sepanjang laluan.
Biasanya train ETS Platinum pertama dan terakhir ditawarkan pada pukul 7.08 pagi serta 10.50 malam setiap hari.
Manakala, perkhidmata ETS Gold pertama dan terakhir beroperasi pada pukul 10.45 pagi dan 6 petang bagi destinasi ini.
Harga Tiket
Harga tiket KTM dari KL Sentral ke Taiping adalah antara faktor penting yang perlu diambil kira apabila merancang perjalanan dengan keretapi.
Harga tiket bagi perjalanan ini bergantung pada jenis perkhidmatan ETS dipilih, kategori umur (dewasa atau kanak-kanak) dan lain-lain lagi.
Biasanya, harga bagi golongan dewasa serta kanak-kanak agak berbeza.
Bagi penumpang yang berumur dari 4 tahun hinggan 12 tahun, anda dikategorikan dalam golongan kanak-kanak.
Manakala, bagi penumpang yang berumur 13 tahun dan ke atas, anda perlu membeli tiket golongan dewasa.
Berikut merupakan harga tiket bagi golongan dewasa serta kanak-kanak:
A. ETS Gold
- Kanak-kanak: RM 28
- Dewasa: RM 47
B. ETS Platinum
- Kanak-kanak: RM 35
- Dewasa: RM 62
Harga tiket KTM mungkin berbeza mengikut musim.
Selain itu, KTM juga menawarkan harga diskaun untuk beberapa kategori seperti pelajar, warga emas dan warga OKU penduduk Malaysia.
Harga diskaun untuk kategori-kategori ini biasanya adalah lebih rendah daripada harga tiket biasa serta untuk membeli tiket diskaun, anda perlu mengemukakan dokumen yang sah serta melakukan penempahan tiket secara terus di laman web KTMB.
Cara Book Tiket
Tiket untuk perkhidmatan kereta api ETS boleh dibeli melalui dua cara iaitu secara online atau manual di kaunter ETS, KL Sentral.
Walaupun kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri, ramai penumpang lebih suka membeli tiket secara online kerana lebih mudah dan menjimatkan masa berbanding beratur panjang di kaunter tiket.
Untuk membeli tiket secara online, penumpang boleh melawat laman web rasmi KTMB.
Melalui laman web tersebut, penumpang boleh membuat tempahan tiket, memilih tempat duduk mengikut pilihan, dan membayar secara online menggunakan pelbagai jenis perkhidmatan bayaran seperti kad debit, perbankan online (FPX) dan kad kredit.
Selepas membuat bayaran, penumpang akan menerima notifikasi yang mengesahkan pembayaran dan tempahan tiket.
Tiket dalam format PDF akan dihantar ke alamat e-mel yang diberikan oleh penumpang.
Penumpang boleh mencetak tiket atau menunjukkan versi PDF dalam telefon mereka semasa naik kereta. Dengan cara ini, membeli tiket KTM ETS menjadi lebih mudah dan mudah diakses oleh semua orang.
Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor telefon khidmat pelanggan KTMB di bawah ini.
Nombor telefon: 03-2267 1200
Laman web: https://online.ktmb.com.my/
Harap sedikit informasi ini bermanfaat kepada anda. Kepada yang bercuti semasa cuti-cuti ini kami ucapkan selamat bercuti!