Harga Tiket & Check Trip Sani Express Jadual Perjalanan Bas

Check trip Sani Express online untuk informasi harga tiket dan jadual bas ke mana-mana destinasi di Semenanjug Malaysia.

Sani Express adalah salah satu syarikat bas express antara yang terbesar di Malaysia.

Bas ini menawarkan perkhidmatan hampir ke semua destinasi di Semenanjung Malaysia.

Yang bagusnya, syarikat ini ada juga menyediakan sistem applikasi online yang membolehkan para penumpang boleh buat semakan jadual bas dan juga harga tiket ke mana-mana destinasi pilihan anda.

Penumpang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI

Sani Express dimiliki sepenuhnya oleh Sani United Berhad yang ditubuhkan pada tahun 2006 dan bermula operasi dengan hanya 15 bas menawarkan perkhidmatan ke Kuala Terengganu, Kota Bharu dan Kuantan.

Permintaan dan sokongan pelanggan yang memberangsangkan membolehkan syarikat bas ini mengembangkan operasi hingga ke wilayah utara Semenanjung Malaysia dan kini ke semua destinasi.

READ: Book tiket bas online Transnasional Express dan Adik Beradik Express.

Sani Express Check Trip Online

Para penumpang Sani Express boleh check trip untuk informasi jadual bas dan harga tiket ke destinasi pilihan anda secara online.

Untuk tujuan check trip dan pembelian tiket bas Sani Express online layari Sani Express Online. Portal yang disediakan kelihatan seperti gambar di bawah.

Anda boleh masukkan maklumat yang diperlukan di ruangan ‘From’, ‘To’ dan ‘Depart Date’ kemudian klik butang ‘Next’. Maklumat jadual bas dan harga tiket akan dipaparkan untuk anda buat pilihan.

Anda boleh lihat kedudukan seat bas Sani Express dan memilih seat yang anda suka. Semuanya boleh dilakukan secara online.

Sila lihat gambar di bawah.

Applikasi online Sani Express check trip dan harga tiket bas

Selain itu penumpang juga sebenarnya boleh juga menggunakan perkhidmatan portal applikasi online yang popular di Malaysia seperti redbus.my dan busonlineticket.com untuk membuat semakan trip dan harga tiket syarikat bas yang lain.

Mungkin anda berhajat untuk semak trip dan jadual bas untuk syarikat bas yang lain, anda boleh gunakan applikasi EasyBook.com.

Jika anda ingin menghubungi pihak Sani Express customer service anda boleh gunakan maklumat no telefon bas Sani Express (Sani Express contact number) di bawah.

SANI UNITED BERHAD
Wisma Dato’ Sani,
No. 12 & 14, Jalan Klang Sentral 3/KU5,
Klang Sentral, Bukit Raja,
Selangor, 41050 Meru, Klang
Tel: 03-33424011
Website: https://saniexpress.com.my/

Kaunter Tiket Sani Express

Mungkin anda tidak dapat membuat booking tiket melalui online atas sebab-sebab tertentu, syarikat bas Sani Express ini mempunyai kaunter yang agak banyak terutama di kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Di bawah kami kongsikan senarai no telefon kaunter tiket Sani Ekspress untuk anda;

  • Kaunter Express Terminal Bersepadu Selatan -Tel: 03-3343 8870
  • Kaunter Express Shah Alam Bus Terminal – Tel: 03-3343 8870
  • Kaunter Express Terminal Sani Express (Klang) – Tel: 03-3343 8870
  • Kaunter Express Terminal Bas Persiaran Klang Sentral – Tel: 03-3344 2754
  • Kaunter Express 24 Jam Sani Hotel – Tel: 03-4040 0398
  • Kaunter Express Kompleks Perhentian Bas & Teksi Kajang – Tel: 03-8736 7337
  • Kaunter Express Terminal Hentian Duta – Tel: 03-6201 0105
  • Kaunter Express Jerteh (Terengganu) – Tel: 09-690 3825
  • Kaunter Express Dungun (Terengganu) – Tel: 09-844 2269
  • Kaunter Express Terminal Kuala Terenganu (MPKT) – Tel: 09-622 2717
  • Kaunter Express Kuala Besut (Terengganu) – Tel: 09-690 3679
  • Kaunter Express Paka (Terengganu) – Tel: 09-827 1426
  • Kaunter Express Kompleks Terminal Makmur (Pahang) – Tel: 09-517 7797
  • Kaunter Express Terminal Bas Kota Bharu (Kelantan) – Tel: 09-744 6767
  • Kaunter Express Kota Bharu (Kelantan) – Tel: 09-746 1872
  • Kaunter Express Pasir Mas (Kelantan) – Tel: 09-790 0784
  • Kaunter Express Tanah Merah (Kelantan) – Tel: 09-955 1490
  • Kaunter Express Pasir Puteh (Kelantan) – Tel: 09-786 7466
  • Kaunter Express Alor Setar (Kedah) – Tel: 04-731 1871
  • Kaunter Express Kuala Perlis – Tel: 04-985 1376
  • Kaunter Express Kangar (Perlis) – Tel: 04-977 9621
  • Kaunter Pasir Tumboh (Kelantan) – Tel: 09-7640995
  • Kaunter Marang (Terengganu) – Tel: 09-6182252
  • Kaunter Ketereh (Kelantan) – Tel: 09-7885504
  • Kaunter Machang (Kelantan) – Tel: 09-9751591
  • Kaunter Geliga (Terengganu) – Tel: 09-8683466
  • Kaunter Bukit Payong (Terengganu) – Tel: 09-6192605

