Bas Ke Kangar Dari Kuala Lumpur Jadual & Harga Tiket

Bas ke Kangar dari Kuala Lumpur dari RM 47.00 dan informasi jadual perjalanan bas express ke destinasi tersebut. Terdapat beberapa cara boleh digunakan untuk pergi ke Kangar, Perlis dari Kuala Lumpur.

Kaedah yang paling mudah, murah dan selamat ialah dengan menggunakan perkhidmatan bas ekspres. Terdapat pelbagai syarikat bas popular yang menyediakan perkhidmatan bas ekspres ke destinasi tersebut.

Penumpang boleh book tiket bas secara online >>> DI SINI

Sekarang ini tidak perlu lagi bersesak-sesak beratur di kaunter untuk beli tiket.

Tiket boleh di beli secara online melalui applikasi online yang banyak disediakan oleh syarikat bas masing-masing dan juga portal seperti Easybook.com, busonlineticket.com dan redbus.my

Perkhidmatan Bas Ke Kangar Perlis

Terdapat beberapa jenis operator atau syarikat bas terkenal yang menawarkan servis bas ekspres dari Kuala Lumpur destinasi ini.

Syarikat bas express yang tersenarai di bawah ini terkenal untuk perkhidmatan yang berkualiti dalam kalangan penumpang.

Sebenarnya ada banyak lagi, tetapi ini adalah antara yang terbaik dan dikenali ramai.

Kita akan kemaskini senarai ini dari masa ke semasa jika ada informasi terbaru yang penting untuk pembaca.

Harga Tiket Bas

Harga tiket bas ekspres bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke bandar Kangar bergantung pada syarikat bas dipilih.

Perkhidmatan disediakan untuk penumpang mungkin berbeza bagi syarikat berlainan.

Oleh sebab itu, harga tiket bas mungkin berbeza antara syarikat bas.

Penumpang boleh melayari laman web easybook.com, sebuah portal online khas untuk penempahan tiket untuk mendapatkan maklumat tepat mengenai harga tiket serta waktu perjalanan bas.

  • Prisma Express – dari RM 47.00
  • Kesatuan Express – dari RM 48.00
  • Konsortium E- Mutiara – dari RM 49.90
  • Sani Express – dari RM 50.00
  • Mayang Sari Express- dari RM 52.60
  • Cosmic Express – dari RM 55.00
  • Cepat Express – dari RM 56.40
  • Suasana Tony Coach – dari RM 59.50

Jadual Perjalanan Bas

Perkhidmatan bas bagi laluan perjalanan ini disediakan hampir setiap hari untuk para penumpang.

Jumlah jarak perjalanan antara laluan ini ialah dalam 487 km dengan masa perjalanan lebih kurang 7 jam 11 minit.

Sebanyak 89 trip bas beroperasi bagi perjalanan ini.

Berikut merupakan masa bas pertama dan bas terakhir beroperasi setiap hari bagi setiap syarikat bas eskpres.

  • Prisma Express – 10.25 am/ 11.55 pm
  • Kesatuan Express – 11.15 pm
  • Konsortium E- Mutiara – 10.00 am/ 10.00 pm
  • Sani Express – 9.45 am/ 11.00 pm
  • Mayang Sari Express – 11.30 am/ 12.30 pm
  • Cosmic Express – 7.25 am/ 11.15 pm
  • Cepat Express – 11.00 pm
  • Suasana Tony Coach – 9.30 pm/ 11.30 pm

Terminal Bas

Terminal Bas Kangar turut dikenali sebagai Terminal Bukit Lagi, merupakan sebuah stesen bas yang menjadi tempat pelbagai bas ekspres beroperasi.

Antara syarikat bas popular yang beroperasi di terminal ini ialah Cepat Express, Transnasional, Sri Maju Express, Plus Liner, Quick Liner, City Express dan Express Perdana.

Syarikat bas dari terminal ini menawarkan servis bas eskpres ke pebagai destinasi di sekitar Semenanjung Malaysia.

Antara destinasinya ialah Penang, Kuala Lumpur, Kota Bahru, Melaka, Shah Alam dan Ipoh.

Kemudahan Di Terminal

Terdapat pelbagai jenis kemudahan disediakan di sekitar Terminal Bas Kangar untuk memudahkan penumpang di terminal ini.

Antaranya ialah terdapat kemudahan pondok menunggu bas di bagunan terminal ini.

Kawasan ini disediakan khas untuk mereka yang menunggu bas. Selain itu, terdapat gerai- gerai makanan di sekitar terminal bas ini.

Bagi mereka yang berasa lapar, anda boleh mengunjungi gerai- gerai ini untuk menikmati juadah tempatan sebelum perjalanan bas.

Surau turut disediakan untuk memudahkan umat Muslim yang ingin menunaikan ibadah ketika menunggu untuk perjalanan bas.

Di samping itu, terdapat perkhidmatan mesin ATM di sekitar terminal untuk memudahkan urusan pengeluaran duit.

Selain itu, terdapat kemudahan pengangkutan awam disediakan untuk memudahkan penumpang pergi ke terminal ini atau pergi ke destinasi lain dari terminal ini.

Antaranya ialah teksi dan bas. Dengan ini, penumpang boleh mengunjungi ke kawasan bandar dari terminal dengan menggunkanan kemudahan bas-bas tempatan.

Perkhidmatan bas di Kangar bukan sahaja menjimatkan duit penumpang malah turut merupakan cara paling selamat dan bijak untuk pergi ke pelbagai destinasi popular utama di sekitar Kangar.

Berikut merupakan maklumat perhubungan Terminal Bas Kangar. Sila hubungi nombor di bawah untuk sebarang pertanyaan.

  • Alamat: Jalan Bukit Lagi, Pusat Bandar Kangar, 01000 Kangar, Perlis, Malaysia.
  • Nombor telefon: +604 – 976 5375

Tempat Menarik Di Kangar

Senarai tempat menarik di Perlis

Terdapat beberapa tempat menarik yang patut dikunjungi oleh para pelancong yang mengunjungi Kangar.

Berikut merupakan senarai destinasi pelancongan yang popular di Kangar.

1. Gua Kelam – Gua ini turut terletak di sebuah bandar kecil dikenali sebagai Kaki Bukit. Kawasan ini popular untuk gua batu kapur yang cantai dan bersinar.

Biasanya, penumpang yang berjalan di jambatan berpeluang untuk menikmati kecantikan batu kapur semula jadi di gua ini.

2. Padang Besar – Kawasan ini terletak di antara sempadan Malaysia dan Thailand. Kawasan ini sangat sesuai untuk kaki- kaki shopping.

Terdapat pelbagai jenis gerai menjual kraf tangan, pakaian serta juadah Thailand di sini.

3. Taman Rekreasi Melati – Tasik Melati ini merupakan sebuah tasik kecil yang terkenal untuk pemandangan yang indah yang berlatar belakangkan kehijaun dan kawasan gunung.

Bagi mereka yang berminat memerhati burung- burung, destinasi ini patut dikunjungi.

Senarai tarikan pengujung dengan informasi yang lebih terperinci boleh anda baca di website rasmi Majlis Perbandaran Kangar.

Semoga informasi mengenai jadual bas dan harga tiket bas ke Kangar ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama menyokong industri pelancongan tempatan kita di Malaysia.