Bas Ke Padang Besar Dari Kuala Lumpur Book Online
Bas ke Padang Besar dari TBS Kuala Lumpur informasi harga tiket dan jadual bas online.Anda merancang untuk pergi ke Padang Besar? Atau mungkin anda pernah terfikir untuk berkunjung ke sana tapi tidak tahu bagaimana? Salah satu cara untuk ke sana ialah menggunakan perkhidmatan bas express.
Nanti selepas keadaan negara sudah pulih seperti biasa bolehlah merancang untuk ke sana bersama keluarga.
Check Jadual & Book Tiket Bus Online
Sebelum ini kami ada tulis sedikit informasi mengenai perkhidmatan bas ke Kangar. Anda boleh baca kerana ianya berkaitan dengan topik kita kali ini.
Berbalik kepada topik kali ini, dalam perancangan percutian ataupun apa-apa sahaja yang memerlukan kita untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, perkara utama yang perlu difikirkan terlebih dahulu adalah pengangkutan.
Betullah juga jika tidak ada pengangkutan semua rancangan percutian dan perjalanan tidak akan berjalan dengan lancar.
Apabila anda mengatur jenis pengangkutan anda dengan baik pasti perancangan yang lainnya pun akan ikut terlaksana dengan lancar.
Jika anda ingin berkunjung ke Padang Besar antara cara paling mudah adalah dengan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas express.
Pasti ramai yang mempunyai pengalaman dalam menaiki bas jadi menggunakan bas express ke padang Besar tidak menjadi satu perkara baru lagi dan pasti memudahkan anda.
Padang Besar
Siapa sahaja yang tidak kenal Padang Besar syurga membeli-belah yang terletak di utara Perlis bersempadan Thailand ini? Lagi-lagi bagi perempuan mustahil tidak pernah mendengar tentang Padang Besar yang turut digelar sebagai syurga membeli-belah.
Padang Besar sebenarnya adalah sebuah bandar sempadan yang terletak di bahagian utara Negeri Perlis, Malaysia.
Apa yang menarik tentang Padang Besar ini selain daripada ia merupakan pusat membeli-belah yang terkenal di Malaysia, ia juga merupakan pusat membeli-belah tanpa cukai.
Menarik bukan? Jika anda seorang yang suka membeli-belah, Padang Besar adalah tempat yang sangat sesuai sebagai tempat kunjungan anda.
Tahukah anda Padang besar adalah antara pusat pelancongan yang terkenal di Malaysia.
Tidak hairanlah jika pelancongan antarabangsa dan sektor logistik menjadi antara sumber keuntungan utama di Padang Besar.
Jangan lepaskan peluang anda untuk berkunjung ke sini dan rasakan pengalaman berbelanja sepuas-puasnya.
Tapi ingat jika anda ke sini pastikan anda membawa duit yang cukup kerana anda pasti rambang mata dengan barangan dan makanan yang dipasarkan.
Tempat Menarik Di Padang Besar
Sebelum anda mengunjungi Padang Besar, bagaimana jika anda berkenalan terlebih dahulu dengan beberapa lokasi menarik di Padang Besar.
Barulah bertambah-tambah semangat anda untuk ke Padang Besar. Sudalah tempatnya menarik mudah pula tu untuk sampai ke sana, guna bas sahaja pun anda boleh sampai.
Menarik sungguh! Dapatlah anda berkunjung ke tempat menarik di Padang Besar seperti Pasar Padang Besar yang menawarkan pelbagai aktiviti membeli-belah kepada anda.
Bukan itu sahaja, di Padang Besar juga terdapat Wang Kelian di mana barangan yang jual semuanya murah dan berbaloi.
Di sini anda akan mendapatkan barang yang anda inginkan dengan harga di bawah jangkaan anda.
Anda pasti tidak akan menyesal jika anda ke sini dengan barangan berjenama dan unik tapi harga yang sangat murah yang mungkin anda tidak akan dapat di tempat lain.
Padang Besar adalah masih dalam naungan Majlis Perbandaran Kangar. Ini kerana destinasi ini sebenarnya tidak jauh dari sana.
