Syarat Kelayakan Polis Lepasan SPM Konstabel Polis YA1

Syarat kelayakan polis lepasan SPM. Berminat untuk menyertai pasukan polis? Ramai lepasan SPM bercita-cita nak masuk kerja sebagai angota polis.

Calon lepasan SPM boleh memasuki anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan memohon untuk jawatan sebagai Konstabel Polis YA1.

Ada berberapa syarat kelayakan yang perlu anda ada untuk memohon. Paling penting ialah kelayakan akademik dan fizikal.

A. Syarat Kelayakan Akademik

Calon dikehendaki untuk memenuhi semua syarat ini untuk melayakkan diri untuk peringkat seterusnya.

Berikut merupakan senarai syarat untuk menjadi polis bagi calon lepasan SPM.

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun pada tarikh permohonan.
  • Lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Calon mesti mempunyai kepujian dalam 2 mata pelajaran termasuk bahasa Melayu (termasuk ujian lisan) dan lulus 4 mata pelajaran lain.

B. Syarat Kelayakan Fizikal

Selain syarat umum, para calon turut dikehendaki untuk memenuhi syarat kelayakan fizikal.

  • Mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki, dan 1.57m bagi wanita tanpa bersepatu.
  • Memiliki berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi calon wanita.
  • Memiliki indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
  • Bagi calon lelaki, mempunyai ukuran lilitan dada minima, 81 cm (normal) dan 86 cm semasa menarik nafas.
  • Calon wajib lulus ujian penglihatan bagi mata kanan dan kiri yang akan diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan penglihatan seperti cermin mata atau kanta lekap (contact lens).
  • Lulus dalam ujian pengecaman warna dan pendengaran.
  • Wajib diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat sebagai polis oleh pengamal perubatan berdaftar bawah kerajaan.

Deskripsi Tugas

Berikut merupakan senarai deskripsi tugas bagi jawatan konstabel polis YA1. Kelihatan tugas sebagai angota polis ini agak mencabar juga.

Setiap individu perlu melakukan tugas kepolisan selaras dengan fungsi di jabatan siasatan, pengurusan, jenayah komersial, keselamatan dalam negeri, ketenteraman awam, logistik, siasatan jenayah narkotik, cawangan khas dan lain lain lagi.

Berikut merupakan antara senarai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

  1. Melakukan rondaan mencegah jenayah
  2. Mengumpil risikan keselamatan
  3. Menyiasat, menangkap dan mengawal pesalah-pesalah
  4. Mengawal trafik
  5. Mewujudkan suasana aman dan ketenteraman dalam negara
  6. Menyediakan peralatan dan perhubungan

Gaji

Selaras dengan cabaran tugas menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, sudah tentu gaji agak menarik. Kalau tidak mana ada yang berminat untuk memohon.

Gaji permulaan bagi jawatan Konstabel polis YA1 (Lelaki/ wanita) ialah RM 1441, manakala gaji maksimum ialah RM 4152.

Kadar kenaikan gaji tahunan ialah sebanyak RM 105.

Elaun Khas

Selain gaji tetap, para polis turut akan menerima elaun tambahan sebagai tanda penghargaan berkhidmat untuk kerajaan.

Banyak elaun yang bakal anda nikmati.

Berikut merupakan senarai elaun yang diperuntukan untuk jawatan ini.

  • Elaun Khidmat Awam- RM 115
  • Elaun COLA- RM 100- RM 350
  • Elaun Tetap Perumahan- RM 300
  • Elaun PDRM- RM 200
  • Elaun Kasut- RM 300
  • Elaun Seragam PRP/ Konstabel- RM 690
  • Bayaran insentif wilayah bagi mereka yang bertugas ke Sabah dan Sarawak atau sebalik. Bayaran ini berdasarkan gaji yang diterima.

Cara Memohon

Calon lepasan SPM yang berminat menjadi polis boleh mengemukakan permohonan secara atas talian di laman web e-Pengambilan PDRM, https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/ .

Pastikan anda memenuhi segala syarat kelayakan yang akan dinyatakan di laman tersebut pada bahagian Skim Perkhidmatan.

Calon dikehendaki melakukan pendaftaran terlebih dahulu di laman web diberikan. Log masuk dengan maklumat pengguna yang didaftarkan dan anda boleh mula mengisi borang dengan maklumat peribadi, akademik, keluarga serta kokurikulum.