Semakan Rebat Bil Elektrik RM40 Untuk B40 Online

Semakan rebat bil elektrik RM40 untuk golongan B40 secara online. Mungkin ramai yang masih tidak tahu atau sedar mengenai bantuan ini. Kali ini kami ingin kongsikan dengan anda maklumat ini. Semoga ianya bermanfaat kepada anda atau rakan-rakan anda.

Selain skim perlindungan kesihatan MySalam, kerajaan juga ada program rebat bil elektrik sebanyak RM40 untuk golongan sasar / layak mendapat bantuan.

Rebat Bil Elektrik RM40

Sebelum itu apakah ‘Rebat Bil Elektrik RM40’ dan bagaimana untuk membuat permohonan atau memohon? Di bawah adalah penjelasan lanjut mengenai program ini.

Program rebat RM40 ini adalah program khusus kepada kumpulan sasar miskin tegar dan miskin selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan rakyat. Penerima yang layak adalah Ketua Isi Rumah yang tersenarai dan disahkan di bawah kategori miskin tegar dan miskin dalam Sistem eKasih Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM). Program ini merupakan program baharu yang telah diperkenalkan bagi menggantikan Program Rebat Bil Elektrik RM20 yang telah dilaksanakan sejak tahun 2008. Dengan pengenalan program baharu ini, pengguna tidak lagi menerima Rebat Bil Elektrik RM20, sebaliknya akan menerima rebat bil elektrik yang lebih tinggi sehingga RM40 sebulan sekiranya tersenarai sebagai miskin tegar dan miskin dalam sistem eKasih ICU JPM.

Program ini hanya untuk yang berdaftar dalam sistem eKasih yang layak mendapatkannya. Ini bermaksud program ini hanya kepada mereka yang benar-benar memerlukannya kerana tergolong dalam kategori miskin tegar.

Jika anda layak dan belum berdaftarn dengan sistem eKasih sila mendaftar di sini.

Program ini dijangkan akan membelanjakan peruntukan sebanyak RM80 juta. Masalahnya ialah adakah anda tahu atau tidak kewujudan program ini dan bagaimana untuk membuat semakan sama ada and tersenarai atau tidak?

Sila rujuk keratan akhbar di bawah untuk maklumat lanjut.

Syarat Kelayakan Penerima Bantuan

Sebelum membuat semakan dan permohonan untuk program rebat bil elektrik RM40 sila semak syarat kelayakan di bawah.

Berikut adalah senarai syarat yang diperlukan untuk disenaraikan sebagai penerima program ini.

  • Pengguna yang layak menerima rebat mestilah Ketua  Isi  Rumah  (KIR)  miskin  tegar  dan  miskin  yang berdaftar dalam Sistem eKasih.
  • Jika anda layak, anda akan menerima rebat sepanjang tahun 2019;
  • Jumlah rebat yang ditawarkan ialah RM40  sebulan. Sekiranya bil kurang daripada RM40, tiada baki akan dibawa  ke  bulan  berikutnya  dan  jika  bil  elektrik melebihi  RM40 pada bulan tersebut, penerima perlu membayar lebihan tersebut;
  • Hanya satu akaun bil elektrik yang layak dan diterima untuk setiap  Ketua  Isi  Rumah  (KIR)  dalam  kumpulan miskin/miskin tegar yang berdaftar dalam sistem eKasih;
  • Rebat  RM40  hanya  terpakai  kepada  Tarif  A  (Domestik) sahaja;
  • Rebat  RM40  termasuk  semua  jenis  caj  (contohnya  penalti lewat bayar);
  • Rebat RM40 tidak termasuk tunggakan bil pada 2018;
  • Pengguna   boleh  memilih   untuk   menukar   nombor   akaun elektrik yang akan menerima rebat dari semasa ke semasa; dan
  • Bil   elektrik   sehingga   RM40   sebulan   akan   ditolak   terus daripada akaun pengguna.

Cara Memohon Rebat Bil Elektrik

Untuk memohon, anda wajib berdaftar dengan system eKasih terlebih dahulu. Pendaftaran eKasih boleh dibuat melalui Pejabat Pembangunan Persekutuan atau Jabatan Pembangunan Persekutuan di daerah masing-masing.

Selepas pendaftaran eKasih anda dibuat anda bolehlah membuat semakan sama anda layak menerima rebat dengan melayari portal rasmi https://semakanrebat.mestecc.gov.my/public/

Maklumat Lanjut

Jika anda perlukan maklumat lanjut bolehlah menghubungi 03-8000 8000 atau mana-mana dari nombor di dalam gambar di bawah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda. Mohon like dan share info ini kepada rakan-rakan yang lain.