Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Syarat Kelayakan & Peluang Kerjaya
Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak syarat kelayakan dan peluang kerjaya atau pekerjaan masa depan. Anda merupakan pelajar lepasan SPM? Masih tercari–cari bidang apa yang sesuai untuk anda melanjutkan pelajaran? Jangan risau kerana anda berada di artikel yang tepat.
Di sini saya akan kongsikan kepada anda satu program diploma yang mungkin akan mengubah masa depan anda. Program yang sangat sinonim dalam masyarakat kita tapi tidak semua orang tahu kelebihannya.
Sebelum ini kami ada membuat sedikit artikel mengenai Diploma Penguatkuasaan Undang-Undang (Diploma in Law Enforcement). Anda boleh membacanya jika berminat dengan kursus tersebut.
Kalau hendak cari peluang biasiswa kami ada himpunkan juga senarai biasiswa lepasan SPM untuk anda. Ada begitu banyak peluang biasiswa di luar sana yang boleh anda cuba mohon.
Program tersebut adalah Diploma Pendidikan Awal kanak–kanak. Kenapa program ini dikatakan mudah dan menarik? Bukanlah struktur pelajarannya yang mudah.
Antara IPTA yang menawarkan kursus dalam bidang ini ialah Universiti Sultan Idris (UPSI), UiTM dan UKM. Kolej swasta atau IPTS juga banyak menawarkan kursus tersebut.
Tiada suatu benda yang mudah dalam dunia yang semakin maju kini. Kalau ingin berjaya mestilah berusaha bersungguh–sungguh.
Tapi apa yang menarik di sini adalah peluang kemasukan dalam diploma ini yang dibuka dengan syarat kemasukan yang sangat mudah untuk anda.
Tidak perlu keputusan SPM yang sangat cemerlang pun anda masih mampu menjadi seorang yang berkerjaya dan berpendidikan pada masa kini.
Apa Itu Diploma Pendidikan Awal Kanak–Kanak?
Jika dengar sahaja tentang diploma pendidikan awal kanak – kanak sudah tentu kita tahu ia berkaitan dengan kanak – kanak. Tapi apa kaitan program tersebut dengan kanak – kanak?
Apa kita perlu menjaga kanak – kanak? Ataupun buat apa perlu belajar tinggi – tinggi untuk menjaga kanak – kanak ? inilah kesilapan mentaliti masyarakat masa kini.
Ramai yang masih tidak tahu sebenarnya diploma pendidikan awak kanak – kanak ini diwujudkan bagi memberi pendidikan dan kemahiran yang sebenar kepada seseorang individu dalam mendidik dan mengawal seorang kanak – kanak.
Memang nampak mudah, tapi bukan semua orang berpotensi dan mempunyai kesabaran untuk berhadapan dengan seorang kanak–kanak yang tidak sama fikirannya seperti orang dewasa.
Oleh itu kemahiran dan pengetahuan diperlukan dalam mendidik seorang kanak–kanak yang mindanya baru sahaja ingin berkembang.
Dalam diploma pendidikan awal kanak–kanak anda akan berpeluang mendapat pendidikan dan kemahiran dalam mendidik dan hal ehwal berkaitan kanak–kanak ini termasuklah psikologi kanak-kanak dan keperluan khas mereka.
Siapa Yang Sesuai Untuk Diploma Ini?
Diploma ini sesuai untuk diambil oleh sesiapa sahaja yang mempunyai minat untuk menceburi bidang pendidikan awal kanak–kanak serta berkelayakan.
Jika anda seorang yang berminat untuk mempelajari tentang bidang psikologi dan sosiologi berkaitan pendidikan awal kanak–kanak, diploma ini sesuai untuk anda.
Dalam diploma ini anda akan diberikan latihan dan asas pendidikan awal kanak – kanak yang kukuh iaitu secara teori serta praktikal.
