Bas Alor Setar Ke KLIA KLIA2 Harga Tiket & Jadual Bas

Bas Alor Setar ke KLIA / KLIA2 harga tiket dari RM 60.00 sehala. Kali mahu share sedikit informasi umum mengenai perkhidmatan bas yang menghubungkan Alor Setar Kedah dan KLIA atau KLIA2. Ramai tanya, adakah perkhidmatan bas terus (direct) dari Alor Setar ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Sudah tentu ada. Sebenarnya ada berberapa syarikat bas yang menyediakan perkhidmatan tersebut yang mana anda boleh lihat senarainya di bawah.

Ramai yang tidak tahu sebenarnya ada bas untuk laluan tersebut. Pekhidmatan bas tersebut untuk
penumpang yang ingin menjimatkan kos untuk ke KLIA dari Alor Setar. Sebenarnya anda boleh ambil flight dari Alor setar ke KLIA tetapi sudah tentu kosnya lebih mahal.

Penumpang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI

Pilihan terbaik dan lebih jimat ialah menaiki bas. Jarak antara kedua destinasi ini hanyalah 478 KM dan jangka masa perjalanan guna bas lebih kurang 7 jam, bergantung kepada situasi lalulintas dan keadaan cuaca semasa.

Tidur bangun tidur, layan internet tentu jarak dan masa itu tidaklah terasa sangat. Sekarang ini kebanyakan bas express ada bagi kemudahan WiFi untuk penumpang.

Bagi yang pertama kali ke Kuala Lumpur anda boleh nikmati pemandangan sepanjang jalan yang menarik dan cantik.

Senarai Bas Alor Setar Ke KLIA

Untuk laluan ini ada berberapa bas express yang tawarkan perkhidmatan. Rasanya ada juga bas lain, maklumat ini adalah seperti yang ada dalam website portal atau applikasi online bus ticket dari easybook.com dan busonlineticket.com.

Selain booking terus tiket bas dengan syarikat bas itu sendiri sekarang ini banyak applikasi online yang boleh anda gunakan. Hanya perlu pilih mana satu applikasi online yang anda selesa dan suka.

Jika lihat di applikasi online ada 3 syarikat bas yang tawarkan khidmat bas express untuk laluan ini.

  • Hee Enterprise
  • Jasmine Express
  • Trans MVS Express Sdn. Bhd

Kesemua mereka menawarkan perkhidmatan ini setia hari Isnin hingga Ahad, masing-masing 1 trip sehari kecuali Jasmine Express yang buat 2 trip sehari.

Mungkin anda terfikir, kenapa tidak guna train atau kereta api? Boleh tidak ada salahnya, cuma tiada yang terus (direct) dari Alor setar ke KLIA. Jika anda menggunakan train laluan yang anda terpaksa ambil ialah dari Alor Setar ke KL Sentral, dan kemudian ambil KLIA Express ke KLIA.

Jika anda punya masa boleh juga ambil pilihan tersebut, menggunakan kereta api. Nanti boleh jalan-jalan dahulu di KL sebelum ke KLIA. Alternatif yang menarik juga sebenarnya.

Bas direct ke KLIA juga senang didapati dari KL Sentral, tidak perlu risau. Boleh baca informasi mengenai bas ke KLIA dari KL Sentral untuk rujukan anda.

Jadual Bas

Seperti yang sudah diterangkan tadi (tertakluk kepada perubahan semasa) bahawa ada 4 trip bas express menghubungkan kedua-dua destinasi tersebut setiap hari.

Boleh rujuk di bawah untuk jadual bas. Perlu diingat ianya boleh berubah dari masa ke semasa, lebih elok jika anda sentiasa semak dengan syarikat bas tersebut atau melalui applikasi online lebih kerap.

Jadual bas express dari Alor Setar ke KLIA
Kredit: busonlineticket.com

Kami cuba untuk sentiasa kemas kini informasi tersebut dari masa ke semasa.

Cara Book Tiket Bas

Ini perkara agak menarik. Biasanya ramai yang selalu beli tiket bas last minit. Ada masanya anda kehabisan tiket bas dan menganggu perancangan perjalanan anda.

Sebenarnya anda boleh book tiket bas lebih awal guna applikasi online. Kami ada tulis panduan cara booking tiket bas guna easybook.com dan juga busonlineticket.com.

Digalakkan membacanya untuk mereka yang belum pernah guna applikasi online sebelum ini. Tidaklah susah sebenarnya.

Ikut sahaja proses dalam portal tersebut step-by-step dengan cermat dan pembelian anda akan selesai tanpa masalah.

Mudah untuk beli tiket lebih awal. Pembayaran boleh dibuat guna online banking, kredit kad atau bayar di kedai 7 Eleven yang terdekat dengan anda.

Semoga informasi umum mengenai jadual dan harga tiket bas Alor Setar ke KLIA / KLIA2 ini
bermanfaat kepada anda. Marilah bersama menyokong dan memperkasakan industri pelancongan
dan pengangkutan awam dalam negara kita.