Pos Motor KTM Cara Dan Harga Pos

Pos motor KTM informasi cara dan harga pos ke semua destinasi. Adakah anda seorang pelajar atau perantau yang berjauhan dengan negeri asal.

Ingin mengepos motorsikal anda dari negeri asal ke negeri lain? Kereta Api Tanah Melayu Distribution (KTMD), sebuah pertubuhan di bawah KTM menawarkan perkhimatan mengepos motorsikal pelanggan ke pelbagai destinasi di sekitar Semenanjung Malaysia.

Sebelum ini kami ada kongsikan sedikit info cara-cara pos motor guna perkhidmatan bas express dan pos laju.

Sebenarnya courier services seperti GDex juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran motor ke mana-mana di seluruh Malaysia.

Pelanggan boleh menggunakan perhidmatan mengepos motorsikal dari cawangan KTMD berhampiran.

Sistem penghantaran ini bukan sahaja mudah, malah turut menjimatkan masa serta tenaga pelanggan.

Panduan Pos Motor Guna KTM

Untuk pengetahuan pelanggan, perkhidmatan “pick up” dan penghantaran ke rumah tidak disediakan untuk servis penghantaran motorsikal.

Pelanggan hanya boleh menghantar atau menghubungi cawangan KTMD berhampiran sahaja untuk tujuan mengepos motorsikal.

Manakala, pelanggan turut perlu mengambil balik motorsikal dari cawangan KTMD. Oleh itu, pastikan pelanggan memilih cawangan KTMD terdekat dengan destinasi anda.

Layari laman web KTMD iaitu, www.ktmd.com.my untuk mengetahui info senarai cawangan KTMD.

Selain itu, pelanggan tidak perlu menyediakan sebarang dokumen untuk kategori kadar biasa dan penghantaran dua hala.

Namun, bagi pelajar IPT, anda dikehendaki membawa kad pelajar ketika proses penghantaran.

Sebelum melakukan proses penghantaran, pelanggan dikehendaki untuk membungkus motorsikal bagi mengelakkan motorsikal tercalar.

Pastikan jangan menanggalkan nombor plat kenderaan. Hal ini penting untuk tujuan identifikasi oleh pihak KTMD.

Seterusnya, pastikan bahan api/ petrol dalam tangki minyak hanya berada setengah daripada kandungan tangki kenderaan.

Hal ini penting untuk mengelakkan berlakunya sebarang kebakaran dan kemalangan ketika dalam proses penghantaran motor oleh pihak KTMD.

Pelanggan turut perlu mengisi Nota Konsainan (consignment note) dengan maklumat penghantaran motorsikal. Pihak KTMD akan memeriksa ‘consignment note’ dan akan menurunkan tanda tangan di Borang Pemeriksaan Motorsikal yang disediakan.

Ketika mengambil motorsikal balik dari cawangan KTMD, pelanggan hanya perlu membawa Mykad. Hanya nama individu yang terdapat di consignment note boleh mengambil motorsikal.

Pihak KTMD akan menghubungi pelanggan untuk mengambil motorsikal setelah motorsikal selamat sampai ke destinasi cawangan KTMD dipilih.

Pelanggan yang gagal mengambil balik motorsikal dalam tempoh 3 hari selepas dihubungi oleh pihak KTMD, akan dikenakan caj tambahan sebanyak RM 4.50 sehari. Caj ini dikira termasuk hari bekerja, cuti mingguan serta cuti umum.

Kadar Harga Penghantaran Motor

Harga mengepos motorsikal bergantung pada jenis kategori dipilih serta jenis kuasa enjin motorsikal. Terdapat tiga jenis kategori kadar yang disediakan oleh KTMD kepada para pelanggan.

Kategori pertama ialah kadar biasa yang ditawarkan kepada semua pelanggan KTMD. Kategori seterusnya ialah pelajar IPT termasuk IPTA, IPTS, matrkulasi, kolej serta institusi perguruan.

Para pelajar harus menunjukkan kad pelajar yang sah untuk mendapatkan kadar harga dalam kategori ini.

Kategori terahir ialah penghantaran dua hala yang disedakan untuk semua pelanggan KTMD.

Berikut merupakan harga mengepos motorsikal pelbagai jenis kuasa enjin bagi kategori kadar biasa, kategori pelajar IPT serta kategori penghantaran dua hala.

Kadar Biasa:

  1. 125cc- RM 160
  2. 150 cc- RM 180
  3. 250 cc- RM 200
  4. 350 cc- RM 250
  5. 351 cc- RM 300

Kategori Kadar Pelajar:

  1. 125cc- RM 155
  2. 150 cc- RM 170
  3. 250 cc- RM 195
  4. 350 cc- RM 230
  5. 351 cc- RM 285

Kategori Dua Hala:

  1. 125cc- RM 290
  2. 150 cc- RM 330
  3. 250 cc- RM 350
  4. 350 cc- RM 450
  5. 351 cc- RM 550

Bagi mereka yang ingin menghantar motorsikal bersama dengan kunci, tambahan RM 6.00 bagi setiap bungkusan akan dikenakan.

Manakala, bagi penambahan topi keledar, caj tambahan sebanyak RM 9.00 setiap bungkusan akan dikenakan.

Penumpang turut boleh menghantar kedua-dua sekali dengan hanya membayar RM 9.00 per bungkusan sebagai caj tambahan.

Perkhidmatan Membalut Motor

Agensi KTMD turut menawarkan perkhidmatan membalut motorsikal untuk para pelanggan. Caj tambahan akan dikenakan bagi setiap kerja membalut dan caj ini bergantung pada jenis motorsikal dihantar (kuasa enjin).

Berikut merupakan caj perkhidmatan membalut motorsikal bagi pelbagai jenis motorsikal.

  1. 150 cc ke bawah- RM 15 per unit
  2. 151 cc hingga 250 cc- RM 20 per unit
  3. 251 cc hingga 350 cc- RM 30 per unit
  4. 351 cc ke atas- RM 50 per unit

Maklumat Penting Penghantaran Dua Hala

Untuk maklumat anda, antara kelebihan menggunakan kategori dua hala ialah, kadar penghantaran yang ditawarkan adalah lebih murah berbanding kadar biasa.

Selain itu, pelanggan turut dihendaki menyimpan resit pembayaran bagi hala pertama sebagai bukti pembelian. Resit tersebut perlu ditunjukkan kepada kakitangan kaunter di cawangan KTMD yang dipilih.

Manakala, tempoh penghantaran dua hala mempunyai tempoh sah laku dalam enam bulan sahaja dari tarikh pembayaran. Selain itu, pelanggan tidak dibenarkan untuk menghantar motorsikal yang berbeza serta ke cawangan KTMD yang berbeza.

Jenis motorsikal serta cawangan KTMD asal dan dituju perlu sama seperti dalam resit.

Maklumat Perhubungan

Mungkin anda perlukan maklumat tambahan dan terkini. Untuk tujuan itu anda boleh menghubungi nombor talian KTMD di bawah.

  • Nombor telefon: 1- 800-22- 5863
  • Laman web: www.ktmd.com.my