Ini bagi memberi anda kemahiran yang cukup untuk menceburi bidang pekerjaan berkaitan dengan kanak – kanak di masa hadapan kelak.
Objektif Program
Berikut merupakan antara objektif program atau pengajian diploma ini diwujudkan dalam bidang pendidikan.
- Program ini bertujuan untuk menghasilkan pelajar yang memahami pelbagai aspek yang berkaitan dengan kanak – kanak secara mendalam.
- Melahirkan individu yang berpengetahuan tentang pengurusan kurikulum, psikologi kanak–kanak, pendekatan pendidikan kanak – kanak aspek kesihatan dan keselamatan, serta pengetahuan dalam pemakanan kanak–kanak.
- Melahirkan individu yang berpotensi untuk memahami kanak – kanak istimewa dan bekeperluan khas.
- Memberi kemahiran kepada individu dalam teknik sebenar dalam mendidik kanak–kanak .
- Bagi mendedahkan pelajar kepada pemahaman yang lebih mendalam kepada realiti tempatan , watak moral serta intelektual yang mempengaruhi perkembangan seorang kanak–kanak.
IPT Menawarkan Diploma Pendidikan Awal Kanak–Kanak
Program pendidikan awal kanak–kanak sebenarnya terbuka luas dan mempunyai banyak IPT yang menawarkan bidang tersebut.
Ini kerana permintaan dalam bidang kerjaya yang memerlukan kemahiran dalam bidang pendidikan awal kanak–kanak yang semakin bertambah seiring dengan perkembangan pusat jagaan kanak–kanak, taska dan tadika di luar sana.
Berikut merupakan sebahagian dan antara IPT yang menawarkan Diploma Pendidikan Awal Kanak–kanak.
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- UNITAR International University
- Kolej Poly – Tech MARA
- Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
- Internatinal Islamic College
- Kolej Perkembangan Awal Kanak–kanak
- Management & Science University ( MSU )
- Kolej Dika
- Methodist College
- Open University Malaysia
- SEGI College
- UNITI Kolej
- Geomatika University College
Itulah antara senarai IPT yang ada menawarkan diploma dalam bidang tersebut. Kebanyakan IPT yang menawarkan diploma ini adalah swasta.
Ada juga dari universiti awam seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris tapi terlalu tinggi persaingannya. Tapi jangan risau, anda boleh cuba dahulu mungkin rezeki anda untuk terpilih sebagai salah seorang pelajar di sana.
Syarat Kelayakan Kemasukan
Syarat kelayakan bagi program diploma ini sangat mudah, anda hanya perlu memperoleh sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana–mana mata pelajaran dan lulus mata pelajaran sejarah dalam SPM.
Bagi Sijil Vokasional Malaysia (SVM) anda perlu memperolehi akademik dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.00, Vokasional 2.67 PNGK, Kredit BM 1104.
Mudah bukan? Jangan lepaskan peluang anda untuk menceburi bidang pendidikan dengan peluang pekerjaan yang sangat luas untuk anda.
Anggaran Yuran Pengajian
Yuran pengajian bagi program ini sebenarnya bergantung kepada IPT itu tersebut. Jika anda bernasib baik dan terpilih sebagai pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris yuran untuk bidang pendidikan awal kanak–kanak sedikit lebih murah berbanding IPT yang lain.
Kenapa lagi murah apa bezanya? Sudah tentu ada beza, UPSI adalah universiti awam kerana itulah harganya lebih murah.
Tapi jangan risau walaupun harga berbeza, kualiti dan sijil yang anda akan terima di akhir pengajian kelak adalah sama, universiti sahaja yang berbeza.
Berikut saya kongsikan anggaran yuran pengajian UPSI dalam bidang ini untuk memberi sedikit gambaran mengenai yuran IPTA untuk pengajian tersebut.
Bagi universiti swasta pula biasanya akan menawarkan yuran pengajian seperti yang berikut :
Tapi anda tidak perlu risau mengenai yuran pengajian kerana tentunya anda boleh membuat pinjaman pendidikan untuk melanjutkan pengajian anda.
