KPT Janji Yuran Pengajian Tidak Naik Di Seluruh Negara

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) baru-baru ini memberi jaminan bahawa yuran pengajian di seluruh negara tidak akan naik.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menteri KPT
MOHAMED KHALED NORDIN Sumber: Utusan Malaysia

READ: Download Kalendar Cuti Umum 2024 Persekutuan & Negeri Dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri (JPM)

Beliau berkata KPT tidak akan menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup golongan mahasiswa.

“Saya suka nyatakan bahawa KPT tidak menyumbang kepada kenaikan kos dan kita akan pastikan yuran kita berada pada tahap yang sama.

“Soal-soal makan (kenaikan kos sara hidup dan barangan keperluan) semua itu, semua orang kena,”

Beliau berkata demikian disidang akhbar Sambutan Hari Akademia dan Bulan Akademia Peringkat Kebangsaan 2023.

Itu adalah jawapan belia selepas ada laporan di muka depan akhbar Utusan Malaysia berkenaan lebih 500,000 pelajar bakal berhadapan kenaikan kos sara hidup pada sesi baru pengajian.

Terdapat pelajar yang mendakwa selepas tolak kos pengajian dan perbelanjaa lain seperti buku, peralatan pembelajaran dan rumah sewa baki pinjaman PTPTN mereka tinggal RM300 sahaja.

Sebelum ini ada dilaporkan di media bahawa kerajaan akan meneruskan subsidi yuran yang dinikmati pelajar tempatan di IPTA sejajar dengan usaha kerajaan untuk memastikan tiada rakyat tercicir untuk sambung pendidikan ke IPT.

Harap apa yang dikatakan oleh menteri KPT ini benar untuk manfaat rakyat terutama para pelajar warga negara Malaysia.