Terminal Feri Kota Kinabalu Contact Number, Address & Map Lokasi

Informasi mengenai Terminal Feri Kota Kinabalu contact number ini penting kepada yang ingin menaiki feri KK ke Labuan dan juga yang ingin ke pulau-pulau di sekitar bandaraya KK.

Terminal ferry yang juga dikenali dengan nama Jesselton Point Ferry Terminal terletak berdekatan dengan Suria Sabah Shopping Mall di pusat bandar Kota Kinabalu.

Ferry untuk ke Labuan bertolak dari terminal ferry ini.

Tiket ferry boleh anda beli di kaunter tiket yang ada di dalam bangunan terminal tersebut.

Harga tiket feri KK ke Labuan boleh di semak melalui applikasi online di laman website Jesselton Point atau gunakan applikasi easybook.com.

Untuk sampai ke terminal ferry ini, anda boleh jalan kaki sahaja dari mana-mana hotel di pusat bandar.

Terminal feri ini juga di mana anda boleh dapatkan bot laju untuk ke pulau-pulau sekitarnya Tunku Abdul Rahman Marine Park.

Anda boleh ke mana-mana pulau berdekatan iaitu Pulau Sapi, Pulau Manukan dan berberapa pulau tumpuan pelancong lagi.

Kota Kinabalu adalah bandar tepi laut paling cantik di Malaysia, di hadapan pusat bandar sahaja banyak pulau tumpuan pelancong untuk aktiviti diving, snorkeling, sukan air dan pelbagai aktiviti lain.

Airnya jernih dan bersih dengan pasir pantai yang putih.

READ: Jadual Ferry Ke Labuan Dari Kota Kinabalu

Nombor telefon terminal feri Kota Kinabalu Sabah
Photo: Jesselton Point

Address (Alamat)

Jesselton Point Ferry Terminal,
Jln Haji Saman,
88000 Kota Kinabalu,
Sabah

Contact Number (No Telefon)

Anda boleh gunakan nombor telefon di bawah untuk berhubung dengan terminal ferry Jesselton Point.

Tel: +6088-231 081

Website

Anda juga boleh gunakan laman website rasmi mereka untuk maklumat lebih terperinci dan terkini.

Website: https://jesseltonpoint.com.my/

Hotel Berdekatan Ferry Terminal

Oleh kerana terminal ferry ini terletak di pusat bandar, terdapat banyak hotel yang ada di sekitarnya.

Jika anda ke Labuan ada banyak hotel di labuan dekat ferry terminal yang harganya tidak terlalu mahal.

Anda boleh book hotel secara online atau apps yang banyak disediakan sekarang ini.

Antara yang popular ialah booking.com dan agoda.com

Lokasi Terminal Feri Kota Kinabalu (KK)