Kerja Kerajaan Lepasan SPM Yang Boleh Anda Mohon

Kerja Kerajaan Lepasan SPM. Habis sahaja peperiksaan SPM ramai fikir masa untuk cari kerja. Memang betul, admin sendiri berfikir seperti itu dulu.

Tiada yang peliknya kalau kita belum merancang untuk sambung pelajaran tetapi ingin kerja dulu.

Yang pelik ialah mereka yang tak terfikir nak cari kerja dan sambung belajar lepas habis SPM.

Cari pengalaman kerja, dan selepas itu boleh upgrade pendidikan ke tahap lebih tinggi lepas tu.

Ya… sememangnya itu planning terbaik masa kini.

Kebanyakan majikan kini mementingkan pengalaman kerja, bukan pendidikan tinggi atas kertas sahaja.

Sudah menamatkan peperiksaan SPM dan ingin memulakan alam pekerjaan, Kenapa tidak bekerja di bawah kerajaan?

Aha… mesti ramai yang minat prospek kerja kerajaan.

Terdapat beberapa kebaikan bekerja di bawah kerajaan dan paling menarik ialah mendapat pelbagai elaun tambahan selain gaji kasar setiap bulan.

Orang kata, kerja kerajaan ini hidup terjamin. Tidak perlu risau dibuang kerja seperti kerja dengan pihak swasta. Betullah tu.

Di bawah ada senarai prosepek kerja kerajaan yang boleh anda cuba memohon selepas tamat pengajian SPM.

Jika reziki anda, mesti anda berpeluang mendapatkannya.

Berikut adalah antara kerja kerajaan yang boleh anda mohon.

Pembantu Kesihatan Awam Gred U19

Permohonan kerja kerajaan Pembantu Kesihatan Awam U19 online

Para pelajar lepasan SPM boleh memohon jawatan pembantu kesihatan awam Gred U19 yang bertugas di bawah kementerian kesihatan malaysia.

Semak syarat kelayakan memohon di sini.

Antara deskripsi tugas bagi jawatan ini ialah melaksanakan kerja pengawalan dan pencegahan dalam program kebersihan alam sekeliling, keselamatan makanan serta kawalan penyakit berjangkit yang berkaitan dengan pendekatan kesihatan primer.

Gaji permulaan bermula dari RM 1,360.00 manakala, gaji maksimum ialah sebanyak RM 4052. Kadar kenaikan gaji per tahun ialah sebanyak RM 100.

Pembantu Tadbir Gred N19

Bagi mereka yang berminat dengan kerja- kerja keranian dan pengurusan pejabat, anda boleh memohon jawatan ini.

Antara bidang tugas untuk jawatan ini ialah melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat kumpulan pelaksana yang berkaitan dengan pelbagai aspek termasuk perkeranian, pentadbiran am, pengurusan personal dan lain lain lagi.

Gaji permulaan dan maksimum bagi jawatan ini ialah RM 1,352.00 dan RM4,003.00. Kadar kenaikan gaji per tahun ialah sebanyak RM 100.

Pembantu Makmal Gred C19

Bagi calon yang berminat dengan kerja- kerja makmal dan penyelidikan, anda boleh memohon jawatan ini.

Biasanya pembantu makmal bertanggungjawab dalam melakukan analisis kimia, ujian fizikal terhadap bahan sampel serta membantu pegawai penyelidik dalam melakukan tugasan penyelidikan dan pembangunan.

Gaji permulaan dan maksimum ditawarkan ialah RM4,003.00 dan RM4,008.00. Kadar kenaikan gaji per tahun ialah sebanyak RM 100.

Polis YA1 Konstabel

Calon turut boleh memohon jawatan ini jika berminat menjadi seorang anggota polis. Ramai yang ingin kerja polis. Jawatan sebagai anggota polis ini banyak kelebihannya.

Jika berminat boleh semak syarat kelayakan umum untuk memohon sebagai anggota polis lepasan SPM.

Calon bukan sahaja perlu memenuhi syarat kelayakan akademik, malah perlu melepasi syarat kelayakan fizikal serta ujian penglihatan, pendengaran dan pengecaman warna untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Gaji permulaan bagi jawatan ini ialah RM 1441, manakala gaji maksimum ialah RM 4152. Kadar kenaikan gaji tahunan ialah sebanyak RM 105.

Pegawai Bomba Gred KB19

Selain itu, pelajar lepasan SPM turut boleh memohon jawatan bomba di portal SPA.

Seperti polis, pelajar turut perlu memenuhi syarat kelayakan akademik serta syarat ukuran fizikal dan pancaindera sebelum melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Antara tanggungjawab bomba ialah melaksanakan kerja operasi penyelamatan, pemadaman api serta penyelenggaraan harian dan pemanduan jentera bomba.

Gaji permulaan ditawarkan ialah RM 1360. Gaji maksimum bagi jawatan ini ialah sebanyak RM4,052.00. Kadar kenaikan gaji per tahun ditetapkan sebanyak RM 100.

Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19

Antara bidang tugas untuk jawatan ini ialah membantu, meneyelaras dan melaksanakan program pembangunan masyarakat orang asli dari segi pendidikan, kesihatan , kebajikan dan lain- lain lagi.

Mereka turut membantu memantau pengurusan dan pengoperasian kawasan rukun tetangga, skim rondaan sukarela, taska genius perpaduan serta tabika perpaduan.

Gaji minimum serta maksimum ditawarkan bagi jawatan ini ialah RM 1352 dan RM 4003. Kadar kenaikan gaji per tahun ialah RM 100.

Syarat Kelayakan Umum Untuk Memohon

Calon perlu mempunyai kepujian dalam dua mata pelajaran termasuk bahasa Melayu dan empat subjek lain lulus di peringkat peperiksaan SPM atau setaraf.

Syarat kelayakan ukuran fizikal serta lain lain lagi boleh dirujik di portal SPA.

Ada perincian di laman portal tersebut untuk kategori jawatan yang ada ditawarkan untuk anda mohon.

Cara Permohonan

Individu yang berminat memohon jawatan kerajaan perlu melakukan permohonan secara atas talian di portal SPA.

Calon- calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menjawab peperiksaan dan jika lulus akan melalui temu duga.

Segala informasi akan dimaklumkan kepada calon melalui emel diberikan.

Jadi dah ada sedikit idea apa-apa kerja kerajaan anda boleh memohon selepas tamat SPM. Banyak jawatan lain lagi, anda cari anda jumpa.

Anda duduk rumah tak buat apa-apa habuk yang datang.

Apa tunggu lagi. Mohon hari ini.

Harap sedikit informasi umum mengenai prospek dan cara memohon kerja kerajaan lepasan SPM ini bermanfaat kepada anda. All the best kepada anda yang ingin cuba memohon.