Jadual Perjalanan Sani Express Klang Sentral Ke Kota Bharu
Jadual perjalanan Sani Express Klang Sentral ke Kota Bharu juga dari Kota Bharu ke Klang Sentral. Mungkin ramai yang tunggu peluang balik kampung ke Kota Bharu selepas sekian lama PKP.
Setahun dua nie hidup kita memang agak sukar, mengembara ke sana ke sini tidak boleh. Malah balik kampung juga agak sukar.
Tetapi melihat petunjuk-petunjuk semasa, kelihatannya keadaan semakin baik dan tidak lama lagi boleh naik bas balik kampung.
Ini tentunya berita baik kepada ramai orang.
Bercakap mengenai naik bas, kalau untuk perjalanan ke Kota Bharu anda boleh naik bas Sani Express.
Kami ada tulis sedikit informasi umum mengenai bas Sani Express. Boleh baca jika berminat.
Sani Express Dari Klang Sentral Ke Kota Bharu
Ini route yang amat popular. Ramai yang kerja di area sekitar lembah Klang tentu terfikir terfikir hendak balik kampung jenguk emak ayah.
Jika naik Sani Express dari Klang anda akan turun di Kota Bharu Hentian Tesco. Begitu juga sebaliknya.
Yang bestnya, syarikat bas ada menyediakan sistem tempahan tiket online atau book tiket bas secara online.
Ini lebih memudahkan penumpang. Tidak perlu bersusah payah untuk datang ke kaunter tiket di Terminal Bas Express Klang Sentral.
Untuk book tiket bas Sani Express, layari link di bawah.
LINK: http://eticketing.saniexpress.com.my/Ticketing/Ticketing.asp
Melalui link ini anda boleh semak atau check trip bas dan harga tiket seterusnya beli tiket secara online. Sememangnya sangat mudah.
Selain ke Kota Bharu, bas Sani Express juga ada service ke Kubang Kerian, Rantau Panjang, Tanah Merah, Gua Musang dan banyak tempat lagi di Kelantan dari Klang.
Kelantan memang destinasi utama syarikat bas ini.
Sani Express Contact Number Di Klang
Syarikat bas ini mempunyai kaunter tiket di Terminal Bas Express Klang Sentral. Kalau perlu berurusan anda boleh gunakan maklumat di bawah.
Nombor telefon Sani Express Klang Sentral ada dua atau mereka ada dua kaunter tiket di bangunan terminal tersebut.
Boleh cuba contact mana-mana antara kedua-dua nombor telefon kaunter tiket Sani Express Klang Sentral di bawah.
Tingkat 1, Terminal Bas Express Klang Sentral, Bukit Raja Meru,
41050 Klang, Selangor
No telefon: +603 3343 8870 / +603 33432754
Kalau book tiket bas melalui portal khas syarikat tersebut, mungkin ada sedikit murah berbanding melalui kaunter tiket atau agent di terminal bas.
Perkhidmatan Book Tiket Bas Online Easybook.com
Mahu lebih banyak pilihan untuk perjalanan yang sama? Anda boleh gunakan applikasi online bus ticket yang disediakan oleh easybook.com.
Applikasi ini boleh anda download ke mobile phone anda dan pembelian boleh dilakukan di mana-mana anda berada asalkan ada data internet dan rangkaian atau capaian internet.
Kebaikan guna applikas ini, anda boleh gunakan carian di aplikasi tersebut dan senarai bas, tambang atau harga tiket dan jadual perjalanan dipaparkan dalam satu paparan sahaja.
Malah anda boleh filter kemudahan tertentu yang anda perlukan dalam bas sama ada disediakan atau tidak.
Kami ada tulis tutorial cara step-by-step cara gunakan applikasi tersebut. Ianya adalah panduan penting untuk anda.
Boleh juga gunakan applikasi tersebut untuk check trip ke mana-mana destinasi pilihan anda.
Semoga sedikit informasi umum mengenai contact number atau no telefon dan jadual perjalanan Sani Express ke Kota Bharu dari Klang Sentral ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama sokong industri pengangkutan awam dalam negara kita.