Untuk IPTS anda boleh buat permohonan terus ke kolej yang anda pilih.
Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian bagi diploma ini juga bergantung kepada institusi itu sendiri, secara anggarannya tempoh pengajian bagi diploma pendidikan awal kanak–kanak adalah di antara 2 tahun 6 bulan sehingga 3 Tahun.
Biasanya dihujung pengajian akan ada Latihan Industri (LI) atau praktikal.
Peluang Pekerjaan
Inilah yang ramai tidak tahu, bidang pendidikan awal kanak–kanak sebenarnya adalah salah satu bidang yang menawarkan pelajarnya untuk menceburi pelbagai bidang pekerjaan.
Gaji staff yang bekerja dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak juga agak menarik menjadikannya pilihan semakin popular untuk pelajar lepasan SPM.
Berikut adalah peluang pekerjaan yang terbuka kepada pelajar dalam diploma ini selepas taman pengajian.
- Guru tadika
- Pengusaha tadika dan taska
- Jurulatih pusat jagaan kanak–kanak
- Usahawan dalam bidang perkembangan kanak–kanak
- Guru pra sekolah
- Penyelidik dan pembangunan produk pendidikan
- Konsultan pengurusan pra–sekolah
- Pegawai sumber manusia
Diploma pendidikan Awal Kanak–Kanak ini adalah satu program yang membuka peluang kepada anda untuk menceburi bidang kerjaya yang sangat baik.
Jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai diploma ini, mungkin ini adalah satu langkah permulaan untuk anda menuju masa depan yang lebih cerah.
Semoga sedikit informasi umum mengenai peluang kerjaya dan syarat kelayakan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini bermanfaat kepada anda.
Salam,saya benney, dan saya lepasan SPM 2020.Saya sangat berminat dengan pendidikan awal kanak-kanak kerana semasa saya menunggu keputusan SPM dikeluarkan,saya disuruh oleh ibu saya untuk menjaga adik saya yang baru berumur 2 tahun.Sepanjang saya menjaga adik saya,saya mula sedar yang saya meminati bidang diploma pendidikan awal kanak-kanak.selain itu,pekerjaan ini juga sangat luas disebabkan jumlah kanak-kanak dan ibu mengandung semakin meningkat.Syarat kelayakan saya untuk mengambil bidang ini juga menepati.Saya juga mempunyai 8 Kredit dalam SPM.Saya harap pihak yang bertugas dapat mempertimbangkan permohonan saya ini kerana saya sangat meminati bidang ini.Terima Kasih.
Hi, anda boleh berhubung terus memohon dengan mana-mana IPTA / IPTS yang menawarkan kursus pengajian dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Memang peluang pekerjaan dalam bidang ini akan semakin bertambah pada masa akan datang sejajar dengan keperluan dan pertambahan populasi penduduk.
Hi,saya ada pertanyaan, kalau selepas dah ada diploma pendidikan awal kanak-kanak, boleh tak sambung degree pendidikan,untuk mengajar kat sekolah menengah pula?
Untuk ambil degree untuk menjadi guru di sekolah rendah atau sekolah menengah, ada syarat kelayakan yang pelajar perlu ada atau penuhi. Boleh cuba-cuba baca syarat kelayakan untuk ambil degree dalam bidang tersebut. Klu layak, kenapa tidak cuba memohon, mungkin reziki anda.
kalau dari lepasan diploma kemahiran ( kolej vokasional ) PAKK nak sambung amik pendidikan untuk jadi cikgu sek rendah agaknya boleh ke ?
Hai,hendak bertanya selepas dah ada sijil dalam pendidikan kanak kanak , adakah peluang untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang tersebut tinggi. Saya masih mencari kolej di Sarawak yang menawarkan bidang tersebut dan memberi pinjaman pendidikan yang sesuai dengan saya.
