Bayar Saman JPJ Online Guna Applikasi e-Service
Bayar saman JPJ online guna applikasi e-Services. Kaedah pembayaran saman secara atas talian ini juga boleh digunakkan untuk membayar saman polis trafik. Cara ini memudahkan pengurusan saman yang anda hadapi.
Sebelum itu adakah anda tahu bahawa anda boleh check saman JPJ atau polis trafik secara online? Memang boleh, malah ianya amat mudah.
Anda tidak perlu ke mana-mana cawangan JPJ untuk urusan semakan saman anda.
Semak & Bayar Saman Secara Online
Ada berberapa kaedah cara semakan saman secara online yang boleh anda gunakan.
A. Portal Rasmi JPJ – Anda boleh terus masuk atau layari portal tersebut dan pergi ke bahagian semakan saman.
Di portal tersebut anda boleh gunakan maklumat No Kad Pengenalan (MyKAD) atau nombor kenderaan anda untuk membuat semakan.
Jika anda memiliki saman yang belum diselesaikan atau dibayar, pergilah ke mana-mana cawangan JPJ yang terdekat untuk membayar saman anda.
Jangan tunggu lama-lama, lagi lama anda tangguh mungkin akan menyebabkan tindakan undang-undang akan dilakukan terhadap anda oleh pihak JPJ.
Jika anda malas atau tidak memilik banyak masa untuk ke cawangan JPJ yang terdekat, anda boleh gunakan perkhidmatan e-Services atau online untuk bayar saman.
Ada 3 perkhidmatan e-Services yang boleh anda gunakan dan yang paling popular di Malaysia.
Sebenarnya portal eservices.com.my dan myeg.com.my itu adalah portal yang sama, hanya nama domain (domain name) yang berbeza.
Anda perlu mendaftar akaun (login name & password) untuk menggunakan perkhidmatan di portal tersebut.
Antara perkhidmatan yang boleh anda lakukan di portal tersebut termasuklah pembayaran saman JPJ dan polis trafik.
Jika anda tidak minat menggunakan perkhidmatan di portal MYEG, anda masih ada pilihan lain. Anda boleh gunakan rilek.com.my.
Portal tersebut menyediakan perkhidmatan yang sama, termasuk kaedah pembayaran saman di portal tersebut menggunakan online banking.
Di portal tersebut anda boleh menggunakan perbankan internet seperti CIMB Clicks, Maybank2u (M2U), Public Bank, RHB dan sebagainya.
Paling penting jika anda kena saman oleh JPJ, itu adalah tanggungjawab kita untuk membayar saman.
Sudah kena saman kerana buat salah, tentulah kena bayar.
Kadang-kadang kita ini suka bertangguh atau membiarkan perkara-perkara sedemikian. Dengan berbuat demikian, takut nanti masalah semakin besar dan sukar diselesaikan dengan mudah.
Antara kesalahan yang mungkin biasa kita hadapi ialah lesen memandu atau roadtax (cukai jalan) tamat tempoh.
Semoga sedikit informasi umum mengenai cara bayar saman JPJ online ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama jalankan tanggungjawab sebagai warganegara di negara kita yang tercinta ini.