Rebat Bil Elektrik RM40 Untuk B40 Semakan Online
Rebat bil elektrik RM40 untuk golongan B40 semakan secara online boleh dibuat. Mungkin ramai yang masih tidak tahu atau sedar mengenai bantuan ini. Memang ada, cuma mungkin bukan sepanjang masa ada.
Kali ini kami ingin kongsikan dengan anda sedikit maklumat mengenai ini. Semoga ianya bermanfaat kepada anda atau rakan-rakan anda.
Selain skim perlindungan kesihatan MySalam, kerajaan juga ada program rebat ini sebanyak RM40 untuk golongan sasar / layak mendapat bantuan.
Rebat Bil Elektrik RM40
Sebelum itu apakah ‘Rebat Bil Elektrik RM40’ dan bagaimana untuk membuat permohonan atau memohon?
Program rebat RM40 ini adalah program khusus kepada kumpulan sasar miskin tegar dan miskin selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan rakyat.
Penerima yang layak adalah Ketua Isi Rumah yang tersenarai dan disahkan di bawah kategori miskin tegar dan miskin dalam Sistem eKasih Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
Program ini merupakan program baharu yang telah diperkenalkan bagi menggantikan Program Rebat Bil Elektrik RM20 yang telah dilaksanakan sejak tahun 2008.
Dengan pengenalan program baharu ini, pengguna tidak lagi menerima Rebat RM20, sebaliknya akan menerima rebat yang lebih tinggi sehingga RM40 sebulan sekiranya tersenarai sebagai miskin tegar dan miskin dalam sistem eKasih ICU JPM.
Program ini hanya untuk yang berdaftar dalam sistem eKasih yang layak mendapatkannya.
Ini bermaksud program ini hanya kepada mereka yang benar-benar memerlukannya kerana tergolong dalam kategori miskin tegar.
Jika anda layak dan belum berdaftar dengan sistem eKasih sila mendaftar di sini.
Program ini dijangkan akan membelanjakan peruntukan sebanyak RM80 juta dari pihak kerajaan.
Masalahnya ialah adakah anda tahu atau tidak kewujudan program ini dan bagaimana untuk membuat semakan sama ada and tersenarai atau tidak?
Sila rujuk keratan akhbar di bawah untuk maklumat lanjut.
Syarat Kelayakan Penerima Bantuan
Sebelum membuat semakan dan permohonan untuk program rebat bil elektrik RM40 sila semak syarat kelayakan di bawah.
Berikut adalah senarai syarat yang diperlukan untuk disenaraikan sebagai penerima program ini.
Jika anda menepati syarat-syarat di bawah, anda digalakkan untuk memohon.
- Pengguna yang layak menerima rebat mestilah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang berdaftar dalam Sistem eKasih.
- Jika anda layak, anda akan menerima rebat sepanjang tahun 2019;
- Jumlah rebat yang ditawarkan ialah RM40 sebulan. Sekiranya bil kurang daripada RM40, tiada baki akan dibawa ke bulan berikutnya dan jika bil elektrik melebihi RM40 pada bulan tersebut, penerima perlu membayar lebihan tersebut;
- Hanya satu akaun bil elektrik yang layak dan diterima untuk setiap Ketua Isi Rumah (KIR) dalam kumpulan miskin/miskin tegar yang berdaftar dalam sistem eKasih;
- Rebat RM40 hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja;
- Rebat RM40 termasuk semua jenis caj (contohnya penalti lewat bayar);
- Rebat RM40 tidak termasuk tunggakan bil pada 2018;
- Pengguna boleh memilih untuk menukar nombor akaun elektrik yang akan menerima rebat dari semasa ke semasa; dan
- Bil elektrik sehingga RM40 sebulan akan ditolak terus daripada akaun pengguna.
Cara Memohon Rebat Bil Elektrik
Untuk memohon, anda wajib berdaftar dengan system eKasih terlebih dahulu.
Pendaftaran eKasih boleh dibuat melalui Pejabat Pembangunan Persekutuan atau Jabatan Pembangunan Persekutuan di daerah masing-masing.
Selepas pendaftaran eKasih anda dibuat anda bolehlah membuat semakan sama anda layak menerima rebat dengan melayari portal rasmi https://semakanrebat.mestecc.gov.my/public/
Maklumat Lanjut
Jika anda perlukan maklumat lanjut bolehlah menghubungi 03-8000 8000 atau mana-mana dari nombor di dalam gambar di bawah.
Semoga sedikit informasi mengenai rebat bil elektrik RM40 ini bermanfaat kepada anda. Jom check hari ini adakah anda layak untuk program ini.