Harga Pos Motor Guna Bas Express Intercity
Pos motor guna bas express adalah antara pilihan terbaik jika anda ingin membuat penghantaran motorsikal dari point A ke point B di Semenanjung Malaysia.
Harga penghantaran motorsikal guna bas bergantung kepada kapasiti engine dan juga jarak destinasi.
Penumpang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI
Setakat ini hanya perkhidmatan bas express Intercity yang menawarkan perkhidmatan penghantaran motor terhad ke terminal-terminal bas destinasi mereka terutama di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia.
Harga Pos Motor Guna Bas Intercity
Harga penghantaran motor guna bas Intercity adalah bergantung kepada kapasiti engine dan jarak ke mana motorsikal anda dihantar.
Berikut adalah contoh harga penghantaran motor guna bas Intercity.
- 135CC – RM 160 / Hentian Duta ke Sungai Petani @ RM170 (bersama penumpang/pemilik)
- 149CC – RM 160 / Alor Setar ke Kuala Lumpur (KL) @ RM 175 (bersama penumpang/pemilik)
- 155CC – RM 240 / Kangar ke Melaka
Kadar tambang penghantara motor di atas adalah contoh sahaja. Jika anda perlukan maklumat harga pos motor yang terkini hubungi mereka di talian 04-733 8688.
Perkhidmatan KTM adalah pilihan yang baik tetapi ketibaan motor anda agak lewat sedikit dan bukan semua kawasan berdekatan dengan station KTM.
Kami pernah gunakan perkhidmatan mereka untuk pos motor dari Johor Bahru ke Penang, motor tiba dalam tempoh 3 hari dari tarikh saya pos motor tersebut.
Pos motor guna courier services dan pos laju pula mungkin memakan belanja yang banyak kerana kosnya dikira berdasarkan berat barang (item) yang kita ingin hantar.
Selain guna bas kebiasaannya kita juga boleh pos motor guna KTM, courier services atau yang paling popular guna perkhidmatan pos laju.
Kelebihan Pos Motor Guna Bas Express
Antara kelebihan penghantaran motor guna bas express ialah ianya lebih cepat sampai dan anda mempunyai kenderaan sebaik tiba ke destinasi pilihan anda.
Maksudnya sebaik tiba di destinasi anda, anda tidak perlu pening kepala fikirkan pasal transport. Motor ada bersama.
Kebaikannya, ianya lebih murah, pantas dan jimat tenaga.
Untuk penumpang-penumpang bas di Semenanjung Malaysia, kebanyakan bas express boleh menerima penghantaran motor.
Salah satu bas express yang sering digunakan ialah bas express Intercity.
Cara Pos Motorsikal Melalui Bas Express
So, bagaimana caranya hantar motor guna bas express? Sebenarnya proses atau prosedurnya tidaklah susah.
Anda hanya perlu ke kaunter bas dan beli tiket untuk anda dan motor anda untuk ke destinasi yang ingin di tuju.
Jika anda hanya pos motor untuk seseorang, anda hanya perlu beli tiket untuk motor anda sahaja. Terdapat perbezaan harga jika post motor bersama penumpang dan tanpa penumpang.
Harga pos lebih murah jika bersama penumpang, dan agak lebih mahal jika tanpa penumpang bas bersama.
Untuk panduan harga ke destinasi yang dipilih, ada baiknya anda pergi terus ke kaunter bas express untuk info harga terkini untuk kirim motor anda guna bas.
Dokumen Yang Diperlukan
Kalau berniat untuk pos motor anda guna perkhidmatan bas express, anda perlu sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan.
Jenis dokumen-dokumen yang diperlukan tidaklah banyak.
Sebenarnya anda hanya perlukan 2 jenis dokumen yang perlu anda sediakan kecuali jika bas express tersebut meminta anda memberikan dokumen tambahan.
Ini adalah untuk memudahkan anda menuntut motor tersebut dan sebagai bukti motor itu bukan motor curi tetapi ada pemilik yang sah.
Antara dokumen-dokumen yang diperlukan ialah seperti berikut;
- Salinan Kad Pendaftaran Motor
- Salinan IC (MyKad) pemilik motor
- No. Telefon pemilik (anda)
Pemilik dinasihatkan untuk menunggu di terminal bas di mana destinasi motor tersebut akan dihantar.
Senarai Destinasi Intercity Coach
Terfikir mahu guna Intercity untuk pos motor anda? Jika anda ingin menggunakan perkhidmatan bas express Intercity semak dulu senarai destinasi Intercity Coach di bawah.
Anda boleh hantar motor ke terminal terdekat dengan kawasan anda.
Sila rujuk senarai destinasi di bawah;
- Perlis: Kuala Perlis, Kangar
- Kedah: Changlun, Jitra, Alor Star, Pendang, Guar.Chempedak, Kota Sarang Semut, Gurun
- Penang: Penang Sentral, Prai
- Kuala Lumpur (KL): Hentian Duta, TBS, Shah Alam, Hentian Kajang
- Seremban: Seremban Bus Terminal 1
- Melaka: Melaka Sentral
Jika anda ingin berhubung dengan syarikat bas Intercity untuk dapatkan maklumat lebih lanjut anda boleh berhubung dengan mereka di FB page mereka.
Nota: Walau bagaimanapun anda perlulah dapatkan pengesahan dari syarikat bas terbabit sama ada benarkan atau tidak. Terdapat juga berita yang menyiarkan bahawa bas ekspress tidak benarkan motor dihantar (tumpang) bas. Sila baca berita dari Harian Metro keluaran tahun 2017.