Cara & Harga Pos Motor Guna GDEX

Harga pos motor Gdex adalah bergantung kepada kapasiti engine (CC) dan juga jarak penghantaran atau destinasi.

Pos motor guna GDEX adalah salah satu pilihan untuk urusan hantar motor anda ke mana-mana destinasi. Harga hantar motorsikal guna perkhidmatan GDex juga tidaklah terlalu mahal, mampu milik.

Tak perlulah tunggang motor jarak jauh, gunakan kemudahan yang ada. Tentulah perlu bayar tetapi kelebihannya banyak. Senang, jimat masa dan keselamatan.

Gdex merupakan sebuah syarikat penghantaran (courier services) yang menjadi platform kepada ramai orang untuk menghantar barangan.

Sebelum ini kami pernah menulis sedikit informasi mengenai post motor guna pos laju , KTM dan juga menggunakan bas express.

Kelebihan Pos Motor Guna GDex

Terdapat beberapa kelebihan menggunakan perkhidmatan Gdex untuk menghantar motor. Berikut merupakan antara kelebihan perkhidmatan ini.

  1. Perkhidmatan GDex dianggap sangat cepat serta menjimatkan masa serta tenaga pengguna. Portal ini sering digelar “hassle free” disebabkan penempahan boleh dilakukan bolej juga dilakukan di atas talian sahaja.
  2. Perkhidmatan Gdex memiliki rangkaian penghantaran yang luas. Oleh itu, pengirim boleh meletakkan motorsikal yang perlu dihantar di mana-mana cawangan Gdex di serata kawasan, agen Gdex atau di pusat lodge- in. Manakala, pengirim turut boleh melakukan penempahan pada bila- bila masa mengikut kesesuaian.
  3. Penempahan yang mudah. Proses penempahan boleh dilakukan dengan mudah pada bila- bila masa mengikut kesesuaian pengguna. Biasanya, pengirim boleh melakukan proses penempahan awal iaitu lima hari sebelum masa serahan. Selain itu, pengirim turut boleh mencipta dan mencetak sendiri Nota Kiriman (Consignment Note) di mana- mana pada bila- bila masa sahaja.
  4. Nota Kiriman boleh dihasilkan secara automatik. Pengirirm hanya perlu mengisi maklumat penghantaran barang (motorsikal) atas talian, dan Nota Kiriman akan dijana secara automatik.

Jadi, anda hanya perlu mencetak Nota Kiriman tersebut.

Ahli myGdex

Kebaikan menjadi ahli MyGdex

Pengguna digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli myGdex jika ingin meggunakan kemudahan e- Wallet.

Antara kelebihan jika anda adalah ahli myGdex ialah:

  • Berpeluang untuk menikmati kredit percuma,
  • Servis mengambil barang dengan percuma
  • Katalog percuma.

Pengguna harus menambah nilai dalam e- Wallet dengan amaun minimum sebanyak RM 1000 hingga RM 10,000 (maksimum).

Pelbagai reward menarik turut dapat dinikmati dengan menjadi ahli myGdex dari masa ke semasa.

Cara menggunakan myGDex

Pastikan anda memilik keahlian myGdex E- Wallet. Proses pendaftaran ahli boleh dilakukan dengan mudah di pautan ini https://my.gdexexpress.com/signup .

Top up e- Wallet untuk melakukan segala transaksi.

Terdapat dua cara untuk menyediakan Nota Kiriman iaitu secara manual atau atas talian.

Dengan bantuan myGdex, pengirim boleh mengisi dan mencetak Nota Kiriman hanya di rumah sahaja.

Hal ini menjimatkan masa dan tenaga pengirim untuk mengisi Nota Kiriman secara manual di kaunter.

Namun, pengirim masih lagi boleh melakukan proses ini secara manual di kaunter Gdex di mana- mana cawangan terdekat ataupun di “lodge- in- centres” dan “ drop- off points”.

Di samping itu, pengirim boleh memilih sama ada untuk menghantar motorsikal di cawangan Gdex atau menggunakan perkhidmatan “ pick up service”.

Pelanggan boleh meminta myGdex untuk mengambil motorsikal dari rumah anda. myGdex menyediakan pengangkutan motor, van serta lori untuk mengangkut barangan pelanggan.

Jadi, pengirim tidak perlu risau mengenai proses penghantaran motorsikal.

Maklumat Penting Pos Motorsikal

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian sebelum menghantar motorsikal ke destinasi tertentu.

Berikut merupakan maklumat penting ketika membuat proses penghantaran motorsikal ke tempat lain.

  1. Pengirim yang menghantar motorsikal di cawangan Gdex perlu membawa salinan geran serta IC pengirim.
  2. Motorsikal perlu dibungkus dengan kemas dan pastikan tangki minyak tidak penuh. Hal ini untuk mengelakkan masalah kebocoran serta kebakaran ketika proses penghantaran.
  3. No. Plat serta cermin sisi harus ditanggalkan sebelum menghantar motorsikal ke kaunter gdex.
  4. Pengirim turut tidak digalakkan untuk meletakkan kunci motor bersama dengan kenderaan.

Harga Pos Motor Guna GDEX

Harga mengepos motorsikal bergantung pada jarak destinasi penghantaran serta cc motorsikal.

Harga boleh menjadi mahal sedikit jika pengirim memilih “pick up” service.

Secara anggaran, harga untuk menghantar motorsikal bawah 150 CC ke bawah bermula dari RM 220. Bagi caj “pick up service” di dalam Semenanjung Malaysia, dalam Sabah serta dalam kawasan Sarawak akan dikenakan sebanyak RM 5.00.

Manakala, bagi penghantaran merentasi Semenanjung Malaysia ke Sabah atau Sarawak dan sebaliknya akan dikenakan caj sebanyak RM 10.00.

Masa Penghantaran

Masa diambil untuk menghantar motorsikal menggunakan servis Gdex bergantung pada destinasi dipilih.

Bagi pengangkutan tempatan, akan mengambil dalam 2 hingga 3 hari bekerja.

Manakala, bagi penghantaran antarabangsa akan mengambil masa dalam 4 hingga 7 hari bekerja.

Maklumat perhubungan

Berikut merupakan maklumat perhubungan myGdex. Pengguna boleh menghubungi nombor di bawah untuk sebarang pertanyaan.

Nombor: 03- 6419 5003 (Costumer Careline)
Email: mygdexadmin@gdexpress.com
Alamat: no, 19 Jalan Tandang, 46050 Petaling Jaya, Selangor, Darul Ehsan.

Jika anda memerlukan maklumat lanjut, bolehlah juga melayari website rasmi GDEX di mana semua informasi berkaita ada di sana.

Untuk membuat tracking shipment dan melihat kadar caj penghantaran juga boleh dilakukan di website tersebut.