Anda boleh membaca senarai tarikan pelancong di Kangar yang lebih terperinci dari website rasmi Majlis Perbandaran Kangar.
Cara Menaiki Bas Ke Padang Besar
Untuk menaiki bas ke destinasi ini sebenarnya sangat mudah. Anda boleh pergi sahaja ke mana-mana stesen bas express di KL atau pun KLIA untuk mengambil bas Kangar dan dari bandar Kangar ke Padang Besar.
Di KLIA anda hanya perlu pergi ke bahagian booth bas untuk mendapatkan bas.
Jika tidak, anda juga boleh pergi ke TBS iaitu Terminal Bersepadu Selatan. TBS adalah antara terminat bas yang menawarkan perkhidmatan bas dengan perjalanan yang jauh.
Apa yang paling penting anda tempah dahulu tiket bas anda, jangan risau kadar harga tiket bas sangatlah rendah dengan anggaran harga bawah RM100.
Harga tiket biasanya adalah antara RM50 sehingga RM79 bergantung kepada harga tiket bas pada masa itu.
Anda juga boleh menyemak harga tiket bas di www.easybook.com sekarang bagi memudahkan anda merancang kawangan anda.
Sampai di bandaraya Kangar, anda bolehlah cari bas awam yang menawarkan perkhidmatan ke Padang Besar atau naik Grab.
Jarak bandaraya Kangar ke Padang Besar hanyalah lebih kurang 34 KM. Tidaklah jauh sangat. Kalau share bayar tambang grab, lebih murah.
Jarak bandaraya Kangar dan Padang Besar tidaklah jauh. Kalau naik grab pun tidaklah mahal. Anda mungkin lebih sesuai naik grab kerana Padang Besar adalah syurga membeli belah.
Nanti dah beli banyak barang, payahlah sikit naik bas awam balik ke kangar bukan?
Tips Penting Menaiki Bas Express
Naik bas pun ada tips? Mestilah ada, bukan sahaja tips tapi lebih kepada peringatan mesra yang nampak mudah dan ramai telah tahu tapi ramai yang terlepas pandang.
Antara beberapa perkara yang anda perlu tahu sebelum menaiki bas adalah pertama sekali tempah dahulu atau lebih awal tiket bas anda jika anda ingin perjalanan anda lebih lancar.
Kenapa mesti tempah awal? Tempah awal sebenarnya adalah lebih baik jadi jika terdapat sebarang masalah anda masih boleh elakkan sebelum perjalanan anda.
Tidak lah anda kelam kabut atau mempunyai masalah di stesen bas nanti.
Itu adalah tips sebelum menaiki bas, bagaimana pula semasa menaiki bas? Inilah yang sebenarnya ramai terlepas pandang.
Semasa menaiki bas pastikan sebelum anda turun daripada bas tersebut lihat semula kepada tempat duduk anda bagi memastikan tiada barang yang tertinggal.
Mungkin pesanan ini sangat biasa di dengar, tapi sangat banyak berlaku kepada penumpang bas akibat kecuaian.
Jadi pastikan anda mengelakkan kecuaian ini dan ikuti tips yang diberikan agar anda tidak menghadapi masalah dalam perjalanan anda.
Cara Beli Tiket
Tahukah anda sekarang anda boleh mendapatkan tiket bas dengan sangat mudah, tidak perlu beratur panjang di terminal bas untuk menempah tiket.
Kini anda boleh membeli tiket bas dengan sangat mudah di atas talian sahaja.bukan sahaja dapat menjimatkan tenaga anda tapi juga dapat menjimatkan masa anda.
Bagaimana? Mudah sahaja anda boleh melayari www.easybook.com dan dapatkan tiket bas anda menuju ke Padang Besar dengan mudah dan pantas.
Mengenai harga? Jangan risau di www.easybook.com hanya harga yang terbaik sahaja akan di tawarkan kepada anda, sangat berbaloi untuk perjalanan anda yang selesa.
Harap sedikit informasi mengenai bas ke Padang Besar ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama menyokong dan memperkasakan industri pelancongan dan pengangkutan awam di negara kita.