Akademi AirAsia? Menarik ! Mari Ketahui Lebih Lanjut

Akademi AirAsia? Menarik ! Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia kini membuka peluang akademi kepada orang ramai.

Ini adalah berita gembira untuk mereka di luar sana yang berminat untuk menceburi bidang penerbangan.

Tidak hanya terhad dalam bidang penerbangan tetapi, ilmu atau kemahiran yang dipelajari di sini boleh dipraktikkan di bidang pekerjaan sektor lain.

Apa itu Akademi AirAsia?

Akademi AirAsia (AirAsia Academy) adalah sebuah akademi yang menumpukan perhatian terhadap teknologi, kepimpinan, dan inovsai yang bertujuan untuk membantu menampung permintaan pasaran ekonomi digital di serantau ASEAN.

AirAsia bekerjasama dengan Google Cloud untuk membuat peribahan radikal melalui inovasi teknologi pendidikan konvensional dengan cara merapatkan jurang antara Pendidikan Tertiari dan Industri Lanjutan dalam rantau ASEAN.

Menarik bukan? Tapi bagaimana? Mari ketahui lebih lanjut.

AirAsia Akademi merapatkan jurang yang yang telah wujud dalam dekad yang lalu dengan cara meningkakan kemahiran dan memberi latihan semula kepada tenaga kerja terhadap latihan yang relevan dalam industri hari ini.

Dengan itu, para pelajar di Akademi AirAsia akan menjadi sangat berkebolehan dalam apa jua bidang pekerjaan.

Pada masa yang sama, latihan-latihan yang diberikan kepada pelajar dapat melengkapkan mereka dengan set kemahiran yang diperlukan pada era moden ini.

Pada mulanya, Akademi AirAsia ditubuhkan untuk meningkatkan kemahiran dan melatih pekerja AirAsia Allstars untuk bekerja dalam beberapa peranan yang berbeza melalui beberapa siri bengkel teknologi dalam bidang seperti Kecerdasan Buatan (AI), Pembelajaran Mesin (MI), Kejuruteraan Perisian, Keselamatan Siber, Big Data, dan pakar Infrastruktur Cloud.

Secara tidak langsung, Akademi AirAsia (AirAsia Academy) kini telah membuka banyak peluang kerjaya kepada orang ramai.

Langkah ini adalah sebahagian daripada objektif dan hala tuju Akademi AirAsia untuk membina generasi akan datang yang proaktif dan membina masa depan yang lebih cerah dengan menyediakan perkhidmatan konsep baharu dalam teknologi, kepimpinan dan inovasi yang akan menjadi pemangkin penting bagi ekonomi digital di Malaysia dan serantau ASEAN yang lebih luas.

Biasiswa oleh Akademi AirAsia

Akademi AirAsia bukan sahaja menyediakan program pendidikan, tetapi mereka juga juga menyediakan latihan yang dibiayai atau ditaja sepenuhnya beserta dengan penempatan pekerjaan !

Macam tak percaya peluang emas seperti ini ditawarkan dalam Akademi AirAsia.

Akademi Airasia bekerjasama dengan pasukan Kementerian Sains dan Teknologi (MOSTI) untuk menawarkan biasiswa kepada pelajar yang kurang berkemampuan daripada semua latar belakang di Malaysia untuk mengasah kemahiran baharu dan menyiapkan diri untuk pekerjaan baharu.

Inisiatif ini bertujuan agar rakyat Malaysia sentiasa bersedia memasuki alam pekerjaan melalui program yang diiktiraf di peringkat global dan menyesuaikan mereka dengan pihak majikan.

Apa pula kelayakan bagi menerima biasiswa Akademi AirAsia? Mari kita semak.

Kelayakan biasiswa Akademi AirAsia adalah seperti berikut:

  • Pelajar yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan ke atas
  • Warganegara Malaysia dengan IC Malaysia
  • Tinggal di kawasan luar bandar
  • Berpendapatan rendah atau kurang bernasib baik dari segi sosioekonomi

Jika anda memenuhi syarat kelayakan seperti di atas, anda mungkin berpeluang untuk menerima biasiswa yang ditawarkan.

Program yang ditawarkan oleh Akademi AirAsia:

  • Pemasaran digital
  • Analisis data
  • Jurutera Perisian
  • Keselamatan Siber
  • Infrastruktur Cloud

Mari kita ketahui lebih lanjut setiap program yang ditawarkan.

1.Program Sijil Kemahiran Semula Analisis Data

Apa yang akan anda pelajari?

Berikut adalah beberapa kemahiran luar biasa yang akan anda pelajari dalam kursus ini:

  • Gambaran keseluruhan tentang perkara yang dilakukan oleh Penganalisis Data
  • Pengenalan kepada ekosistem data moden
  • Analisis Data Menggunakan Python dan R
  • Memuatkan, memeriksa dan query data dunia sebenar dan menjawab soalan asas tentang data
  • Melaksanakan pelbagai tugas analisis data
  • Cipta visualisasi yang menakjubkan
  • Menggunakan kemahiran pada situasi perniagaan yang sebenar

Program yang sangat praktikal ini akan mengajar tentang semua kemahiran yang diperlukan untuk pekerjaan sebagai Penganalisis Data pada peringkat permulaan tanpa sebarang pengalaman pekerjaan.

