Bas Johor Ke Genting Highland Jadual & Harga Tiket

Bas Johor ke Genting Highland harga tiket dari RM 50.00 sehala. Genting Highland terkenal dengan jolokan “The City of Entertainment” dan sering menjadi destinasi percutian yang amat terkenal di Malaysia. Warga Singapore banyak berkunjung kesana untuk theme park dan juga main casino.

Inilah satu-satunya tempat yang memiliki lesen industri perjudian di Malaysia.

Bagi orang muslim atau yang tidak gemar berjudi, tujuan utama untuk melawat Genting Highland selain dari mendapatkan pengalaman naik cable car, tempat ini juga memiliki theme park bertaraf dunia.

Penumpang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI

Genting Highland yang terletak di puncak gunung ini sering menjadi pilihan percutian hujung minggu atau semasa cuti-cuti umum.

Dengan udara pergunungan yang nyaman dengan pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan, tempat ini sentiasa penuh dengan pengunjung setiap masa.

Kepada yang ingin ke sana dari Johor Bahru, menaiki bas express adalah pilihan terbaik. Selain selesa ianya juga lebih jimat.

Senarai Bas Johor Ke Genting Highland

Nak ke Genting Highland? Ada bas dario Johor ke Genting Highland. Jika ingin ke sana dari Johor, anda boleh dapatkan bas dari Terminal Bas Larkin Sentral di Johor Bahru.

Ada sekurang-kurangnya 2 syarikat bas ketika ini yang beroperasi untuk menghubungkan kedua-dua destinasi tersebut.

Anda boleh pilih mana-mana dari syarikat bas di bawah bergantung kepada badget dan jadual perjalanan anda.

  • LA Holidays (KKKL Translim Agent) / Harga tiket RM 55.00
  • Yellow Star Express / Harga tiket RM 50.00

Ada 3 trip bas ke destinasi tersebut dari JB Larkin Sentral setiap hari. LA Holidays menyediakan 2 trip, 1 sebelah pagi dan 1 sebelah malam.

Yellow Star Express pula menyediakan 1 trip setiap hari iaitu pada pukul 6 petang. Jadual ini bagaimanapun perlu anda semak dari masa ke semasa kerana mungkin akan berlaku perubahan.

Jadual perjalanan bas boleh anda semak menggunakan applikasi online.

Antaranya yang menyediakan kemudahan tersebut ialah easybook.com dan busonlineticket.com.

Pakailah mana-mana satu yang anda suka. Anda boleh gunakan applikasi tersebut untuk semak harga semasa tiket dan jadual bas.

Jarak & Masa Perjalanan

Sebenarnya jarak antara Johor Bahru dan Genting Highland tidaklah jauh sangat. Ditambah dengan lebuhraya yang baik, perjalanan menjadi amat lancar dan masa perjalanan yang diambil tidaklah begitu lama.

So, Johor Bahru ke Genting berapa jam?

Jarak perjalanan antara dua destinasi ini ialah lebih kurang 379 KM sahaja dengan purata masa perjalanan lebih kurang 5 jam 42 minit.

Itupun bergantung kepada keadaan cuaca dan situasi lalulintas semasa.

Biasanya semasa musim perayaan di mana berlaku pergerakan kenderaan di jalan raya yang mendadak naik, menjadikan perjalanan lebih perlahan dan masa yang diambil menjadi lebih lama.

Walau bagaimanapun janganlah bimbang, bas express akan berhenti rehat dalam 20 minit di R&R untuk anda membeli makanan dan juga menggunakan tandas.

Kebanyakan bas express sekarang ini juga menyediakan WiFi untuk penumpang. Anda bolehlah layan FB, Instagram atau menonton Youtube sepanjang perjalanan.

Perjalanan anda nanti tidaklah bosan sangat.

Nanti sampai di sana apa yang menanti anda? memang banyak kerana Sesuai dengan namanya ‘City of Entertainment’.

Genting Highlands menawarkan lebih 500 jenis permainan untuk famili di Taman Temanya di samping hiburan lain di First World Hotel dan Genting Hotel menyediakan kemudahan panggung wayang (Cineplex).

Membeli-belah First World Plaza ialah sebuah gedung perniagaan dengan enam tema gedung membeli-belah di dunia (theme areas) semuanya di bawah satu bumbung iaitu Times Square, Universal Walk, London, Venice, Champs Elyess dan Genting Walk.

Penginapan juga bukanlah menjadi masalah di sana kerana ada 6 buah hotel iaitu First World Hotel, Genting Hotel, Highlands Hotel, Resort Hotel, Theme Park Hotel, Ria Apartment dan Awana Hotels & Resorts.

Selain itu terdapat juga hotel lain yang boleh anda pilih seperti Genting View Resort, Hotel Seri Malaysia dan Genting Permai Resort

Anda boleh membaca maklumat lebih lengkap di website rasmi Majlis Perbandaran Bentong dan juga Resort World Genting.

Semoga sedikit informasi mengenai jadual dan harga tiket bas Johor ke Genting Highland ini bermanfaat kepada anda.

Marilah kita bersama memperkasakan industri pengangkutan awam dan pelancongan tempatan di negara kita. Semuanya ada di sini.