Jika perlukan info seperti jadual bas dan harga tiket bolehlah contact kaunter tiket yang terdekat dengan anda jika tidak berkesempatan untuk membuat semakan secara online.

Penumpang juga boleh pergi terus ke kaunter-kaunter tiket Sani Express yang terdekat untuk book tiket bas anda.

Sani Express Costumer Reviews Online

Ramai yang tanya OK tak OK bas express ini. Ada banyak juga review mengenai bas ini. Maklum balas pelanggan bercampur.

Ada yang positif dan ada yang negatif. Dari segi fasiliti dan kondisi bas rata-rata maklum balas amat positif.

Bas ini memenuhi semua kelengkapan asas yang diperlukan oleh pelanggan.

Yang sering mendapat maklum balas negatif ialah kakitangan kaunter tiket dan sikap pemandu bas ini.

Diharapkan maklum balas pelanggan ini dijadikan sumber untuk pengurusan Sani Express meningkatkan mutu perkhidmatan mereka dengan mengatasi bahagian-bahagian yang bermasalah jika ada.

Untuk membaca costumer reviews Sani Express bolehlah anda layari di sini.

Tukar Tarikh Tiket Bas Sani Express

Mungkin ada masa-masa tertentu, kita sudah beli tiket tetapi tidak jadi bertolak pada tarikh tersebut. Persoalannya boleh ke tidak tukar tarikh tiket bas Sani Express?

Terpulang kepada polisi perniagaan bas express tersebut. Ada bas express yang boleh bagi kelonggaran menukar tarikh dengan sedikit bayaran dan ada yang tidak benarkan.

Kami ada buat sedikit carian dan jumpa persoalan tersebut di portal rasmi Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Website itu kata “TIDAK BOLEH”.

Cara paling bagus ialah anda berhubung terus dengan kaunter atau agent tiket syarikat bas itu sendiri dan tanya. 

Biasanya tukar tarikh ‘last minute’ biasanya tidak dibenarkan. Jika perlu tukar, cubalah uruskan tukar tarikh tiket berberapa hari sebelum itu

Informasi Berkaitan

Boleh beri maklumat Sani Express Klang Sentral contact number?

Penumpang boleh guna maklumat perhubungan ini Terminal Sani Express, Persiaran Klang sentral 2, Klang Sentral. No. Telefon 03-3343 8870

Apa maklumat perhubungan Sani Express TBS contact number?

Untuk penumpang dari TBS anda boleh gunakan maklumat ini Bandar Tasik Selatan Jalan Terminal Selatan 57100 Kuala Lumpur. No. Telefon 03-3343 8870

Maklumat perhubungan Sani Express Shah Alam?

Sani Express juga memilik kaunter tiket di Terminal Bas Shah Alam. Penumpang boleh gunakan maklumat perhubungan ini Jalan Jenulung 17/21, Seksyen 17, 40200 Shah Alam, Selangor. No. Telefon 03-3343 8870

Adakah Sani Express Kuala Terengganu memiliki kaunter tiket?

Ada. Penumpang dari Kuala Terengganu boleh gunakan maklumat perhubungan ini. Kaunter Sani Express, No 96 Ground Floor, Jalan Masjid Abidin, Hentian Bas MPKT, 20100 Kuala Terengganu Terengganu. No. Telefon 09-622 2717