Anda akan belajar menggunakan alatan, kemahiran dan pengetahuan terkini mengenai Python, R, SQL, perlombongan data, mesin, Big Data, dan statistik.

2.Program Sijil Kemahiran Semula Pemasaran Digital

Akademi AirAsia mengadakan program ini selama 8 minggu untuk mengajar mengenai pemasaran digital.

Apa yang anda akan pelajari?

  • Membangunkan strategi pemasaran digital dan e-dagang
  • Menarik dan mengekalkan pelanggan melalui saluran pemasaran digital seperti carian, media sosial dan e-mel
  • Mengukur analitik pemasaran dan berkongsi pandangan
  • Membina perniagaan e-dagang, menganalisis prestasi e-dagang dan meningkatkan kesetiaan pelanggan
  • Kursus ini membimbing anda dalam memahami asas SEO, SEM, Pemasaran E-mel, Pemasaran Media Sosial, Pemasaran Kandungan dan Penjenamaan Dalam Talian.

Program ini akan mendedahkan tentang cara penggunaan alat pemasaran digital dan e-dagang yang popular seperti Shopify, MailChimp, Twitter, Google Ads dan banyak lagi.

Anda juga akan berpeluang menggunakan kemahiran baharu pada senario dunia yang sebenar.

Selepas menamatkan pengajian daripada program ini, anda akan memiliki akses kepada sumber kerjaya dan berhubung terus dengan majikan yang mengambil pekerjaan pada peringkat permulaan dalam pemasaran digital dan e-dagang.

3.Program Kemahiran Semula Keselamatan Siber

Program Umum yang Dipelajari

  • Asas Keselamatan Siber
  • Analisis Keselamatan Siber
  • Pengenalan kepada Keselamatan Cloud
  • Kitaran Hayat Pembangunan Perisian (SDLC)
  • Prosedur Pengujian Sistem

Dalam kursus ini, anda akan dimaklumkan tentang ancaman biasa dan ancaman luar biasa yang boleh menjejaskan integriti sistem digital.

Anda juga akan diperkenalkan kepada rangka kerja keselamatan, tindakan balas dan perlindungan seperti kriptografi.

Setelah selesai program ini, anda akan dapat menjalankan analisis risiko asas dan melaksanakan mekanisme yang berkesan untuk melindungi sistem pengkomputeran organisasi anda dan kandungan data.

4. Program Kemahiran Semula Infrastruktur Cloud dan Seni Bina

Program Kemahiran Semula Lengkap Akademi AirAsia ialah program selama 8 minggu yang akan memperkenalkan anda kepada infrastruktur dan seni bina Cloud.

Anda akan mendapat pengalaman sebenar tentang cara seni bina aplikasi cloud-ready untuk membantu perniagaan berkembang dan maju.

Apa yang akan anda pelajari?

Berikut ialah beberapa kemahiran luar biasa yang akan anda pelajari dalam kursus ini:

  • Konsep asas pengkomputeran Cloud dan termasuk storan, pangkalan data, rangkaian, virtualisasi, bekas dan seni bina Cloud.
  • Konfigurasikan rangkaian dan mesin alam maya.
  • Mentadbir Pengurusan Identiti dan Akses untuk sumber.
  • Melaksanakan perkhidmatan penyimpanan data.
  • Pantau sumber dalam Cloud.
  • Mengkonfigurasikan pengimbang beban dan penskalaan automatik untuk mesin VM.
  • Automatikkan penggunaan perkhidmatan infrastruktur Cloud.
  • Manfaatkan perkhidmatan terurus dalam Cloud.

Program dalam talian sepenuhnya ini mengajar anda semua kemahiran yang diperlukan untuk pekerjaan peringkat permulaan sebagai Arkitek/Jurutera Cloud, tanpa memerlukan pengalaman.

Program ini akan mengajar anda tentang cara penggunaan alatan dan platform terkini, seperti Linux, Google Cloud, Amazon Web Services (AWS), Google Kubernetes Engine dan banyak lagi!

Anda juga akan berpeluang untuk menggunakan kemahiran yang baru anda perolehi dalam situasi sebenar di luar sana.

Sangat menarik bukan? AirAsia kini bukan sahaja setakat sebuah syarikat penerbangan tambang murah, malah ia juga menyediakan peluang akademi kepada mereka yang berminat ingin menceburkan diri dalam bidang penerbangan.

Selain peluang akademi, mereka juga turut menawarkan penempatan pekerjaan setelah menamatkan program dalam bidang yang mereka tawarkan tanpa memerlukan pengalaman bekerja.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi salah seorang daripada pelajar di AirAsia Academy. Selamat menceburi pekerjaan dalam bidang penerbangan! – Penulis: Nuaimah Darmis