Tiket Bas Online Adik Beradik Express & Contact Number
Tiket bas online Adik Beradik Express, cara book tiket dan jadual bas untuk panduan penumpang. Bas express ini popular terutama dalam kalangan penumpang di pantai timur Semenanjung Malaysia.
Syarikat bas Adik Beradik Sdn. Bhd yang berpusat di Terengganu ini sudah beroperasi sejak berberapa tahun lepas bermula dengan hanya 2 buah bas dan kini sudah sudah berkembang begitu pesat.
Satu perkembangan yang amat bagus untuk sebuah syarikat bas ekspress.
Penumpang boleh book tiket BAS secara online >> DI SINI.
Kini Adik Beradik Express adalah antara syarikat yang terbesar di Malaysia.
Syarikat pengangkutan Adik Beradik Express ini dijangka terus berkembang lebih besar pada masa akan datang.
Tidak mustahil syarikat ini akan muncul sebagai syarikat bas express yang paling popular dan terbesar di Malaysia nanti.
Dari masa ke semasa pelbagai kemudahan disediakan untuk kemudahan para penumpang, Ini termasuklah kemudahan membeli tiket bas online Adik Beradik Express.
Dengan adanya kemudahan ini, semua transaksi pembelian tiket bas boleh dibuat lebih awal, mudah dan jimat.
Sebenarnya ada banyak applikasi online di Malaysia yang menawarkan tempahan tiket bas seperti CatchThatBus.com, Redbus.my, BusOnlineTicket.com dan easybook.com.
Applikasi yang paling mesra pengguna pada masa kini yang selalu kami gunakan ialah Easybook.com.
Lihat paparan contoh di bawah untuk perjalanan dari Kuala Terengganu ke Terminal Bersepadu Selatan menggunakan portal tersebut.
Sejak applikasi-applikasi online ini wujud, kami banyak menggunakan perkhidmatan tempahan tiket atas talian dengan Easybook.com.
Apa yang bestnya? Anda boleh membuat pilihan masa perjalanan dan badget yang sesuai dengan anda. Anda juga boleh lihat senarai bas-bas express yang memberi perkhidmatan untuk laluan-laluan tersebut.
Anda boleh pilih dan membuat perbandingan dengan mudah sebelum membeli tiket.
Tidaklah sibuk dan penat berlari dari kaunter ke kaunter tiket bas berlainan di terminal bas untuk buat semakan harga dan jadual perjalanan bas nanti.
Penumpang digalakkan membeli online untuk elak kehabisan tiket terutamanya pada musim-musim tertentu.
Biasanya pada musim perayaan atau cuti panjang, jumlah penumpang ke pantai timur meningkat dengan mendadak.
READ: Senarai No. Telefon Kaunter Tiket / Agent Transnasional Express
Pejabat Tiket Bas Adik Beradik Express
Operasi perniagaan bas ekspress Adik Beradik ini banyak tertumpu untuk kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Ini mungkin kerana syarikat ini berasal dari pantai timur maka ibu pejabat bas express ini juga terletak di Kuala Terengganu.
Jumlah (volume) penumpang agak tinggi di di wilayah pantai timur tersebut.
Jika anda hendak berhubung terus dengan syarikat bas tersebut, bolehlah gunakan maklumat perhubungan di bawah.
Ada maklumat alamat adik beradik express termasuk info mengenai nombor telefon, email dan alamat surat menyurat yang boleh anda gunakan atau layari Adik Beradik Express website rasmi mereka.
Agensi Pelancungan D & Adik Beradik Sdn.Bhd
F2, Bangunan MBKT Pasar Manir,
21200 Kuala Terengganu,
Terengganu
Telefon: (09) 6155 989 (Office) / (09) 6223 289 / 6301 181 / 89 (MBKT Counter)
e-mail: adikberadik89@gmail.com
Website: https://adikberadikt89.com
Anda boleh gunakan nombor telefon kaunter tiket bas Adik Beradik Kuala Terengganu di atas jika ada apa-apa urusan dengan mereka.
Check Trip Online
Penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan mereka boleh menggunakan portal khas yang disediakan oleh syarikat bas tersebut.
Melalui page itu anda boleh check trip bas tersebut dengan mudah termasuk jumlah kekosongan tempat duduk.
Penumpang boleh beli tiket bas online Adik Beradik Express secara atas talian. Untuk sistem semakan atau check trip bas express tersebut layari laman portal ini >> Adik Beradik Express Online.
Sila rujuk gambar dan pautan di bawah untuk lebih jelas.
Untuk menggunakan portal yang disediakan anda perlukan ID. Untuk dapatkan ID untuk beli tiket bas online dengan syarikat bas tersebut anda boleh daftar terus secara online di portal tersebut.
Adik Beradik Express Review
Setakat ini ada banyak Adik Beradik Express review dari para pelanggan.
Syarikat bas express Adik Beradik mendapat costumer rating 3.6 dengan feedback bercampur (positif & negatif) dari para pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan mereka.
Tentunya semua bas express menerima ulasan positif dan juga negatif, itu normal.
Sekurang-kurangnya fedbacks penumpang ini boleh dijadikan asas atau maklumat untuk syarikat bas express tersebut untuk memperbaiki apa-apa kekurangan yang ada.
Kalau ada masa boleh baca sebahagian dari bas Adik Beradik review oleh para penumpang yang pernah menggunakan perkhidmatan bas ini di bawah.
Komen keseluruhan boleh anda baca di laman FB Page Syarikat Pelancongan Adik Beradik untuk gambaran lebih menyeluruh mengenai perkhidmatan mereka.
Walau bagaimanapun komen-komen tersebut tidaklah boleh dijadikan rujukan utama kerana ianya hanya mewakili sebahagian kecil penumpang.
Mungkin di luar sana ada banyak penumpang yang berpendapat sebaliknya.
Harap review-review tersebut tidak mematahkan semangat anda untuk terus menggunakan bas express.
Lain individu lain expectation dia, juga berlainan cara melihat sesuatu. Itu hanyalah sebahagian kecil penumpang, jangan lupa ada juga begitu ramai penumpang yang berpuas hati dengan perkhidmatan bas express tersebut.
Informasi Berkaitan
Jika ada keperluan anda boleh menghubungi HQ Adik Beradik Express menggunakan contact number ini. No. Tel (09) 6223 289 / 6301 181 / 89
Ya, ada. Sebenarnya Ibu Pejabat Adik Beradik Express juga terletak di Kuala Terengganu. Anda boleh berhubung dengan mereka menggunakan maklumat perhubungan ini. No. Tel (09) 6155 989, email adikberadik89@gmail.com
Harga tiket semasa (terkini) boleh anda semak melalui website rasmi Adik Beradik Express atau telefon 09-8272 313
Setakat ini tiada maklumat agent / kaunter tiket bas Adik Beradik di Terminal Bas Larkin. Anda boleh hubungi kaunter tiket bas express tersebut yang terletak di Pasir Gudang, No. Telefon 07-2516 170