Hi, soal dapat kerja atau tidak itu banyak bergantung kepada bidang kursus yang kita pilih sama ada ianya sesuai untuk pasaran kerja, peribadi, tidak memilih kerja dan rajin cari kerja. Bidang pendidikan awal kanak-kanak memang ada permintaan tinggi ketika ini tetapi mungkin akan sampai satu ketika terlalu banyak individu yang berkelayakan dalam bidang tersebut berbanding peluang kerja dalam bidang tersebut. Jika itu terjadi akan terjadi pengangguran jika kita memilih kerja.
Maaf saya nak tanya kalau macam saya SPM 5 subjek boleh ke mohon bidang ni and math saya basic punya lagi satu saya ada skoliosis boleh ke saya amik bidang ni
Biasanya kelayakan minimum untuk memohon bidang ini di IPT ialah SPM 3 kredit apa-apa subjek lulus BM dan Sejarah. Apa pun untuk maklumat lanjut ke IPT tempat anda memohon.
Kalau ada skoliosis boleh ke amik bidang ini
Hi, rasanya boleh ambil bidang ini. Apa pun kena refer terus dengan IPT tempat anda berminat untuk sambung belajar dalam bidang tersebut untuk kepastian dan maklumat lanjut.
Hai admin. Kalau lepasan ijazah dri fakulti sains sosial nak mohon diploma pendidikan awal kanak-kanak hanya utk sijil pendidikan shj. Boleh ke?
Boleh. Tiada masalah. Sebaiknya berhubung dengan IPT terbabit untuk maklumat lanjut dan terperinci
Saya suka kepada kanak-kanak
Kalau berminat bidang kerjaya dalam pendidikan awal kanak-kanak dan layak boleh ambil kursus tersebut di IPT yang ada tawarkan kursus tersebut.
Saya berminat untuk jadi cikgu tadika , jadi saya cuba apply . Thankyou
Jika berminat boleh cuba apply. All the best!
Hi assalamualaikum admin saya ni ada diploma human resource management sebelum ni saya ada memohon untuk kerja cikgu tadika kemas tetapi tidak layak..jadi selepas saya mendengar dari perbincangan pegawai tadika kemas dia kata mesti ada ijazah pendidikan awal kanak-kanak jadi saya membuat keputusan sambung pengajian ambil kos childhood education..saya nak tanya layak ke saya dapat kerja cikgu taska selepas saya menamatkan ijazah saya..walaupun diploma ialah HR saya sangat jadi cikgu taska saya suka dgn ajar budak-budak
Ada Diploma atau Ijazah dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak boleh buka peluang untuk menceburi bidang tersebut kalau berminat
Boleh ke apply guru skolah rendah lps hbis bljr kos pendidikan awal kanak-kanak ni?
hi saya nak tanya, untuk course pakk ni, subjek apa yang akan kita belajar ye?
Hi, banyak maklumat mengenai itu di internet. Cari mana-mana kolej yg tawarkan kursus itu dan tengok silibusnya. Biasanya berkisar dalam kemahiran / pengetahuan mengenai pendidikan awal kanak-kanak.
Hi..saya mempunyai sijil pendidikan awal kanak-kanak dan berminat untuk sambung sampai diploma…tetapi result SPM saya hanya 2 kredit…dan 7 lulus…layakkah saya memohon?
Biasanya mana-mana IPT perlu sekurang-kurangnya SPM 3 kredit. Apa pun cuba berhubung dengan IPT yang tawarkan kursus tersebut untuk penjelasan lebih terperinci.
Blh ke kalau sambung belajar pendidikan awal kanak kanak tetpai sijil spm nya tiada credit hanya ada satu B
Syarat minimum untuk ambil kursus Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di IPT ialah sekurang-kurangnya SPM 3 Kredit termasuk lulus BM dan Sejarah
nak tanya bole ke lepas diploma dpakk kita amik degree untuk sekolah rendah?